Kelahiran dirinya membuatkan jangka hidup Jeon Jungkook semakin berkurang.

Semakin banyak Jungkook menggunakan kekuatan luar biasanya, semakin sikit jangka hidupnya.

Kerana jangka hayat Jeon Jungkook telah berbahagi dengannya. Sama ada 004 yang perlu pergi dahulu atau Jeon Jungkook yang perlu pergi dahulu..

atau, mereka berdua akan ditimpa penyakit yang tiada rawatan. Kerana sel badan mereka sudah tidak stabil. Mempunyai dua orang manusia dengan sel yang sama sebenarnya telah melanggar hukum alam. Ini bukannya kembar semula jadi!

Melihat 001,002,003 yang mati di usia yang muda dan dalam keadaan yang amat menyakitkan membuatkan 004 takut untuk mati.

Sudah lama 004 menunggu dirinya mempunyai simptom kematian seperti hidung berdarah, hilang ingatan jangka masa pendek, selalu menangis tanpa sebab dan sakit kepala yang teramat.

Namun, sebaik sahaja dia berjumpa dengan Jeon Jungkook, lelaki itu yang mengalami pendarahan internal dan sebab itulah hidungnya selalu berdarah. Itu baru tahap pertama, selepas ini lebih banyak simptom lain.

Hal ini membuatkan 004 sedar bahawa bukannya dia yang akan mati, tetapi, Jeon Jungkook, pemilik sebenar nyawa ini yang akan mati.

Bagaimana 004 tidak boleh rasa bersalah? Hidup ini, nyawa ini sepatutnya menjadi milik Jeon Jungkook, 004 hanyalah nyawa yang terjadi kerana hasil eksperimen.

"Kau buat apa?" suara garau milik Jeon Jungkook menegur 004.

"Oh, tak ada apa" cepat-cepat 004 mengesat air matanya.

"Kau menangis?" soal Jungkook yang hanya memakai tuala pada paras pinggangnya sahaja, sambil berjalan mendekati 004.

"T-tak mana ada" balas 004.

Jeon Jungkook mengeluh kecil sebelum menepuk bahu milik 004.

"Aku tak tahu apa kau lalui sepanjang kau membesar dalam makmal. Aku faham kau nak ada keluarga, nak rasa disayangi, maaflah aku kasar dengan kau, tapi memang sikap aku macam ni" kata Jungkook dengan perasan serba salah.

004 makin rasa serba salah. Bukan ini yang sepatutnya terjadi, bukan Jungkook yang perlu menanggung kesakitan nanti.

Ding! Dong!

"Kau pergi bukakan pintu, aku nak pergi pakai baju kejap" kata Jungkook kepada 004.


☆☆☆☆


004 POV❤

"I-ingatkan ibu nak balik esok" kata 004 kepada Puan Jeon dengan nada yang amat kekok.

Ingatkan pizza dah sampai, rupanya Puan Jeon yang tekan loceng sebab tertinggal kunci dirumah katanya.

"Masalah novel motivasi tu selesai awal, jadi ibu balik lah. Kenapa? ada ajak teman wanita Jungkook bermalam dekat rumah ke?" soal Puan Jeon sambil menayangkan wajah ingin tahu.

"Eh, ibu ni, mana ada" balas 004.

Nasib baik Jeon Jungkook terus naik ke bilik tadi kalau tidak ibunya akan jumpa 2 orang Jungkook.

"Haha! tak lah ibu gurau je" balas Puan Jeon.

"Oh ya, kawan Jungkook nak jemput dekat majlis novel ibu nanti tu siapa?" soal Puan Jeon.

Ah.. sudah, manalah 004 tahu.

"Erm, nanti Jungkook fikirkan" balas 004.

Puan Jeon menayangkan wajah ragu-ragu. Lalu dia merapatkan wajahnya dengan 004 untuk melihatnya dengan lebih rapat.

Tiada parut di pipinya!

"Kau! kau! kau bukan Jeon Jungkook!"

TBC

Maafff lambat updateee busyyy sangat sangattt

Nak tanya siapa still tunggu cerita ni?

Hshs ke semua dah lari?


Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now