14- weird date but s'okay

3.4K 453 24
                                    

14 | Weird Date But S'okay

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Aku duduk di deretan kerusi yang mulai dipenuhi ramai orang.

Aku lihat Shah sedang duduk di kerusi dengan nafas terengah-engah. Oh separuh masa pertama ke?

Aku terlambat pula datang.

Game mula pukul 3. Aku sampai ni pun dah nak dekat pukul 5. Dah nak habis dah game dia. Aku terlewat datang sebab aku nak kena hantar kerja rumah aku dulu.

Kesian Shah, aku tak tepati janji nak tonton dia main. Wisel berbunyi dan para pemain kembali semula ke tempat masing-masing.

Termasuk lah Shah. Fuh tengok dia berpeluh-peluh macam tu buat vibe dia jadi lain.

Vibe hot gitu.

Aduh, kantoi kau angau kat dia, Win.

Segera aku bangkit dan menghampiri Shah yang sedang duduk menunduk di kerusi itu.

"Dah habis dah?"soal aku dengan lembut. Dia mendongak dan dia ukir senyum tipis.

"Dah habis dah. Tunggu keputusan sekejap." Shah berdiri dan terus menghadap aku.

Tangan besarnya menggenggam hujung jari aku lembut dan tatapan hangatnya membuatkan aku tersenyum sendiri.

Angau lagi kita dengan husband kita.

"Lah kesian dia peluh-peluh eh?"ucap aku lembut lalu peluhnya dikesat dengan tisu kecil aku. Dia diam dan mengaju wajah dan lehernya pada aku.

"Saya tak nampak awak pun masa game tadi."ucap Shah, pout kecilnya muncul.

"Sorry, Shah. Saya terpaksa hantar kerja rumah saya tadi. Itu yang lambat."

Gaya percakapan kami berbisik. Entah kenapa.

"Lepas ni nak peluk boleh tak?"bisik dia membuatkan aku ketawa lucu. "Tak boleh, awak busuk."aku turut berbisik membuatkan dia cemberut.

"Dah wangi nanti boleh peluk tak?"soal Shah lagi membuatkan aku ketawa besar.

Alolo cute.

"Tak boleh jugak."jawab aku lalu fokus mengesat peluhnya. "Kenapa tak boleh.." dia pegang baju aku dan digoncang perlahan.

Okay suami gedik saya dah muncul.

"Nanti dekat rumah saya peluk lah eh? Siap cium lagi."sogok aku. Dia terlihat memandang aku tak percaya membuatkan aku ketawa besar.

"Jangan pandang saya macam tu.."aku sentuh pipi kirinya lembut. Dia ketawa kecil dan memerhati aku lama. Sesekali dia usap rambut aku.

Mesti peminat-peminat Shah patah hati tengok benda ni.

Mwhahaha.

"Tinggilah awak ni, lenguh tangan saya." adu aku apabila aku aku terpaksa mengangkat tangan tinggi untuk kesat peluhnya.

Lepastu nak dongak lagi. Sakit lengan, sakit leher, sakit semua.

Yelah aku kan pendek.

Terus dia menundukkan tubuhnya dengan cara merendahkan lututnya. Sekarang kepala dia sejajar dengan kepala aku membuatkan aku ketawa lucu.

Biasa kena dongak kalau nak tengok dia, ni rasa pelik pulak bila aku pandang dia straight je.

Aku angkat rambutnya seketika lalu dahi dia yang berpeluh dikesat lembut.

"Shah!"aku menoleh apabila seseorang memanggil nama Shah.

"Itu.. kawan awak panggil."aku memberitahunya tapi dia masih setia menatap aku.

Hello Peanut Butter [lengkap]Where stories live. Discover now