✿8✿

74 23 69
                                    

It's like a wind that gently strokes me
It's like a dust that gently drifts along
You're there but for some reason, I can't reach you, stop
You, who's like a dream is a butterfly high to me

**✿❀ ❀✿**

"Kenapa cikgu nak jumpa kitorang?" Adam membuka kata, menatap wajah Cikgu Hairi yang masih leka membelek-belek kertas di atas mejanya. Guru muda itu mengangkat wajah memandang enam orang anak muridnya itu.

"Saya dapat tahu korang berenam ni suka pergi dekat pantai hujung taman. Betul ke?"

Masing-masing gelabah. Airil memandang Hasif, menyuruh rakannya yang menjawab. Tapi, boleh pulak Hasif pura-pura termenung memandang siling.

Seronoknya saya, ada seorang kawan yang 'prihatin'.

"Haah. Kenapa, cikgu? Tak boleh ke?" Airil bertanya lambat-lambat.

Cikgu Hairi tersenyum sebelum berdiri dan mencari sesuatu di rak belakangnya. "Takdelah salah pun. Bagus tu, mengeratkan silaturrahim. Tapi saya nak mintak tolong sikit." Dia berpusing menghadap Naz, Adam, Hash, Airil, Hasif dan Syakir yang masih berdiri menghadapnya.

"Saya nak mintak tolong awak semua sertai aktiviti berkhemah dekat pantai. Saya pun tengok korang ni betul-betul berminat dengan laut semua ni. Berminat?" Cikgu Hairi menjelaskan sambil menghulur sehelai kertas kepada Adam. Dengan teragak-agak Adam mencapai dan ditunjukkan pada rakan-rakannya.

"Saya rasa saya tak boleh." Tiba-tiba Syakir mencelah.

"Laa... Kenapa? Kau kan suka aktiviti air?" Hash mengerutkan kening, bertanya dengan nada kecewa. Dia dah excited dah. Tapi, bosanlah kalau salah seorang dari mereka takde.

"Takpelah. Aku takut aku menyusahkan orang je kat situ. Dekat situ pun bukan korang selalu ada dengan aku, kan?" Syakir membisikkan jawapan kepada mereka berlima. Cikgu Hairi yang tidak dapat mendengar apa-apa hanya mampu tersenyum.

Kids nowadays.

"Sorry, cikgu. Kalau seorang tak pergi, kitorang tak boleh join." Senang Adam memutuskan. Muka ditunjuk riak terkilan.

"Betul ni? Ni last year korang dekat sini. Peluang susah nak dapat. Syakir, joinlah."

"Korang, takpelah korang pergilah. Aduh, manjalah nak duduk dekat dengan aku bagai." Syakir ketawa di hujung ayatnya.

"Manja tayar basikal kau. It's just... Tak best kau takde." Airil sempat menghantar pandangan tajam. Boleh pulak Syakir melawak tak lucu dekat sini. Rasa nak je sumbat kertas dalam mulut mamat tu.

"Takpe, saya bagi peluang korang bincang dulu, baru bagitau saya korang nak pergi tak. Baliklah kelas dulu. Rehat dah nak habis ni." Cikgu Hairi memberi ruang sambil tersenyum, mempersilakan anak muridnya keluar.

Tak, kenapa bunyinya macam menghalau?

"Okey, cikgu. Nanti kitorang datang balik."

**✿❀ ❀✿**

"Tak, korang pergi jelah duh. Tak payah tunggu aku." Syakir masih cuba meyakinkan rakan-rakannya. Mereka duduk di bawah pohon rendang yang menjadi tempat rasmi mereka di sekolah.

"Eh, budak ni. Aku cakap tak nak, tak naklah."

"Pergi."

"Tak."

"Pergilah, pendek."

"Tak naklah, cengeng."

butterfly . | ✓Where stories live. Discover now