"Firdaus!"

Adrian kenal suara dua manusia tersebut.. Inara dan Fiffy..

"Nama aku Fiffy lah bangang!"

Adrian berpaling kearah suara tersebut.

"Kejap lagi ada meeting dengan Hera Holding.." Bisik Zayn sebaik sahaja habis makan.

Adrian mengangguk lalu bangun dari duduknya. Butang Blazer yang dibuka olehnya tadi dipasangkan kembali. Adrian mengatur langkah ke arah pintu besar Kafe tersebut. Mata pula sempat dikerling ke arah Inara dan Firdaus. Mungkin Inara tidak perasan akan kehadirannya juga di kafe tersebut.




FIRDAUS mencebikkan bibir. Apa ingat aku ni tunggul ke ? Boleh pula budak-budak perempuan ini menyemak dekat meja dia dengan Inara semata-mata mahu mengambil gambar dengan Inara.

Tahulah Inara itu instafamous! Eleh! Apa barang main Instagram? Aku ni Twitfamous tau!

Ya, berbanding Inara, Firdaus lebih terkenal di twitter kerana setiap apa yang ditweet olehnya mempunyai unsur lawak.

"Mana waiter ni? Woi!" Laung Firdaus dengan suara jantan tulennya untuk menggamit perhatian pekerja Kafe.

"Aduh! Sakit ah!" Firdaus mengaduh kesakitan apabila Inara mencubit lengannya.

Inara menjeling Firdaus. Firdaus ni gila lah! Boleh pula buat kecoh dekat kafe orang. Memanglah kafe ni milik Shah, kawan baik mereka namun adab perlulah dijaga.

"Sorry for our late service. Here's the menu.." Seorang lelaki datang mengambil pesanan mereka berdua.

"Eh kau pekerja baru eh? Aku tak pernah nampak pun sebelum ni?" Tanya Firdaus kepada pekerja tersebut.

"Ya, nama saya Badrul.." Jawab Badrul lalu dia memberi ruang kepada Firdaus dan Inara untuk menulis pesanan yang dimahukan.

"Hensem jugak kan budak Badigol tu?" Tanya Firdaus kepada Inara.

"Badrul lah!"

"Badrul ke Badigol ke sumbat masuk gol ke ada aku kesah?" Sekali lagi hidungnya dikembang kempiskan dihadapan Inara. Tanda dia tidak kisah.

"Mana Sarra ni?" Inara mula bertanya.

"Kau macam tak kenal minah tu, nok! Geram aku!" Firdaus melepaskan geram.

"Mengumpat aku, ya?" Sarra yang entah dari mana itu muncul.

"Datang pun. Ingatkan tak jadi datang." Sindir Firdaus. Geram barangkali kerana Sarra memang seorang yang lambat. Kalau dia cakap on the way tu maksudnya dia baru nak mandi.

"Hehe sorrylah. Semalam aku tidur lewat. Uruskan pasal kahwin."

"Haa okay kau nak kahwin. Tapi, kau tengok muka aku ni, ada aku kisah?" Seperti biasa, hidung Firdaus dikembang kempiskan tetapi kali ini kepada Sarra.

Inara tergelak apabila lihat wajah masam mencuka Sarra.

"Shah!" Sarra yang tadi masam mencuka kembali ceria apabila ternampak kelibat Shah di kaunter.

Shah berpaling ke arah suara yang memanggilnya dan lantas senyuman terbit dibibir delimanya. Laju sahaja derap kakinya melangkah kearah meja yang menempatkan tiga orang sahabat tersebut.

"Hai, Shah! Rindu pavlova you lah!" Kata Sarra sekadar bergurau. Puih! Banyak lah engkau punya rindu, semalam baru je aku bagi pavlova untuk kau.

"Banyaklah rindu!" Jawab Shah dengan sisa tawanya.

"Aku rindu kau, sayang.." Kata Firdaus dengan manja lalu lengan Shah dipeluk.

"Kau nak apa ni? Kau nak terajang ke penumbuk?"

Inara dan Sarra memandang mereka berdua dengan muka jengkel. Hakikatnya, mereka tahu bahawa Shah dan Firdaus hanya bergurau. Walaupun Firdaus tu agak geli-geleman.

"Ah aku tak nak semua tu, aku nak makan free kat sini boleh tak, Chef Shah eh ke Doktor Shah?"  Usik Firdaus. Faham bahawa isu doktor amat sensitif bagi Shah.

"Blah lah kau, sotong!" Jawab Shah membuatkan Inara dan Sarra tergelak.

"Shah, Uncle still marah ke?" Tanya Inara.

"Dia halau I.." Jawapan Shah membuatkan mereka bertiga tersentak.

Mereka faham dengan situasi yang dilalui oleh Shah. Sudah semestinya Shah amat tertekan kerana sering dipaksa melakukan perkara yang dia tidak mahu. Professor Dr. Suleyman, ayah kepada Shah pasti halau Shah kerana dia tahu tembelang anaknya sudah pecah.

"Dahtu sekarang you tinggal dengan siapa?" Tanya Sarra.

"Daus."

"What? Me? Eh hanjeng suka hati engkau je nak pindah masuk apartmen aku! Banyak hensem muka kau! Suka hati Professor Dr. Suleyman Shah je halau kau lepastu apartmen aku yang jadi mangsa! Heh!" Panjang lebar Firdaus merungut. Geram!

Shah menjeling Firdaus. Banyak songeh! Orang nak tumpang tu kasi je lah..

"Inara, you tak ada terserempak dengan Adrian ke?" Tanya Shah.

"Hah, mana? Mana dia kekasih hati saya?" Mata Inara bersinar-sinar.

"Dia baru je sampai tadi sebelum kau orang datang. Takkan dah balik?" Shah menggumam sendiri..

Inara mencebik. Sekarang ini Adrian memang agak sibuk dengan kerja. Jarang mereka dapat meluangkan masa bersama. Dia tak tahu ke Inara si Drama Queen ini terlalu rindukan Prince Charming? Huwaaaa..

His Eternal Love Where stories live. Discover now