10- her weird jealousy

3.2K 466 38
                                    

10 | Her Weird Jealousy

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Aku duduk di kerusi makan itu sambil memerhati tajam sesuatu yang menyakitkan mata aku.

Shah.

Bukan Shah. Tapi budak perempuan sebelah Shah tu.

Jadi tak selera aku nak makan sebab sakit sangat mata ni. Ei. Sukalah kau ek boleh mesra-mesra dengan suami aku?

"Abang Shah! Abang Shah! Ain nak sotong lagi, Abang Shah!"

Umur baru 5 tahun kau dah berani nak rembat laki orang eh kau. Abang Shah konon! Hei aku pun tak panggil dia abang tau!

Kembang-kempis je hidung ni. Panas je hati wa ni tengok lu gatal-gatal dengan pakwe wa!

"Makan, Win. Jangan malu-malu."mama yang menegur membuatkan aku segera ukir senyum palsu.

"Ya, ma."

Kemudian aku kembali memerhati tajam Shah dan budak kecik tu.

Shah tengah suapkan budak tu makan. Padahal tadi petang aku perasan elok je makan pakai tangan!

Saja nak Shah suap dia!

Tahulah dia budak pun tapi aku tak kira. Aku nak jeles jugak. Shah pun tak pernah suap aku makan pakai tangan dia macam tu.

Engko lebih lebih pulak.

Ewah.

"Sayang, makan."Shah menegur aku dan aku diam seketika sebelum mengensot merapati mereka.

Nasib aku duduk hujung meja.

Aku tarik-tarik bajunya seketika dan dia menoleh dengan kening terangkat memandang aku.

"Nak suap jugak."aku siap menganga minta disuap.

"Apa mengada sangat awak ni? Makan jelah sendiri. Pakai tangan tu ha."aku sememeh dan mula menggoncang lengannya.

"Aaa Shah.."tapi suara kami perlahan sahaja, tak mahu yang lain terganggu.

"Awin, kenapa gedik sangat ni?"dia bertanya tegas tapi aku masih gedik sendiri.

"Ala Shah.. aaa suaplah."aku menyendeng sebelah dia dan menyengir tak bersalah.

Shah abaikan aku, dan kembali menyuap Ain dengan penuh prihatin. Terus aku merenung tajam budak kecik sebelah suami aku tu.

Eh eh kau. Gedik dengan laki aku!

"Aaa Shah.."aku sememeh dan menggoncang lengannya lagi dan terus dia pandang aku dengan tatapan helang.

Pasti sahaja mulai rimas dengan aku.

"Shah.."aku berkerut dan dalam masa yang sama merasa sangat tak senang.

Aku tak suka perasaan cemburu ni. Berapa kali aku dimarahi Shah kerana perangai kebudakan aku ni.

Dengan budak pun nak cemburu.

Aku tahu ini sangat kebudakan. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku tak boleh tipu hati aku.

Aku tak nak perhatian Shah beralih pada sesiapapun.

"Shah."aku cuba lagi dan kali ini Shah berdecit kesal membuatkan aku terdiam seketika.

Aku cuba untuk bereaksi baik-baik sahaja dan berganjak semula ke tempat duduk aku tadi.

Hello Peanut Butter [lengkap]Where stories live. Discover now