(7)5E1L: U & I cheat

82 14 0
                                    

Tin air dihempas pada meja dengan terburu-buru"Kenapa kau tak bagitahu aku yang Kkomi dah mati?" soal Stacy geram

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Tin air dihempas pada meja dengan terburu-buru
"Kenapa kau tak bagitahu aku yang Kkomi dah mati?" soal Stacy geram

Hyunjin duduk bersandar di kerusi yang disediakan di kedai itu "Kau dah pindah jauh. Aku tak nak susahkan kau, patah balik" jawab Hyunjin sebelum meneguk air

Stacy meremas rambutnya. Sedih tak dapat melihat anjing yang dia sayang buat kali terakhir. Lebih sedih bila dapat tahu Kkomi mati kerana dilanggar.

"Tak apa lah. Anjing je" kata-kata itu tak berjaya untuk menenangkan Stacy.
"Aku minta maaf" ucap Stacy tiba-tiba namun jelas dia ikhlas mengucapnya

"Pasal apa?" keliru Hyunjin
"Kita putus dulu disebabkan aku jadi aku nak minta maaf"
Hyunjin diam. Fikirannya mula menerjah ke masa lalu di mana dia yang melafazkan kata putus

"Tapi aku yang minta putus"
Jadi kenapa Stacy yang minta maaf?
"Disebabkan perangai aku, kau ajak putus. Aku minta maaf sebab berkelakuan macamtu dulu"

Stacy mula berubah pada akhirnya. Dia suka sakitkan hati orang dan akhirnya, mereka putus.
"Kau memang nak sangat putus ke waktu tu? Kau– dah tak cintakan aku?"

Soalan Hyunjin mampu meluluhkan hati Stacy apabila dia teringat punca dia mula buat perangai. Hubungan itu tak dipersetujui orang tuanya. Jadi dia terpaksa berkelakuan dingin supaya Hyunjin membencinya.

"Kita tak ada jodoh" jawab Stacy

Kring
Notifikasi mesej muncul di layar skrin telefon

Unknown
Tak puas lagi ke curang?
*photo*
*photo*

Foto pertama, gambar Jeongin dan Stay manakala foto kedua gambar Stay dan Hyunjin. Jantungnya berdetak laju lantas dia perhatikan ke luar dinding kaca. Siapa yang menangkap gambarnya?

Dia baru sedar, ada seorang manusia berpakaian serba hitam sedang menangkap gambarnya.
"Apa yang kau pandang?" Hyunjin menyentuh bahu Stacy apabila didapati perempuan itu kaku memerhatikan sesuatu

Tangan itu ditepis
"Ada orang tengah perhatikan kita" ujar Stacy, masih merenung tajam figura orang itu. Hyunjin turut memandang ke arah itu kemudian dia melihat gambar di telefon Stacy.

Apabila orang itu sedar dia diperhatikan, kakinya mula bergerak pergi
"Siapa tu?" tanya Hyunjin dengan mata membulat. Tak sangka rupanya ada yang sedang megintip

"Mana lah aku tahu" Stacy meraup wajahnya. Siapa pula yang intip dia ni?
Takkanlah Han memandangkan dia merayu untuk kembali jadi dia ingin musnahkan hubungan Stacy dan Bangchan?

Atau... 'Dia?' Stacy teringatkan masalah lampau di mana seorang perempuan cuba memusnahkan hubungannya dan Bangchan. Namun mustahil kerana dia sudah ditempatkan di hospital gila.

-5 Ex 1 LOVER- ˢᵀᴿᴬᵞ ᴷᴵᴰˢजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें