Part 2

16 0 0
                                    

Bunyi dengusan ketawa kedengaran tanpa henti di telinga Dayana.

"Dahlah gelakkan aku!" Tempik Dayana. Dari dalam kereta lagi Zayn tak habis-habis ketawakannya.

"Kau nak pergi runway Lady Gaga ke? Hahahahaha!" Besar betul ketawa si Zayn. Zayn suka mengejek baju yang Dayana pakai. Tapi mungkin ada betulnya dengan apa yang dia kata. Manakan tidak, Dayana yang mengenakan jeans palazo bercorak cheetah dan knitwear bulus berwarna oren sangatlah tidak kena. Inikan pula dia memakai kaca mata hitam berbingkai ungu dan kasut high heels boots berwarna pink. Pemakaiannya yang galak telah menarik mata-mata orang di ruangan legar lapangan terbang itu.

"Nasib baik kita naik pesawat peribadi. Kalau tak malu aku nak jalan sebelah kau, dik!" Sakat abangnya yang sulung. Abangnya yang sulung juga suka menyakat adiknya yang bongsu. Tetapi ada kalanya dia serius, memang semua adik-adik akan takut padanya.

Haidar yang berpakaian segak seperti ahli perniagaan memandang Dayana atas bawah. Dia kelihatan seperti orang-orang kaya yang berlagak mungkin rasa geli dengan pemakaian Dayana. Sememangnya orang lain nampak Haidar paling kontra dengan adik-beradiknya, tetapi dialah anak paling manja. Kalau mummy dengan daddy mereka tiada di rumah, dia sanggup tidur atas lantai bilik adik-adiknya, asalkan ada orang teman dia tidur. Walaupun orang luar melihat Haidar seperti lelaki paling matang dan bekerjaya, namun perangai keanakannya yang hanya keluarganya tahu itu membuatkan adik-adiknya menjaga Haidar seperti dialah yang paling kecil. 

Si Qhairi yang sudah biasa ulang-alik dari New York ke Malaysia menjadi paling sibuk antara mereka. Dialah yang menunjukkan arah kepada mereka kemana mereka harus pergi untuk pelepasan. Lagi-lagi si Dayana, dia satu-satunya anak Encik Hafiey yang tidak pernah ke luar negara, malahan menaiki kapal terbang sekalipun. Mungkin itu juga menjadi punca dia berpakaian sebegitu.

Puan Melissa yang masih lagi trauma sudah tidak biasa lagi dengan dunia luar. Dia kelihatan terpinga-pinga setelah sebulan tidak keluar biliknya. Ketakutannya terhadap dunia luar membuatkan Encik Hafiey sentiasa memeluk erat isterinya di sisi supaya Puan Melissa berasa tenang.

Mereka sekeluarga lantas menuju ke ruangan pesawat peribadi Encik Hafiey. Ini kali pertama mereka menaiki kapal terbang sekeluarga. Selalunya masing-masing akan menaiki seorang diri dengan pesawat ini, atau pesawat awam yang lain. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan urusan peribadi.

"Kau ni ada ketumbit ke pakai cermin mata dalam cabin?" Sindir Zayn kepada Haidar. Haidar hanya mampu mendengus dengan lawak adiknya itu. Dia membuka cermin mata hitamnya dan meletakkan kepala di penyandar. Wajahnya persis Colton Haynes, lagi-lagi dengan suit seperti itu. 

Haidar duduk berhadapan dengan Zayn dan ibunya serta bersebelahan dengan bapanya. Dia tidak boleh berpisah dengan bapanya walaupun sehari. Kadang-kadang sampai demam kalau bapanya terpaksa meninggalkannya kerana perlu bekerja di luar negara walaupun hanya dua hari.

Perjalanan mereka sekeluarga malam itu mengambil masa berbelas jam. Mereka menghabiskan malam mereka di dalam pesawat dengan tidur dan bangun serta makan. Kemungkinan esok tengahari mereka akan sampai di sana.

Dayana kelihatan tidak sihat, dia beberapa kali bangun dari tempat duduk kerana tidak selesa. Mungkin pertama kali menaiki pesawat dan berbelas-belas jam pula. Mungkin dia mendapat jet lag begitu cepat. Tidak seperti Haidar yang asyik melekat di sebelah bapanya, sampai tidur tak bangun-bangun. Dayana pula sudah beberapa kali terbangun dari tidur dan asyik termenung.


Souls in the MeadowWhere stories live. Discover now