01- his love language

7.2K 698 159
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Aku buka mata dengan malas apabila bunyi alarm berbunyi nyaring, menugaskan untuk membangunkan aku.

Tangan aku meraba-raba mencari di mana tombol supaya bunyi bingit ni berhenti menganggu tidur.

"Argh mana butang matinya.."dengus aku kesal, mula jengkel apabila aku tak menjumpai di mana tombol agar bunyi menjengkelkan itu mati.

"Ahhh mana?!"jerit aku kuat.

Dan tiba-tiba ada satu tangan yang mencuit bahu aku lembut. Menyuruh aku supaya jangan terlalu bising.

"Awin, don't scream. It's still early in morning." suara garau itu berkata perlahan.

"Bingitlah bunyi jam tu."kata aku kesal. Dia diam, tetapi tangannya naik merangkul erat pinggang aku. Mengusap lembut membuatkan aku hampir terbang melayang kerananya.

"Tutup telinga kalau awak tak nak dengar eh. Nanti saya yang tutupkan jam tu, ya? Don't scream like that again okay?" pujuk suara itu dalam keserakan akibat baru bangun tidur.

Ini Shah Azlan. Suami aku. Aku tau mesti korang tanjat gegirl kan? Ha aku pun sama. Aku bangun pagi tahu-tahu dia dah jadi suami aku.

Eh takdelah. Aku tahu je dia nak kahwin dengan aku, cuma bila dah kahwin baru kenal dia seutuhnya.

Ajaib.

Aku fikir dia main-main masa dia kata dia nak kahwin dengan aku, sampailah tiba-tiba rombongan meminang dia datang depan rumah.

Jadi datanglah seorang lelaki yang menjengkelkan tetapi sangat pendiam dalam hidup aku.

Yang betul-betul buat dunia aku makin pusing. Dan berbunga, hehe. Sikit je berbunga tu.

"Okay. Sorry."ucap aku perlahan. Tahu yang Shah bencikan bunyi bising. Aku balas pelukan dia, dan menempel manja di celah tubuhnya.

Aku diamkan diri dan menikmati waktu itu.

Bau dia ni, pergh- Wangi gila beb. Rasa cam nak je rembat baju dia buat hirup lama-lama. Padahal pakai pencuci baju yang sama.

"Geli lah, Win."dia berbisik perlahan dan dapat lah dia tepukan di dadanya dari aku. Nak manja-manja sikit pun tak boleh. Cis.

Aku tak benci dia. Masa awal-awal tu jelah aku macam menyampah gila ngan dia ni.

Aku siap panggil dia Peanut Butter busuk. Sebab apa? Sebab dia ni obses sangat dengan peanut butter. Padahal aku benci peanut butter.

Lagi satu, sebenarnya..

"Shah bangun. Kena pergi sekolah,"

Aku masih pelajar. Dan juga Shah.

Sedikit mengejutkan.

Sampai aku hampir pengsan bila dapat tahu yang Shah akan kahwin dengan aku.

Lepastu kan, sebenarnya Shah ni dia top student. Top students sebab dia ada jawatan di sekolah. Dia dengan Alef, kawan baiknya itu terkenal sangat.

Terkinja-kinja students nak kat dia. Sikit-sikit mesti ada yang gedik menempel.

Yang paling buatkan aku berapi adalah sebab setiap hari aku kena pura-pura yang aku tak kenal dia.

Susah tahu tak tengok laki kau kena pegang-pegang dengan perempuan lain. Susah!

Kau kena hold marah kau tu sebab suami kau tak suka suasana kelam-kabut.

Dan sikap kau berbeza 100% dari dia.

"Shah, bangunlah.."aku gocang tubuhnya perlahan. "Hm."makin erat pelukan dia pada tubuh kecil aku.

Hello Peanut Butter [lengkap]Where stories live. Discover now