Part 4

16 0 0
                                    

Angin meniup perlahan dedaunan di dahan. Matahari menyinarkan pancarannya menerangi bumi. Suasana sangat nyaman dan indah pagi itu. Hari yang baik untuk dimulakan.

Seperti yang dirancang, Dayana dan Zayn akan ke sekolah sendiri menaiki kereta masing-masing. Mereka akhirnya ke sekolah setelah dua hari berehat di rumah baru mereka.

Bapanya ada menawarkan untuk menghantar mereka berdua tetapi mereka tidak mahu menyusahkan bapanya. Banyak lagi urusan lain yang perlu diuruskan Encik Hafiey terutama tentang persiapan syarikat barunya di bandar.

Dayana membawa keretanya agak laju pagi itu. Dia tidak menyangka akan terlewat bangun pagi itu. Abangnya Zayn sudah ke sekolah lebih awal darinya. 

Malam semalam, Dayana sukar untuk tidur. Banyak yang difikirkan. Tambahan lagi, dia sibuk menyiapkan pakaian dan barang-barang yang perlu dibawa ke sekolah, jadi masa banyak dihabiskan untuk itu.

Banyak kali pakaiannya dicuba-cuba. Dia bingung untuk memilih pakaian yang sesuai untuk hari pertama persekolahannya.

Kereta dipandu Dayana agak laju melusuri jalan menghala ke sekolah. Nasib baiklah dia pantas mengawalnya cuma kadang-kadang ada juga terlanggar tong-tong sampah di tepi jalan.

Ketika melusuri satu simpang menghala ke sekolah, Dayana tidak sengaja memulas stereng keretanya ke arah yang salah. Dia tidak biasa lagi memandu di negara orang di mana kenderaan perlu dipandu di sebelah kanan jalan. Tindakannya itu menyebabkan seorang lelaki yang sedang menaiki skateboard jatuh tergelincir di bahu jalan. Lelaki itu juga menuju arah yang sama, dalam keadaan kelam-kabut.

Dayana berasa bersalah kerana melanggar lelaki itu. Dia mahu saja meninggalkan lelaki tersebut tetapi dia memikirkan keadaan lelaki yang tercedera kerananya. Dia mengambil keputusan untuk pergi melihat juga. 

Dayana mendekati lelaki tersebut yang masih berada bersebelahan dengan papan skateboardnya.

Dayana perasan yang lelaki tersebut juga merupakan seorang pelajar kerana pemakaiannya. Lelaki itu juga menyandang beg sekolah.

"Oh gosh. I'm really sorry. Are you okay?" Tanya Dayana dengan cemas. Lelaki itu hanya mampu mendengus menahan kesakitan.

Kelihatan tiada luka yang teruk. Cuma, luka kecil di tapak tangan dan lutut. Seluarnya sedikit terkoyak.

Lelaki itu akhirnya mendongak melihat Dayana. Dia kelihatan seperti terpaku saat memandang muka Dayana yang berada di hadapannya. 

Tiada sebarang kata balas untuk pertanyaan Dayana. Lama juga dia tenung. Dia ibarat batu yang disumpah. Mungkin kagum melihat penampilan Dayana yang anggun. 

Dayana yang memakai skirt berwarna putih paras lutut dan mengenakan leather jacket berwarna gelap sangat menepati citarasa sesiapa sahaja yang memandangnya.

"Are you okay?" Sekali lagi ditanya Dayana. Lelaki itu masih merenung mukanya tanpa sebarang respons.

Pancaran matahari yang menyinar serinya pagi itu terpancar di muka Dayana. Dayana kelihatan sangat cantik, seperti bidadari.

Dayana menepuk perlahan bahu lelaki itu untuk menyedarkannya dari lamunan, "Are you okay??!!" Sekali lagi ditanya. Tapi kali ini nadanya agak tinggi. Akhirnya lelaki itu tersedar dari lamunan.

"Sorry. I'm okay, thanks". Lelaki itu pun segera bangun dan membetulkan posisinya. Matanya masih tidak lari dari memandang Dayana.

Dayana berasa lega kerana tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Dia tidak mahu membuat sebarang kesilapan di hari pertama persekolahannya. Dia mahu semuanya berjalan dengan sempurna.

Souls in the MeadowWhere stories live. Discover now