07- those are mine

3.6K 511 65
                                    

07 | Those Are Mine

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Back to Awin's POV

Aku duduk tenang di kafeteria sambil mengunyah roti yang Shah beli.

Pelajar-pelajar lain sudah mulai pulang.

Dan yang tinggal pun untuk bergambar dengan kawan-kawan mereka dan mengemas peralatan seperti khemah dan barangan lain.

Shah suruh aku tunggu sini sekejap. Jadi aku pun macam tunggul lah tunggu kat sini.

Penat tau tak menunggu ni.

Lagi bertambah penat bila migrain aku datang. Rasa nak mengamuk mintak balik sekarang jugak.

Keluhan dihembus perlahan.

Perut aku rasa tak enak. Sakit hingga aku rasa seperti aku tak mampu berdiri langsung.

Aku melilau memandang sekeliling, mencari kelibat Shah Azlan kesayangan.

Dia sedang berbual dengan cikgu.

Aku mengeluh lagi, dan kaki dilunjurkan dan mulut aku menguap besar.

Ngantuk deh.

Sampah roti aku terjatuh ke lantai dan segera aku ingin mengutip namun ada tangan lain yang kutipkan untuk aku.

Aku dongak dan ternyata itu lelaki kelmarin yang duduk sebelah aku masa perhimpunan koko.

"Oh kau."tegur aku.

Aku tak tahu nama dia so aku panggil jelah kau aku an.

"Hai Awin."dia menyapa dengan senyum manisnya itu dan aku membalas dengan anggukan.

"Asal kau tak balik lagi?"soal dia ramah.

"Oh.."aku alihkan pandangan pada Shah tetapi kelibatnya sudah tiada di situ.

"Tunggu someone."aku menjawab perlahan.

Tak punya tenaga untuk bahkan bercakap. Migrain aku menyerang, perut aku rasa tak sedap.

Mood aku boleh jatuh merundum dengan senangnya.

"Oh, tunggu Shah eh?"dia menyoal mesra dan terus aku menoleh memandangnya. "Mana kau tahu?"

Aku kaget.

Aih macam mana dia boleh tahu? Dia dengar ke masa Shah confess dekat belakang dewan tu?

Dia-

"Kau tak tahu ke kau dengan Shah tengah jadi hot topik dekat sekolah?"dia menyoal tak percaya dan dengan lugunya aku menggeleng.

Dia keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar lalu dia mengoceh-ngoceh seketika lalu diaju pada aku.

"Awin Nadira."

"I love you so much."

"More than anyone elses do."

"Bila video ni?!"aku terus bertanya terkejut. Bila video ni woi?!

"Tadi."jawab lelaki itu tenang dan dia memerhati aku yang masih memandang telefon pintarnya dengan wajah melongo.

"Dah. Aku nak balik."dia terus rampas telefon dia dari tangan aku.

"Bye."dia terus beredar membuatkan aku bingung dan kebodohan sendiri di situ.

Jap, jap.

Mana datang video tu? Shah rakam ke? Aa aku tak nak Shah dapat malu sebab aku!

"Win."bahu aku terinjut dan nyaris aku tertampar wajah Shah akibat terkejut.

Hello Peanut Butter [lengkap]Where stories live. Discover now