Inara menjegilkan mata ke arah Firdaus. Banyaklah tahi cicaknya!

"Sorry Maya.. Kalau kau kawan Inara, bermaksud kau kawan aku juga.." Firdaus meminta maaf.

"It's okay.. Sekurang-kurangnya aku dapat pengajaran baru iaitu jangan pernah cari gaduh dengan kawan si pondan.."

"Sial!" Laju sahaja Firdaus mencarut membuatkan Maya dan Inara sama-sama menghamburkan ketawa.

    



"WOI, perempuan! Cepat sikit boleh tak?" Jerit Firdaus dengan suara jantannya kepada Inara yang tiba-tiba sahaja berhenti di tengah jalan.

"Sabarlah! Aku tak jumpa kunci kereta ni!"

"Ni yang aku malas shopping dengan perempuan!"

Ini baru dengan Inara Mikaeyla, bukan dengan Sarra Henderson lagi.

"Selama ni kau shopping dengan aku elok je tak merungut!"

"Dah aku rasa nak merungut suka hati aku lah!" Jawab Firdaus. Sebenarnya dia rasa tidak sedap hati. Terasa seperti diekori oleh lelaki berhud hitam yang sedang bersandar di dinding hujung.

Apa yang merisaukannya lagi ialah matahari sudah hampir terbenam sepenuhnya. Orang ramai juga sudah mula pulang. Dan sekarang, Inara pula buat hal cari kunci kereta di dalam begnya.

Tanpa banyak soal, Firdaus terus menarik lengan Inara dengan kuat dan mereka mula berlari. Serentak itu, lelaki berhud hitam itu juga turut melajukan langkah.

"Fiffy! Kenapa ni? Siapa yang kejar kita?" Dengan polos Inara bertanya.

"Lari je.."

Makin kuat larian mereka sehingga menyebabkan Inara jatuh tersembam ke lantai Almaklumlah, dia pakai kasut tumit tinggi sekarang. Bangang punya Firdaus! Nak lari tak beri signal!

Serentak itu, Inara terasa seperti bahunya disentuh oleh seseorang dari arah belakang.

"Haiyya wopucetau wopuyauuu lancauu!!" Jerit Firdaus sambil kakinya mula membuka langkah kekuda bersedia untuk berlawan dengan lelaki berhud hitam itu.

Inara panik. Kepala ditolehkan ke arah tangan yang memegang bahunya lalu diangkat perlahan-lahan..

"Cik! Ini saya, Badrul!" Kata lelaki berhud hitam itu sambil membuka hud yang menutup separuh mukanya.

"Woi anjing! Kau buat takut aku je badigol! Aku hampir terkencing, bodoh!"  Carut Firdaus tepat dihadapan muka Badrul sekali dengan pakej air liur yang tersembur keluar.

"Erkk- Maaf kalau saya takutkan korang. Sebenarnya, saya ada kunci kereta cik Inara. Saya nampak jatuh tercicir tadi jadi saya ambil. Ingatkan mahu beri tadi cuma saya tak berani nak tegur.." Kata Badrul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Janggal adalah. Dia sudah menakut-nakutkan dua orang rakan tersebut.

Inara terkesima seketika. Sejak bila dia jadi begitu cuai sebegini? Tidak pernah lagi dia terjatuhkan kunci kereta lagi-lagi ketika sedang membeli-belah di Mall. Perlahan-lahan Inara mula berdiri.

Nasib baik tidak terseliuh.

Kalau tidak, memang dia akan diceramah oleh Puan Sri Frida bila dia pulang sahaja ke rumahnya nanti.

"Kalau macamtu kitorang balik dulu ye, Badrul.. Terima kasih."  Inara tersenyum mesra.

"Bye Badigol! Nasib baik kau hensem jadi aku maafkan kau." Kata Firdaus lalu dia mula mengikuti mengikuti langkah Inara.

Badrul pula hanya menghantar kelibat Inara dan Firdaus dengan ekor mata.





FIRDAUS menghabiskan minumannya lalu jejaka hensem yang berwajah ketat dihadapannya itu dipandang. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Tadi, sebaik sahaja menerima panggilan daripada Zayn untuk bertemu, dia terus bergegas ke sini.

"Finish?" tanya Zayn,  muka bosan ditayangkan.

Firdaus menganggukkan kepalanya lalu dia mula bercerita tentang perkara yang berlaku hari ini dengan laju dan tanpa henti. Zayn juga turut tekun mendengarnya. Tidak mahu terlepas perkara-perkara penting yang bakal keluar dari mulut Firdaus.

"Jadi..Kitorang pun lari lah! Lari punya lari, kau tahu siapa yang kejar kitorang?" Zayn menggelengkan kepalanya, layan sahaja lah malaun sorang ni.

Bodoh punya Firdaus.

"Budak Badigol yang kerja dengan Shah tu! Buat sakit jantung aku je!" Rungut Firdaus geram.

"Badigol?"

"Badrul haa pekerja baru Shah tu lah.."

"I see. Anyways, ni payment kau.." Envelope kecil dihulurkan ke arah Firdaus lalu Zayn mula meninggalkan tempat pertemuan di dan Firdaus.

Sampai sahaja di rumah, Firdaus terus mengira duit yang berada di tangannya. Pergh! RM 1000.. Untung kau Firdaus. Baru sekali kau buat kerja ni terus masyuk! Kepala otaknya sudah membayangkan betapa banyaknya barang yang bakal dia beli nanti.

"Woi! Sejak bila kau buat kerja-kerja macam ni, hah?"

"Kerja apa?"

"Tu.. Gigolo." Bibir Shah dimuncungkan ke arah duit yang dipegang oleh Firdaus.

"Choi mulut hang! Tak nak aku jadi gigolo. Baik aku jadi orang rumah kau.." Kata Firdaus sambil tersenyum miang.

"Eee geli aku.." Shah mula buat muka jijik. Dia masih straight!

"Eh engkau! Aku ni hensem, apa?"

"Siapa cakap kau tak hensem?"

"Itu lah tak pernah lagi aku dengar orang cakap aku tak hensem.." Kata Firdaus berbangga diri. Sejujurnya, Firdaus bukanlah seperti pondan yang dibayangkan oleh anda semua.

Dia hanya lelaki biasa yang berperwatakan feminin.

Namun, disebabkan dia hanya berkawan rapat dengan dua orang diva tersebut, semua orang mula syak bahawa dia songsang. Tidak,Firdaus masih mempunyai nafsu dan dia suka terhadap perempuan. Bukan lelaki.

"Tak masalah sekarang ni, kau dapat kat mana duit banyak ni?"

"Adalah! Aku jadi part time informer.."

"Siapa dia?"

"Sibuk lah kau ni!" Firdaus mula mengatur langkah ke arah biliknya meninggalkan Shah yang terkebil-kebil. Dia tidak akan bocorkan rahsia!

Selagi nyawa dikandung badan, dia tidak akan membocorkan pekerjaan barunya ini. Duit Adrian hanya miliknya!

Jika Shah tahu tentang pekerjaannya, Shah pasti mahu turut sama bekerja. Tak boleh! Tak boleh!

"Aku tanya je kot?" Shah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

His Eternal Love Where stories live. Discover now