Lyla sedang sibuk menguruskan kedai dobinya tempatnya bekerja. Memandangkan di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) semua premis perniagaan perlu ditutup pada pukul8 malam.
Lyla mengeluh perlahan, sambil mengelap peluh di dahinya.
"Kenapa aku kerja disini? Untuk apa? Untuk lupakan dia? Urghhh!!!". Keluhannya hanya cukup didengari oleh telinga sahaja.
Mope ditangannya masih ligat pada lantai, Lyla masih fokus memandang setiap tompokan tapak kasut pelanggan. Walaupun masih PKP tapi pernigaan dobi layan diri di kedai ini sedikit berbeza dengan dobi yang lain. Di dobi ini menyediakan perkhidmatan pickup dan drop off, yang mana tugasnya adalah menguruskan pakaian pelanggan yang meninggalkan pakaian dari cuci, keringkan dan juga lipat.
Jam tangan dikerling. Masih ada 1jam 10minit untuk Lyla pulang. Badannya sudah sakit kerana terlalu banyak pelanggan yang drop off memandangkan hari ini ada hari kerja.
Selesai mengemop, kini Lyla berehat seketika. Mengumpulkan tenaganya sambil menunggu waktu pulang. Lyla bangun ingin mengambil kunci keretanya di kaunter.
"Hai miss," Lyla disapa dari belakang.
Ni mesti customer nk drop off. Please laa masa tak sempat ni. Aku tak nk balik lambat! Aku penat! Desis hatinya.
Lyla berpusing memandang pelanggan yang baru sahaja menyapanya. Senyuman dilemparkan walaupun terhalang dengan topeng muka tetap perlu senyum. Itulah sifat Lyla. Tidak pernah mempamerkan perasaan sebenar.
Lelaki cina sederhana tinggi di pandang Lyla. Namun, cukup membuat Lyla sedikit mendongak. Mana taknya tinggi Lyla cuma 153cm sahaja.
"Yes Mr. Can i help you?" Balas Lyla.
Lelaki cina tersebut membuka topeng mukanya dan melemparkan senyuman. Lyla hanya menatap dan menanti apa yang ingin ditutur oleh lelaki cina tersebut.
"Hi, I Lawrence, boleh you tolong saya. This is first time i come here. And i nak cuci baju juga tilam." Ujarnya dalam pelat cina.
Lyla tersenyum.
"Yes sure. Can you scan Mysejahtera first ya. Pakai mask and sanitize you hand first sir."
Alamatnyaa aku balik lambat lah malam ni.
Bersambung...... ☺️
YOU ARE READING
The Bad Lover
RomanceLawrence- "She curang dengan i. She is my wife who sleep with her bestfriend." Lyla - "He left me because my friend. Dia juga cakap, i cuma ada masa dia susah sahaja. Ketika dia senang i hilang. And itu satu alasan paling stupid, betul tak?" Julie...
