BAB 1

406 41 1
                                    

Mata Intan terbuntang luas, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman bahagia. Alat ujian kehamilan itu dipandang dengan penuh perasaan teruja, akhirnya penantian selana 4 tahun itu membuahkan hasil. Perut yang masih kempis itu diusap penuh lembut. Dengan penuh gembira dia menapak keluar dari tandas, alat ujian kehamilan itu masih setia di tangan. Sebuah kotak kecil dibawa keluar dari dalam laci almari solek sebelum dia memasukkan alat itu.

Jam di dinding ditilik. Sempat sebelum makan tengah hari. Tanpa membuang masa, Intan terus sahaja bersiap untuk berjumpa dengan suaminya, Hakim Ilyas. Tidak sabar dia mahu memberitahu tentang berita gembira ini, pasti suaminya gembira. Sebaik sahaja siap, dia bergegas turun ke bawah dapur di tuju. Bekal makanan yang telah siap diambil sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Setelah memastikan rumah dikunci, terus sahaja dia masuk ke dalam perut kereta. Dengan lafaz basmallah, keretanya meluncur keluar dari kawasan rumah.

Sampai sahaja Intan di Ilyas Architecture, sapaan dari pekerja-pekerja suaminya di balas dengan senyuman nipis. Intan terus sahaja melangkah ke arah lif. Butang untuk ke tingkat atas di tekan. Tidak sampai beberapa minit, pintu lif terbuka tanpa membuang masa, Intan segera masuk ke dalam lif butang lif yang bernombor 3 terus ditekan sebelum pintu lif tertutup. Bibirnya terus sahaja tersungging senyuman manis apabila teringatkan kejutan yang dia mahu lakukan. Dia melangkah dengan perlahan-lahan ke arah pejabat suaminya. Dikerling meja setiausaha suaminya itu, kosong. Mungkin wanita itu ke tandas atau pantri.

Tiba-tiba satu bunyi yang kurang enak menyapa halwa telinganya yang berbalut dengan tudung bawal chiffon berwarna hitam. Makin dia menghampiri pejabat suaminya itu, makin kuat bunyinya. Tangan kiri yang memegang bekal makanan itu digenggam kuat. Dengan perlahan dia memulas tombol pintu itu, alangkah terkejutnya dia melihat Hakim dan Helena sedang bermesra.

"Apa semua ni?"soalan Intan membuatkan Hakim dan Elena terkejut. Terus sahaja mereka membetulkan kedudukan dan pakaian masing-masing.

"Err, saya keluar dulu Puan,"kata Helena tergagap-gagap sebelum dia ingin beredar dari situ.

"Awak jangan bergerak sikit pun Helena,"tutur Intan seraya memandang tajam ke arah wanita itu. Usai itu, mata Intan tepat memandang ke arah Hakim.

Tiba-tiba Intan tergelak, bunyi gelakkannya itu sarat dengan rasa kecewa. "Saya ingatkan nak buat surprise untuk abang. Rupanya abang yang buat surprise untuk saya,"kata Intan dengan nada kecewa.

Hakim masih diam membatu. Wajahnya juga kosong seakan tidak terkesan dengan apa yang isterinya cuba sampaikan.

"Apa kurang saya sampai abang boleh buat macam ni dekat saya?"jerit Intan bersama deraian air mata. Hatinya sungguh sakit dengan apa yang dia lihat. Suaminya seakan tidak bersalah.

"Jawab Hakim Ilyas!"tengking Intan.

Hakim memejam matanya seketika sebelum dia berdiri, dia melangkah mendekati isterinya. Dia memandan tepat ke arah Intan sebelum dia ketawa sinis.

"Kau tanya apa kurang kau. Meh sini aku bagitau kau, aku nak anak. Anak!"jawab Hakim dengan kuat di depan muka Intan. Intan memejam matanya erat, dia cuba mengumpul kekuatan.

"Abang kata abang tak kisah, kalau kita tak ada anak pun,"ujar Intan dengan tangisan yang masih berlagu.

"Tch, kau ni bodoh ke apa. Orang kalau kahwin confirm lah nak anak. Empat tahun aku tunggu anak, tapi nothing."kata Hakim lalu dia mengamit Helena untuk berdiri di sebelah dia. Sebaik sahaja wanita itu berdiri di sebelah dia, pantas sahaja tangan Hakim melingkar di pinggang Helena. Helena mengukir senyuman sinis.

Makin berderai air mata Intan sebaik melihat adegan itu.

"Untuk pengetahuan kau, Helena isteri aku."ujar Hakim tanpa rasa bersalah.

TIADA PELUANG KEDUAWhere stories live. Discover now