✿1✿

213 40 38
                                    

"Don't think of anything,
Don't say anything,
Not even a word,
Just give me a smile."

**✿❀ ❀✿**

Larian lima orang remaja laju membelah jalan raya. Setiap manusia yang lalu-lalang tertoleh beberapa kali. Kelajuan yang luar biasa ya. Letak Speedy Jantan sebelah pun, InsyaAllah pelari tersebut kalah dengan penuh jayanya.

"Cepatttttttt!" Remaja paling hadapan itu terus memaksa rakan-rakannya yang lain supaya turut mengikut kelajuannya. "Sabarlah woi! Assobru minal iman!" Sempat lelaki di hujung sekali membidas. Sakit jiwa jugak bila tak habis-habis diarah untuk lajukan larian. Kau ingat aku ni roda berteknologi tinggi ke apa?

Mereka tiba di destinasi yang dituju. Masing-masing gelabah mencari subjek yang menjadi tujuan utama mereka memecut tadi. "Mana weh? Jangan cakap kita kena scam lagi. Aduh, penat eh penat." Hash menyerabutkan rambut sendiri. Masuk kali ni, dah empat kali mereka ditipu hidup-hidup berkaitan hal ni. Tak kelakarlah! Sense humor tertinggal di sujud yang terakhir ke apa?

Heh, tu pun kalau sujudlah.

Auch.

"Seriouslah? Diorang ingat benda ni kelakar dibuat main ke?" Adam yang terkenal pemarahnya, terus menyepak besi yang kebetulan terbentang indah di hadapan mata sebelum menahan kesakitan. Menyesal pun ada pergi sepak tadi. Menyakiti diri sendiri betul.

"Weh, ini bukan scam!" Airil terus berlari lagi menuju ke jambatan yang terletak agak jauh dari kedudukan mereka. Tapi, masih terlihat jelas apa yang ada di sana. Setelah scan apa yang ada di bahagian sana, empat lagi manusia itu turut sama berlari sambil menjerit.

Airil yang pertama sampai, terus memulakan langkah.

Tubuh yang berdiri betul-betul di atas palang jambatan cepat-cepat dipeluk dan ditarik daripada meneruskan kerja gilanya.

Kerja gila yang pernah hampir dilakukan sebanyak tiga belas kali.

"TEPI KAU TAK GUNA! AKU NAK PERGI, AKU NAK PERGI!" Remaja di atas palang tadi meronta-ronta minta dilepaskan. Nasib baik, Airil berjaya membawa lelaki itu turun. Tapi, dia masih lagi meronta untuk berlari ke palang jambatan.

"Sif, ambik air, Sif!" Arah Naz sambil menarik sama tangan lelaki tadi. Karang kalau biar terlepas, syahdu pula suasana.

"BODOH! YANG KORANG DATANG SINI KENAPA, HAH? BUAT SEMAK JE!"

"Chaq... Sabar, sabar. Kita balik eh?" Hash memujuk sambil menarik tangan Syakir yang masih tak mahu melupakan misinya tadi. Risau pulak dia tengok budak Syakir ni duk meraung dari tadi walaupun dia agak terbiasa dengan situasi ini.

"KAU NAK BALIK, KAU BALIKLAH! BAWAK SEKALI BALA-BALA KAU NI!" Syakir menghamun lagi sambil perkataan 'bala' ditujukan khas kepada lima orang lelaki yang hadir tak dipinta tadi.

"Weh, nah air." Hasif tiba memberikan segelas air kepada Adam, manusia yang ditugaskan untuk memberikan air kepada Syakir selama ini.

"Chaq, sini." Adam mencangkung sambil tangannya menggamit Syakir. Airil tepuk dahi. Alahai, kau ni Adam. Apa ke tak berinovasi cara kau nak bagi air ni?

Dan ingat Syakir nak ikutlah tu?

Satu saat, Syakir terlepas dari pegangan. Lelaki tu cepat-cepat panjat balik palang besi di pinggir jambatan. Sekali lagi suasana jadi bising kerana jeritan lima sekawan yang secara jujurnya takut melihat aksi Syakir.

butterfly . | ✓Where stories live. Discover now