Bab 4

135 3 0
                                    

ISWADI memandang Irfana yang langsung tidak mahu memandangnya. Bukannya sekali dua dia luahkan perasaan kepada Irfana. Malah sudah berkali-kali. Tapi , setiap kali itulah dia ditolak. Jenuh nak tebalkan muka nak luahkan perasaan.

"Along ni berapa kali Fana cakap, Fana anggap along ni macam abang sendiri." Irfana mengelengkan kepalanya. Naik geram dengan Iswadi apabila dia buat tak faham bahasa. Bukannya sekali dua dia meminta untuk bercinta dengannya. Sudah banyak kali. Kalau dia tak berbicara pasal cinta, dia akan pandang Irfana serupa nak menerkam saja.

"Kalau Fana rasa ibu tu menyusahkan lepas kahwin kita tinggal kat luarlah." Iswadi mencadangkan sesuatu yang tak masuk akal. Bercinta pun tidak , tapi sudah melangkau bab selepas kahwin.

"Aisy, along ni..." Irfana rimas. Dia mengipas mukanya dengan hujung tudungnya.

"Fana dah ada orang lain ke?" tanya Iswadi.

"Fana tak mahulah bercinta atau berkahwin. Bukan tak suka along, malah Fana sayang along, tapi Fana selesa begini." Irfana terangkan apa yang ada dalam hatinya.

"Along sayangkan Fana juga." Iswadi cuba mencapai tangan Irfana. Irfana cepat-cepat mengelak. Dia menjeling Iswadi.

"Fana..." panggil Iswadi.

Tiba-tiba Iswadi menjauh, apabila matanya ternampak motorsikal ibunya. Irfana menggelengkan kepalanya. Takutkan ibu sendiri, tapi ada hati ajak aku kahwin. Along... along. Nak tergelak pun ada. Apabila di depan ibunya nak pandang dirinya pun tak berani.

Derapan kaki di belakang Irfana mengejutkannya. Dia menoleh sepantas kilat. Lelaki yang dibawa Iswadi itu ada di belakangnya. Matanya hanya memandang Irfana tanpa sepatah kata. Tak tahulah apa penyakit kawan Iswadi. Muka berserabai dengan jambang. Selekeh pakaiannya. Macam orang mati bini saja. Kalau tengok gayanya ini memang tak padan dengan kereta yang ada di depannya sekarang. Pendek kata gelandangan pun rasanya ada yang baik sikit daripada dia.

"Kau tengok apa!?" Jerkahnya. Matanya tajam merenung Irfana. Tersentak Irfana apabila dijerkah sedemikian rupa. Irfana mengurut dada. Kalau tak jerkah tak boleh ke? Bukannya sampai 1 kilometer pun mereka berdiri.

"Itupun nak terkejut!" Mimik muka Fadi berubah apabila melihat Irfana benar-benar terkejut dengan jerkahannya.

"Tanya elok-elok tak boleh ke?" Perlahan suara Irfana bertanya.

"Kau siapa, aku nak cakap lemah-lembut." Suara garau itu kasar bertanya Irfana. Kalaupun aku bukan orang istimewa, adab kena ada. Ini tidak, terjerit-jerit sampai satu kampung boleh dengar. Dulu mak dan ayah serta cikgu tak ajar adab ke? Irfana mencebik. Irfana melangkah. Orang macam kawan Iswadi ni bukannya boleh dilayan.

"Fana!" Suara kuat Puan Ilah pula yang menampar telinganya. Ini seorang lagi, kalau tak menjerit agaknya tak boleh duduk. Terlolong-lolong macam anjing gila. Dalam hati saja dia menyumpah. Kalau berdepan mahunya, dia makan penampar Puan Ilah. Tak sanggup nak biarkan kulit mukanya makan penampar.

"Kau buat apa dengan Fadi tu?" tanya Puan Ilah mencengkam lengan Irfana. Dia menjeling Fadi yang baru berlalu.

"Sakitlah, mak su." Irfana meronta. Cengkamannya itu macam nak tarik keluar kulit lengannya saja.

"Dia cakap apa dengan kau!" Puan Ilah mengetapkan giginya. Bimbang Irfana akan mencaras Fadi. Nanti Fazra akan melopong saja.

"Tak cakap apa pun!" Irfana mencuba untuk meleraikan cengkamannya itu. Kalaupun nak bertanya kenapa perlu mencengkam lengannya.

"Lama juga kau dengan dia kat situ." Puan Ilah tak puas hati lagi.

"Dia marahkan Fana sebab Fana terpandang dia." Irfana jujur memberitahu. Kalau tak beritahu nanti, tak pasal-pasal kulitnya tersiat.

BÎASA ITU CINTAWhere stories live. Discover now