Kini keseluruhan pelajar menumpukan ke arah drama ini termasuk mak cik cafe . Siap menongkat dagu di atas meja lagi .

Kelihatan lelaki itu cuba mengawal reaksi muka sehabis mungkin . Senyum sinis terlakar di bibir Hafine .

Muka nak attention sangat kan, jadi hadaplah dengan seluruh attention dari mata-mata yang memandang .

" Kau nak cacatkan muka aku ? Seriously , dude ? Huh ! Setakat cacat muka apalah sangat . Boleh baik semula . Tapi sebelum kau cacatkan muka aku , bagi aku akan pecahkan muka kau ini dulu . "

Bukk !

Bukk!

Bukk!

Bukk!

Langsung terduduk lelaki itu di atas lantai dek mukanya ditumbuk kuat . Tepi bibir yang sedikit berdarah dikesat kasar .

" Sakit , kan ? Padan muka . Nak pukul perempuan , fikir dulu banyak kali . Jangan jadi lelaki dayus . Trash ! " Sembur Hafine pedas .

Iris mata sempat melirik ke arah Dellia Jasmien sekilas sebelum berlalu pergi diikuti Rayqal Shen , Rayshen Darl dan Irfan .

Sehingga kelibat mereka hilang , Dellia Jasmien masih setia memandang.

Terima kasih . Ucapnya hanya di dalam hati .





•♕•♕•






Dia masuk ke dalam tandas . Belum melangkah masuk , telinganya terdengar suatu bunyi yang menjijikkan .

Yeff Arziq abaikan .

" Sayang . You bila nak spent time dengan I ? Asyik keluar dengan budak tinggi tu sahaja . "

Sesekali bunyi desahan kedengaran.

" Biy , chill . Nanti ada masa free, kita spent time lah . Bagilah I kenakan dia dulu . You nak tahu something ? I dapat rasakan dia dah suka dekat I . And maybe dia falling in love dengan I ."

Kening Yeff Arziq berkerut .

Suara itu seperti dia kenali . Perempuan jahat itukah ? Zahira atau dipanggil Z.I.A . Alang-alang dah masuk tandas , Yeff Arziq segera memasang telinga .

" Then ? You nak buat apa ? Teruskan plan you ? Atau You nak date dengan dia lagi ? Mentang-mentang dia lagi kaya dari I , you lupakan I . "

Bibir Yeff Arziq mencebik , menyampah .I-U , I-U. Gedik nak mampos !

" Ish ! Apa you ni ? I tak lupakan you lah . I dah jemulah dengan dia . Irfan itu nama sahaja kaya , tapi kedekut ! I baru nak kikis duit dia . Tapi dia dulu kikis duit I . "

I-Irfan?

Dia sebut nama Irfan ?! The hell !

Eh sekejap ! Dia kata Irfan kikis duit dia ? Yeff Arziq tersenyum senget, bangga pula dia dengan Irfan .

Biarpun kuat loyar buruk , ada bijaknya !

" Kikis duit you ? Beli apa ? "

" Makananlah . Apa lagi ? Date dengan dia , semua I yang tanggung . Ini baru kawan . Kalau I betul-betul couple dengan dia , keringlah poket I . "

" Padanlah muka You ! Nak kenakan dia sangat . Kan dah kena dekat batang hidung You sendiri ."

" Eyy ! You ni tak membantu langsung ! Stress cakap dengan You ! Now I tak ada mood nak layan You. I nak balik kelas . "

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now