Part 1

22 0 0
                                    

Langsir yang terjurai tutup semenjak sebulan lalu kini diangkat naik dan dicabut dari rel. 

"Dad, kenapa tak biar je langsir ni kat sini?" Tanya Dayana kepada bapanya. Bapanya sedang sibuk mengangkut keluar lebihan kotak yang masih berada di ruang tamu.

"Bawak sekali, tu kenangan nanny tu." Balas Encik Hafiey.

Nenek Dayana baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lepas. Semenjak kematiannya itu, keluarga mereka dilanda trauma yang teruk. Sehinggakan keseluruhan rumah termasuk bilik dan dapur ditutupi langsir. Tiada cahaya menembusi rumah.

Abang-abang Dayana berlumba-lumba keluar masuk rumah untuk mengangkat barang-barang keluar. Fahrezzi, Haidar, Qhairi dan Zayn merupakan empat orang abang kepada Dayana. Dayana satu-satunya adik perempuan mereka. 

Kesemua abang-abang Dayana mempunyai perangai masing-masing yang sememangnya berlainan antara satu sama lain.

Fahrezzi, yang sulung, merupakan seorang pelajar lepasan universiti ketenteraan terkenal di Malaysia. Dengan panggilan Ezi, dia mempunyai minat yang mendalam dalam strategi peperangan dan kemahiran kombat sehingga mempengaruhi beliau untuk melanjutkan pelajaran di universiti pilihannya. Malahan, beliau kini memegang jawatan pegawai di tempat beliau berkhidmat. Fahrezzi jarang-jarang ada di rumah. Dalam sebulan, boleh kira berapa kali dia muncul. Walaupun memegang jawatan tinggi dan kelihatan seperti gagah perkasa, dialah abang paling sentimental. Adik-adiknya semua gelarkan dia "hati tisu". Ketika neneknya meninggal sebulan lepas, dialah paling sedih antara semua sehinggakan dia jatuh pengsan sewaktu menerima perkhabaran kematian neneknya. Dalam seminggu juga beliau mendapatkan rawatan di hospital. Manakan tidak, dia cucu paling manja.

Anak kedua, Haidar. Dalam adik-beradik, dialah yang paling nampak macam lelaki idaman semua gadis. Dengan rupanya yang kacak persis pelakon Hollywood Colton Haynes, memang Haidar tidak pernah single walaupun sehari. Girlfriend silih berganti. Dengan kedudukannya yang selesa di syarikat kecil bapanya, menambahkan lagi kegilaan gadis-gadis gedik. Haidar pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Kuala Lumpur. Dia merupakan pelajar straight A dan aktif dalam sukan serta aktiviti sekolah menjadikan anugerah itu sememangnya layak untuknya. Tambahan pula, syarikat saham bapa mereka itu akan diberikan kepada beliau sepenuhnya nanti. Sekarang, dia hanya mampu menjadi penolong bapanya sahaja.

Qhairi, abang yang paling rapat dengan Dayana. Dialah paling sayangkan Dayana. Mereka berdua sangat rapat sampai ada yang salah faham status hubungan mereka sebagai adik beradik. Manakan tidak, muka mereka berdua langsung tidak sama. Muka Qhairi lebih kepada kacukan Cina, macam ala-ala Mingyu dari kumpulan kpop Seventeen. Inikan pula mereka kelihatan hampir seusia. Memang orang tidak akan pernah tahu mereka adik-beradik. Qhairi merupakan pelajar universiti di New York. Beliau merupakan pelajar jurusan seni persembahan teater dan tarian. Disebabkan pendidikannya dalam bidang seni tampak calar di mata Encik Hafiey, mereka berdua sering berselisih pendapat. Ada sahaja yang tak kena. Encik Hafiey tak pernah menyokong apa sahaja yang dilakukan Qhairi, malahan majlis graduasinya di universiti juga tidak pernah dihadiri. Walaupun sekarang Qhairi sedang menjalani tahun pertama peringkat Masternya, bapanya masih tidak berasa apa-apa.

Abang keempat, Zayn. Abang "prankster" yang digelar Dayana. Zayn paling suka menyakat Dayana, mungkin kerana jarak usia mereka hanya tiga tahun membuatkan mereka berdua sering bertelagah. Zayn berumur 19 tahun. Sepatutnya dia sekarang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti tetapi atas permintaan bapanya, dia perlu menjalani satu tahun lagi sekolah di Amerika. Satu tahun juga dia duduk di rumah menghasilkan muzik selepas habis sekolah dan juga mengambil A level. Kini, bapanya menyuruh pula dia sambung bersekolah. Alasan bapanya kerana menginginkan Zayn mendapat pendidikan yang setaraf dengan pelajar di sana. Zayn tidak membantah, malahan dia berasa teruja untuk kesana kerana katanya ingin mencari kekasih-kekasih baru. Mukanya yang hampir serupa dengan pelakon Love, Simon, Nick Robinson menjadikan dirinya antara pelajar terkenal di sekolah-sekolah Kuala Lumpur. Pelajar dari mana-mana sahaja sekolah di Kuala Lumpur semua mengenalinya. Walaupun di sekolah dia sangatlah sombong, para gadis tidak pernah jemu mengekorinya dari belakang. Lebih-lebih lagi apabila dia sibuk mengunci diri menggubah lagu di bilik muzik sekolah, pasti ada yang sanggup tunggu berjam-jam walaupon tahu Zayn tak akan layan. 

Souls in the MeadowWhere stories live. Discover now