MP 14

1.4K 99 3
                                    

"APA kau buat ni, Aara? Hari-hari telinga aku ni asyik kena dengar aduan Puan Jessica. Kau ni dah kenapa? Nak menggatal sangat dalam rumah ni?"

Peristiwa malam tadi sudah sampai ke telinga mak. Pagi-pagi lagi aku dah dengar suara Jessica yang begitu rancak mengadu domba dengan mak. Entah apa yang dia tokok tambah tentang hal semalam. Macamlah aku tak tahu perangai dia tu. Dia tahu hal yang sebenar cumanya dia saja menambah-nambah cerita supaya mak boleh 'basuh' aku sepuas-puasnya.

"Mak percaya orang lain daripada anak sendiri ke?" Menyindir.

"Aku tak nak dengar apa-apa daripada mulut kau! Aku menyesal bawa kau kerja dengan aku kat sini. Memalukan betul. Kau berdua-duaan dengan Tuan Julian tu kenapa? Nasib baik Puan Jessica nampak, kalau tak entah apa kau nak buat dengan dia tu."

Mak memamg melampau. Sama melampau dengan Jessica dengan Ivander. Sampai ke tahap itu dia fikir tentang aku. Apa dia fikir anak perempuan dia ni murah sangat ke? Argh, tension betul aku dengan perangai orang tua ni!

"Cakap banyak pun belum tentu mak nak dengar. Mak pun cakap sendiri yang mak takkan dengar apa-apa yang keluar dari mulut Aara ni. Tak perlulah mak nak tanya itu dan ini. Buang air liur mak saja. Percayakanlah majikan kesayangan mak tu daripada anak sendiri." Aku melangkah ke dapur. Kerja yang tertangguh tadi, aku sambung semula. Terserah maklah nak cakap apa pun.

"Pandai kau melawan sekarang, Aara. Memang aku tak percayakan kau dah. Kau menggunakan kecantikan kau tu untuk pikat lelaki. Tak ada guna aku ada anak macam kau. Asyik memalukan aku aje." Mak menjeling sebelum meninggalkan aku keseorangan membuat kerja di dapur. Memang senang skop kerja dia. Mengekori Jessica ke mana saja.

"Morning, sayang!"

Sayang kepala beruk dia. Memang sejenis tak makan lelaki ni. Tak apa, sikit masa aje lagi aku akan angkat kaki. Memang taklah aku bertahan duduk dalam rumah yang seumpama penjara.

Tiada balasan. Lebih baik berdiam diri.

"Jangan buat aku jadi kurang ajar dengan kau. Aku ni hanya pekerja dan kau hanya majikan aku." Selagi aku tak berkeras dengan dia, selagi itulah perangai miang dia makin menjadi-jadi. Rimaslah aku.

"Argh!"

Dia menolak tubuhku sehingga belakang tubuh tersandar pada bibir kabinet.

Tubuhku dipusing menghadapnya. Kedua-dua belah tangannya ditahan pada permukaan kabinet. Dan saat ini, wajah kami sangat dekat sehingga dapat rasakan deruan nafas hangatnya menampar wajahku.

"Jangan cabar aku, Aara. Sekali aku dah suka, aku akan dapatkan dengan cara macam mana sekalipun. Ingat tu. Aku dah cakapkan yang aku sukakan kau. Dan aku nak kau layan aku. Mana tahu kau boleh bagi aku anak. Aku dah lama teringinkan anak. Jess tak mampu bagi aku anak sebab dia mandul. Bukan aku."

Tergeleng kepala aku mendengar permintaannya. Sahlah, otak lelaki bernama Ivander ini sudah terputus wayarnya. Dah gila. Betul-betul dia bayangkan aku seperti seorang perempuan murahan.

"I love you, babe."

Hampir saja bibirnya mahu mencium pipiku. Namun aku lebih pantas mengelak seraya mencengkam rahangnya menggunakan kuku. Dadaku berombak laju. Menahan bara amarah yang sudah lama kupendam.

"Ssttt!" Ivander meringis.

Sakit yang dia rasai ketika ini, tidak sesakit apa yang dia buat pada aku selama ini. Rasakan. Dia nak sangat dapat penangan daripada aku. Buat aku tak ubah macam perempuan simpanan dia.

Pang!

Tak cukup aku mencengkam rahangnya dengan kuku, tangan pula naik menampar pipinya. Boleh tahan kuat sehinggakan dia terundur beberapa tapak jauh dari aku.

"How dare you, Aara?" carut Ivander sambil menyentuh pipinya.

"Kau nak cakap aku apa? Kau buat aku macam aku ni murah sangat! Aku datang sini nak kerja sebagai pembantu rumah, bukan nak layan kau macam aku ni seorang pelacur!"

Pang! Aku terkesima saat pipiku ditampar oleh Jessica yang entah bila masa muncul depan kami.

"Siapa kau nak tengking-tengking suami aku?"

Aku berdecit sebal.

"Aku ni tengking suami bukan saja-saja. Ulat bulu suami kau ni dah makin menjadi-jadi. Sebelum makin parah, baik aku elak. Suami kau ni yang gatal. Bukan aku!" Hilang sabar. Memang had limit kesabaran sudah capai tahap maksima.

"Berani kau...." Jessica mengangkat tangannya untuk menampar aku buat kali kedua.

Tetapi, laju saja tangan seseorang menarik sehingga Jessica terjatuh di atas lantai.

Tercengang Ivander dibuatnya.

"Sei estremo! (Melampau!)" Julian memang betul-betul marah. Dadanya berombak laju.

Aku rasa Julian dah balik malam tadi lepas berperang mulut dengan Jessica. Tahu-tahu sekarang ni dia muncul. Dia tinggal dekat-dekat kawasan sini ke? Hairan aku. Dia selalu datang tepat pada masanya.

"Aara, masuk dalam kereta saya."

Terpinga-pinga.

"Tapi...."

"Now, Aara!" arah Julian.

Kecut perut aku dibuatnya. Tak pernah aku tengok Julian marah macam ni sekali.

"Ba... baik."

Laju saja aku mengorak langkah masuk ke dalam bilik dan bersiap. Sempat capai benda-benda yang penting. Aku memang dah lama nak berhambus aje dari rumah ni. Akhirnya....

"Hoi, Aara! Kau nak pergi mana? Aku ni majikan kau bukan dia!" tempik Jessica.

"Dia berhenti kerja. Majikan jenis apa kau ni? Buat pekerja macam hamba abdi. Jangan sampai aku buat laporan polis. Biar kau orang dapat malu!" ujar Julian sebelum dia melangkah bersama dengan aku ke arah keretanya.

Dua buah beg diangkat masuk ke dalam butt kereta oleh Julian. Aku rasa teruja bila dapat angkat kaki dari rumah ini.

Selamat tinggal!

RE-EDIT - Mr. Princeslon (2021)Where stories live. Discover now