Part 5

6 0 0
                                    

Debaran begitu terasa. Dayana merasakan lantai sangat berat untuk dipijak, rasa macam syiling nak runtuh. Dia berasa sangat gementar untuk memasuki kelas pertamanya. Dahlah dia tidak pernah ada kawan, inikan pula dia kena buat kawan baru yang semuanya bukan orang Melayu. 

Dayana masuk ke kelas dengan langkah berhati-hati. Dia takut kalau-kalau ada orang baling telur ke arahnya secara tiba-tiba. Kelakar bukan? Mana taknya, banyak sangat dia tonton filem romantik Amerika sampai kan dia terbawa-bawa pula ke dunia nyata.

Dia diperkenalkan oleh guru yang mengajar Calculus di kelas tersebut. Dayana pun terus duduk di tempat yang diberitahu selepas sesi perkenalan.

Mata-mata orang di dalam kelas tersebut tidak berhenti memandangnya. Sampaikan ada kena sound dengan cikgu sebab leka memandang Dayana.

Dayana terus fokus mendengar kuliah. Dia telah belajar bab tersebut sebelum ini di sekolahnya di Malaysia cuma dia rasa dia masih perlu memberi tumpuan kalau-kalau cikgu panggil nama dia. 

Sedang Dayana leka menulis nota, satu kertas melayang ke arahnya. Dia cuba melihat isi dalam kertas tersebut.

"I think you are the most beautiful Asian girl I've ever seen. Let's be friend". Itulah ayat yang tertera di dalam kertas tersebut.

Dayana cuba menoleh kebelakang untuk lihat siapa gerangan si pemberi. Tengok-tengok, ada seorang gadis cantik sedang melambai ke arahnya. Gadis itu ialah Charlotte. Dayana hanya balas dengan anggukan dan senyuman yang manis.

Selepas kelas, Charlotte mengajak Dayana untuk makan bersama tetapi Dayana terpaksa menolak kerana dia perlu pergi ke kelas yang seterusnya.

Dayana telah mendaftar jumlah maksimum kelas, jadi jadual kelasnya sangat padat. Dia berbuat demikian kerana mahukan gred tinggi dalam subjek yang diambil. Inikan pula dia pelajar baru di situ, jadi dia kenalah cuba biasakan dengan subjek di sekolah itu.

Selepas tiga kelas dihadiri Dayana, Dayana akhirnya dapat ke kafe untuk makan pagi. Di koridor hadapan kelas masih ada ramai lagi pelajar sedang mundar-mandir untuk ke kelas. Ketika itulah Dayana berasa segan dan kurang berkeyakinan kerana semua yang berada di situ memandangnya. Dia hanya mampu berjalan sambil menunduk. 

Tidak jauh dari situ, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berbual-bual dan berjalan bertentangan dengan Dayana. Mereka ialah sekumpulan pelajar lelaki yang dikatakan popular di sekolah tersebut dan mereka merupakan pelajar senior tahun akhir. Dalam kalangan pelajar itu terdapat abangnya Dayana, Zayn.

"Cepat pulak dia ni buat member", bisik Dayana sendirian. Dia pelik kenapa abang dia selalu sahaja mudah dapat kawan. Ramai pulak tu.

Tengah Dayana berkumat-kamit sendirian, tiba-tiba sekumpulan lelaki tersebut berhenti di hadapannya

"Hey girl, I think we never met. What's your name?" Sapa seorang daripada kawan abangnya kepada Dayana. Gatal betul mamat ni.

Dayana terkesima kerana tiba-tiba sahaja lelaki tersebut menegurnya. Zayn hanya mampu merenung Dayana, ibarat dia juga menunggu respons adiknya itu. 

Dayana pandang tajam ke arah Zayn. Pandangan matanya ibarat macam nak hempuk kepala Zayn. Manakan tidak, berapa kali Dayana sudah beri amaran bahawa dia tidak mahu ada kaitan dengan abangnya itu ketika mereka di sekolah.

Charlotte yang datang dari arah belakang tiba-tiba sahaja membawa Dayana pergi. Meninggalkan lelaki-lelaki gatal tersebut dengan persoalan yang tidak terjawab.

"Hey, I bet you haven't had your meal yet. Let's go grab something." Ajak si Charlotte. Dayana masih terpinga-pinga. Mana taknya, soalan yang ditanya lelaki kacak tadi tidak sempat dibalas Dayana. Inikan pula dia dibawa lari oleh bidadari.

Dayana dan Charlotte berbual ketika makan. Charlotte tampak anggun dan peramah orangnya. Dayana tak banyak membalas bualan dari Charlotte kerana dia tidak pernah diajak berbual sebelum ini oleh rakan-rakan sebayanya. Inikan pula seorang gadis anggun macam Charlotte.

"So, where do you live?" Tanya Charlotte sambil dia tengah makan spaghetti meatball yang dibeli. Agak banyak juga makanan dimakan Charlotte. Tapi badan dia masih ramping, persis model. Apa agaknya rahsia dia kekal ramping eh.

"I am living with my family, on Meadow street. Near pumpkin field". Balas Dayana. Dia tak habis-habis merenung pemakaian Charlotte. Dia seakan suka dengan gaya Charlotte yang simple.

"Are you the one living in the Verlice mansion???" Tanya Charlotte dengan nada yang teruja. Verlice ialah nama keluarga ibunya Dayana, Puan Melissa. Jadi rumah agam yang mereka diami itu dikenali sebagai Verlica mansion. Rumah mereka sangat terkenal dalam kalangan penduduk di situ kerana rumah mereka itu ialah satu-satunya rumah terbesar di situ. Lagi-lagi dekat pula dengan ladang labu sebab kebanyakan rumah-rumah agam di New York terletak di bandar.

Dayana mengangguk sambil makan burger yang dibelinya.

"I can't believe I finally meet one of the Verlice. It's quite difficult to meet one of you here." Semenangnya ahli keluarga Dayana jarang dilihat penduduk di situ. Mereka sebenarnya sangat rapat dan ramah dengan penduduk di situ ketika Puan Melissa dan adik-beradiknya masih tinggal di sana. Tapi semenjak mereka semua sudah besar dan mempunyai keluarga masing-masing, keluarga Verlice sudah jarang dilihat di situ. Inikan pula arwah nenek Dayana yang semakin tua jarang keluar dari rumah. 

"We stay low."

"Are you free this weekend? I would like to invite you to my friend's party. I'll introduce you with my friends too. They gonna love you." Ajak si Charlotte.

Dayana mengangguk dengan teruja. Mulutnya masih tidak berhenti mengunyah burger ayam. Nasib baiklah sekolahnya itu ada jual makanan halal.

Souls in the MeadowWhere stories live. Discover now