Afifa ni betul-betul gila!

Di bawah, Afifa ditegur seorang lagi rakan rumahnya, Amy, gadis tinggi lampai yang berasal dari Amerika Syarikat.

“Pergi Melwood ke?”

“Ya, Amy. Macam biasa.” Afifa membuat muka comel.

Gadis Amerika itu mencebik sebelum berpesan. Muka comel itu hanya bertahan di waktu pagi. Nanti tepat pukul 8 apabila Afifa pulang dari joggingnya, riak masam pula akan menghiasi wajah cantik itu. Ketika itu mestilah satu rumah sudah tahu apa menyebabnya.

Hari itu dia masih belum bertemu Isaac!

“Boleh belikan roti yang awak beli minggu lepas? Yang ada mayonis di dalam.”

Afifa angguk memahami. “Baik. Tapi saya balik lambat sikit ya.”

“Tak ada masalah. Hati-hati.”

“Awak juga, Amy.”

"Dan jangan lupa latihan pagi ni!" Sempat Amy berpesan.

“Saya ingat!” Kalut-kalut menjawab sambil membuka pintu. Kasut sukannya memang disarung siap dari dalam bilik. Senang nak berlari. Keluar dari rumah, angin pagi menyapa pipinya. Kawasan perumahan yang selalunya penuh terasa sunyi di pagi hari.

Sambil berlari ke bas, matanya tertangkap kepada seorang lelaki yang berjalan masuk ke rumah sewanya.

Merhaba (Hai), Daneer!” Tangan diangkat kepada lelaki berbangsa Turki yang juga merupakan teman lelaki Ozlam. Dua bulan berada di sini, dia sudah terbiasa dengan teman lelaki rakan serumahnya keluar masuk dari situ.

Merhaba, Afifa!” Lelaki itu turut mengangkat tangan. Mereka membalas senyuman.

Jalan dilintasi dan dia berlari memasuki bas yang sudah terbuka pintunya.

“Terima kasih,” ucap Afifa lalu dia mengambil tempat di seat paling hadapan. Cepat sikit dia nak keluar nanti.

Duduknya ditegakkan dan dia memandang jalan dengan senyuman di bibir. Dan seperti hari sebelumnya, Afifa berharap sangat dalam hati bahawa hari ini ialah hari bertuahnya.

Hari bertemu Isaac Louis!

HARI ini bukan harinya.

Lagi.

“Apa?!” Afifa mendekat. Kedua tangan ditangan atas kaunter. Roti yang dipegangnya sudah pun terpenyek akibat genggaman Afifa.

“Awak kata awak peminat Liverpool. Sepatutnya awak tahulah yang Reds sudah pindah tempat latihan.”

Kata-kata penjaga kaunter itu bagai jarum menusuk-nusuk jantungnya. Kedua tanganya disilang atas kaunter lalu dia benamkan kepalanya di situ. Huwaaa! Abang Zek tak bagitahu Pipa pun! Kesian Pipa menunggu yang tak akan datang.

Bajunya ditarik sikit lalu diletakkan ke hidung. Bau Isaac Louis. Sehari saja lepas Afifa ternampak artikel tentang minyak wangi kesukaan lelaki itu, terus dia beli. Biarlah RM500 sekalipun. Asalkan dia boleh bau. Dan ternyata, baunya sangat nyaman. Tak dapat tengok orang, bau pun jadilah. Haish, sedih betul!

Penjaga kaunter yang memakai tag nama Julius yang berasal dari Rome itu menyembunyikan senyum melihat tingkah Afifa. Dia mula bertemu dengan gadis ini 4 bulan yang lalu. Ketika itu Julius sedang menguruskan kaunter dan Afifa masuk memesan roti dan kopi panas. Dia tidak tipu, hatinya terpaut kali pertama melihat Afifa. Gadis itu tinggi lampai, rambutnya yang keperangan sering diikat toncang, tulang pipinya tinggi dan bibirnya mungil. Ketika itu Julius memasang tekad untuk menghampiri Afifa.

Mrs. Isaac: Cinta Yang Tak BiasaWhere stories live. Discover now