MP 16

1.4K 103 4
                                    

BERSELERA sungguh mereka makan masakan Melina. Syok betul dia orang makan. Sampai bertambah-tambah. Terutamanya Rae. Bukan main selera dia. Mentang-mentang sambal air tangan Melina tak pedas.

"Sedap ke?" soalku, memandang ke arah Rae yang sedang menyuap gumpalan nasi yang sudah digaul bersama lauk ke dalam mulutnya.

Beria-ia dia mengangkat ibu jari kirinya tanda begitu sedap sekali. Kembang kuncuplah Melina dapat pujian daripada mereka.

Sesekali aku mengerling ke arah Rery yang paling sepi sekali. Langsung tak bersuara. Makan pun tak berbunyi. Betul-betul beku aura dia, ya. Adakala saja perangai masuk airnya datang. Seperti tempoh hari, aku memperkenalkan dia kepada Arif sebagai bakal suami. Mujur topik itu tidak dipanjangkan. Takut juga apa yang dia cakap itu dituntut untuk menjadi kenyataan.

Boleh pula aku terfikir sampai ke situ. Rery nak kahwin dengan aku? Dan aku nak kahwin dengan mamat beku tu? Entah macam mana rupa rumah tangga kami.

"Aara, kau okey ke? Aku risau duk tengok kau ni banyak mengelamun daripada tadi. Ada kesan apa-apa ke? Ivander ada usik kau lebih dari apa yang pernah aku nampak ke?" Bertubi-tubi soalan Rae lemparkan kepadaku.

"Selepas makan baru bincang." Empat perkataan yang keluar dari mulut Rery mampu mengunci mulut Rae.

Sedas Rae menjeling si abang. Macam biasa, tiada sebarang daripada Rery.

"Aku tanya sebab risau. Bukan macam kau. Dari masuk rumah ni sampai tengah makan, duk beku macam robot. Tak ada perasaan. Bilalah kau nak berubah? Duk dalam takuk yang sama. Jangan disebabkan...."

"Jangan mulakan, Rae. Sekarang waktu makan. Aku minta kerjasama kau."

Aku menunduk sedikit sambil menguis nasi dan lauk ketika suara Rery menegur Rae. Hari ini, Rery sepertinya tidak ada mood untuk bergurau-senda seperti sebelum ini. Tak pasti masalah apa yang membelenggu dirinya sehingga dia menjadi beku dan dingin.

"Aara, lepas makan kita bincang," ujar Rery dengan nada perlahan.

Aku sekadar mengangguk. Berdebar-debar pula nak berbincang nanti. Aku sendiri tak tahu, nak bincang tentang apa....


"AARA, awak pergi ke depan dulu. Nanti saya menyusul. Saya nak potong buah dengan sediakan air panas," beritahu Melina.

Teragak-agak aku mengangguk. Terasa segan pula nak menghadap tiga orang lelaki di ruang tamu itu. Macam aku yang buat salah!

"Duduklah, Aara. Mel mana?" soal Julian sebaik saja aku tercegat di tepi sofa berangkai tiga yang diduduki olehnya.

"Dia nak potong buah dengan buat air panas." Perlahan aku melabuhkan punggung di atas sofa single.

"Apa cerita sebenarnya, Aara? Aku nak dengar cerita keseluruhannya. Jangan mengelak." Rae sudah mula bersuara.

Rery di sebelahnya hanya mengangguk. Duduk bersilang tangan dan kaki. Tayang wajah serius.

Aku berdeham sebelum menceritakan kisah yang terjadi selama aku menjadi pembantu rumah di sana. Begitu khusyuk mereka mendengar penceritaanku tanpa mencelah.

"Ivan kena sampuk dengan setan mana pun aku tak tahulah. Elok aje selama ni, dia setia dengan Jessica tu. Alih-alih terpaut dengan Aara pulak." Rae mendengus seraya menggeleng.

"Jangan yakin sangat yang Ivander tu setia, Rae. Lebih dari itu sebenarnya kalau kau nak tahu." Julian bersuara. Membetulkan posisi kedudukkannya.

Rae berkerut. Mungkin tertanya-tanya apa maksud kata-kata Julian.

"Dia dah ramai mempermainkan perempuan termasuklah saya...."

Serentak kami mengalihkan pandangan ke arah Melina yang sedang meletakkan dulang yang berisi sepinggan buah campur dan lima cawan air kopi susu.

RE-EDIT - Mr. Princeslon (2021)Where stories live. Discover now