Kisah Klasik Untuk Masa Depan Part 1

26 1 0
                                    

Hari ini hari pertama dia menjejakkan kaki di tempat kerja barunya. Maihani Sara membaca beberapa potong ayat untuk menenangkan hatinya. Bagaimana dia mendapat kerjanya ini? Panjang ceritanya... Tapi cerita ini dalam versi pendek, begini sebenarnya...

Dua hari lepas, sewaktu Sara sedang bersarapan di sebuah kedai mamak, dia menyelak-nyelak bahagian mencari kerja di akhbar Metro. Matanya tiba-tiba terpandang sebuah bahagian yang mengatakan mereka memerlukan PA. Tanpa berlengah lagi, dia terus menelefon nombor yang disertakan di situ. Lelaki yang menjawab panggilan tersebut. Lelaki tersebut menyuruhnya datang ke pejabat mereka. Tanpa berlengah, dia menuju ke alamat pejabat yang diberikan. Pejabat tersebut memang tidak jauh dari rumahnya. Pada awalnya, Maihani Sara merasa was-was untuk masuk ke pejabat itu. Takut-takutlah jika tempat itu sebenarnya tempat pelacuran ke, tempat menjual perempuan ke, tempat menjual dadah ke.. Eee.. takut juga dia apabila mengenangkan. Namun, demi mencari rezeki, digagahkan juga dia masuk ke premis tersebut.

Kedatangannya di sambut oleh seorang perempuan muda dengan senyuman manis. Apabila dia memberitahu tujuannya datang, perempuan tersebut terus membawanya ke sebuah bilik.

"Bos, Cik ni datang untuk interview kerja PA Encik Adit." Encik Adit? Siapa pula tu? Bukan PA bos dia ni ke? Lelaki yang dipanggil bos itu mengangguk dan perempuan tersebut keluar dari bilik meninggalkan mereka. Sara menelan air liur apabila memandang lelaki dihadapannya. Nampak garang dan tegas.

"Tadi awak yang telefon sayakan?" Lelaki itu bertanya. Sara hanya mampu mengangguk.

"Saya Mazlan." Lelaki itu memperkenalkan namanya. "Siapa nama awak?"

"Saya Maihani Sara..."

"Okey Cik Maihani Sara, sekarang syarikat kami menawarkan awak sebagai PA. Awak setuju?"

"Ha?"

"Kalau awak setuju, saya akan terus ambil awak bekerja. Bila awak boleh mula bekerja?" Tanya Encik Mazlan lagi.

"Ha?" Lidah Sara kelu untuk berkata sesuatu. Fikirannya juga tidak dapat berfikir dengan baik. Dia terasa seperti berada diawangan-awangan sahaja apabila mendengar dia sudah mendapat kerja.

"Kenapa? Cik Maihani Sara tak setuju?"

"Setuju! Setuju!"

"Ok, kalau macam tu, Cik Maihani Sara boleh mula datang kerja esok."

"Ha!" Sara ternganga.

"Sebelum tu, Cik Maihani Sara kena tandatangan kontrak ni."

"Kontrak apa ni?"

"Kontrak untuk pekerja baru. Awak tandatangan bahagian bawah sekali."

"Boleh saya fikir dan bawak balik dulu kontrak ni?"

"Terpulang, tapi kalau ada orang lain yang datang minta kerja ni. Saya tanpa was was akan beri kerja ni pada dia. Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat!"

"Baik..baik..saya akan tandatangan sekarang." Tanpa berfikir panjang, Sara terus menandatangani surat tersebut.

"Bagus, jadi awak kena datang ke alamat ni, tepat pukul 8 pagi. Jangan lambat!" Sara membaca alamat tersebut perlahan.

"Encik Mazlan, boleh saya tanya sesuatu?" Tanya Maihani Sara ragu-ragu.

"Saya bukan bekerja di syarikat ini ke?"

"Ya, tapi ini cawangannya..."

*******

Cawangan?

Mata Maihani Sara meliar memandang sekeliling. Ini bukan cawangan! Ini pusat pelupusan sampah!! Biar betul aku kerja di sini? Sara menelefon ofis yang kononnya Head Quarters. Head Quarterslah sangat!!

Kisah Klasik Untuk Masa DepanWhere stories live. Discover now