1

7 3 0
                                    

   " Weyh ! tak sangka dah habis " Syamiera mendepangkan tangannya . 

   " Eleh tak sangka konon ,nanti merengek rindu nak masuk U balik. Selama beberapa tahun ni kau dah merengek nak masuk sekolah balik . Sudahlah aku malas nak dengar " Daniya membebel . 

    " Alah kau ni , sikit-sikit emo . Tak enjoy langsung " Syamiera memuncungkan bibirnya . Dia membiarkan Daniya membebel sorang-sorang . Baik dia tonton kdrama lagi best kut! 

    " Ha tengok tuh merajuk . Tak habis-habis merajuk . Aku baru nak ajak gi jalan-jalan . Takpelah aku pergi sorang-sorang " Daniya membuat gaya-gaya hendak keluar . Dia nampak yang Syamiera menoleh ke arah sini . 

    " Weyh! sampai hati kauuu . Tunggulah aku . Yelah-yelah aku tak merajuk dah . Kau pandai eah tarik perhatian aku kan eiii " Syamiera cepat-cepat menyiapkan diri . 

Alang-alang dah habis sem ni lebih baik dia happykan diri dengan merantau seluruh Penang . Even banyak lagi tempat tak dilawati tetapi dia tetap cuba ambil peluang . Nanti dah balik Melaka tak dapat  buat semua ni . Syamiera mungkin akan balik Pahang . Tak sanggup nak berpisah dengan satu-satunya kawannya tuh since sekolah menengah lagi . 

    " Dan ! kau reallah ajak aku pergi Gurney " dengan suara yang teruja apabila Daniya memasuki perkarangan Gurney Mall . 

   " Kau dah nampakkan...maksudnya reallah adoi . Asal ? tak percaya ? ha pergi hantuk kepala kau dekat dashboard tuh sampai sedar " Daniya terus memarking . 

Syamiera tersengih . Macam kerang busuk . Selama ni dia hanya pergi tempat-tempat yang macam pasar tani . Ni tiba-tiba dekat depan shopping mall yang gedabak ni . Dahlah dia belum keluarkan duit lagi haha so ada bape ringgit je dalam dompet ni . 

   " Dan , aku nak pergi cucuk duit jap . Kau tunggu aku dekat kerusi tu " Syamiera menunjuk kearah kerusi panjang yang tidak jauh dari situ . 

   " Kau ni macam-macamlah , jangan lama-lama tau " Daniya memesan terus dia melangkah ke kerusi tersebut .

Daniya melihat kedai mainan dihadapannya . Semuanya lawa-lawa dan pastinya mahal . Dia ternampak lelaki yang berada lebih kurang sedepa daripada tempat yang dia duduk sedang bermain telefon dengan earfon di telinga . Berkaca mata hitam dengan mask hitam . Aku memandang dia . Apabila dia sedar aku memandang dia terus aku mengalihkan pandangan . ' Aku bukan minat kau lah , perasan ! aku tengok budak yang dekat belakang kau tuhlah ' Aku berbisik dalam hati . Manalah tahu lelaki tuh perasan aku tengok dia bermakna aku minat dia . No okay! 

Tiba-tiba budak yang dibelakang itu berlari ke arah lelaki itu . Ais krim ditangannya yang meleleh tertumpah di atas seluar dia .

   " Woi budak ! " Lelaki itu terjerit sedikit . Aku yang disebelahnya pun panik . Malu kut nanti orang tengok. Yang Syamira ni pulak pahal lama nau ! Jelas terpampang wajah yang membara even ditutupi dengan mask dan cermin mata . 

   " Awak,  sini kejap " Aku terus memanggil kanak-kanak itu . Dia pasti ketakutan . Budak itu terkedek-kedek berjalan kerahku . Aku mengeluarkan tisu lalu mengelap mulutnya yang comot dengan tangannya yang diselaputi ais krim yang kian mencair . 

   " Mana boleh makan ais krim sambil lari-lari . Duduk sini makan aiskrim elok-elok . Nanti orang marah macam mana . Awak mesti takutkan ? " Aku berpesan dengan nada yang lembut . Takut-takut budak tuh nangis tak naya ? 

 Budak itu menurut . 

   " Ha kan bagus tuh " aku mencuit pipi dia . 

Aku menghulurkan tisu kepada lelaki itu yang dari tadi mendiamkan diri setelah diselubungi dengan rasa marah . 

   " No need " lelaki itu membalas . Terus dia menuju ke toilet . Tisu yang aku hulur pun diabaikan .

Sombong betul ! Ish untung aku tolong . Kalau tak dah nangis dah budak tuh . Tidak lama kejadian itu barulah Syamiera muncul . 

  " Dan ,sorry lama ... beratur panjang weyh " Syamiera baru nak munculkan diri setelah sekian lama padahal takdelah lama sangat . 

  " Kau ni , sampai hati tau !" 

  " Sorrylah Dan , dah jom " Syamiera menarik tangan Daniya . 

  " Eah sekejap " Daniya melepaskan tangan Syamiera . Dia menuju ke budak yang tengah makan ais krim . Gayanya seperti memesan sesuatu . ' Mungkin Dan suruh budak tu jangan pergi mana-mana sampai mak dia sampai kut ' . 

   " Okeyh jum " Daniya menarik tangan Syamiera . 

Setelah dia berjalan selama satu jam Daniya berhenti di sebuah kedai jam . Dia mahu menghadiahi ayahnya jam tangan yang mahal sedikit . Terus dia masuk ke kedai jam itu. Tiba-tiba dia terjumpa lelaki tadi . Haih memang jodoh betulkan ? Aku terberhenti . 

   " Yang kau berhenti tengah-tengah jalan asal ni Dan " Syamiera menolak aku sedikit . Aku terus tersedar . 

  " Ha? sorry-sorry ..." 

Aku menilik satu persatu jam . Semuanya lawa-lawa dan harganya boleh tahan mahal . Aku berhenti dibahagian yang premium . 

  " Saya nak yang tuh " Aku menunjukkan jam yang berwarna silver itu . Lelaki tu pun boleh pulak mintak yang sama hailah . 

  " Saya mintak dulu ya . Miss tolong bungkuskan yang ni " Aku terus meminta bungkus dekat penjual itu . 

  " Eah aku mintak dulu ! " Lelaki itu ternganga . Aku tergelak kecil . 

  " Eeiii minah ni , semak jelah . Tu jam limited edition yang hanya dijual 5 utas je dekat Malaysia ni " Lelaki itu membisik . Terus dia keluar dari kedai tu . Pastinya dia fade up . Alah benda kecil je kut tuh pun nak marah .Aku melihat susuk hitam itu keluar . Gaya dia memang seperti orang kaya tapi sombong nak mampus. 

Kereta mercedes benz yang berwarna putih dimasuki . " Kita balik semula Pak Mail . Saya malas dah nak pergi shopping " Fade up dengan semua benda . Argh ! semua gara-gara minah itu . Dahlah kene aiskrim tumpah . Pastu terlepas jam limited . Serabut . Sudah lah abang-abang dia tayang jam lawa-lawa . Mana  boleh kalah macam ni . Tiba-tiba dia teringat layanan perempuan tadi dengan budak tadi . Mengingatkan dia kepada seseorang yang amat dia rindui . Macam mana dia sekarang eh. 

   " Betul ni , tak beli apa-apa " Pak Mail melihat majikannya melalui cermin pandang belakang . Dia mengangguk . 




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Day I Told You ( Malay Version) Where stories live. Discover now