Dilema

63 4 1
                                    

1 semester telah berlalu. Para pelajar yang tinggal di kolej semua kelihatan teruja mahu pulang ke rumah. Aira melihat kereta Puan Aqeela telah berada di ruangan parkir kereta.

"Eh, ummi ni. Kenapa ummi datang sini? Kan Aira boleh balik sendiri," kata Aira setelah menutup pintu kereta dan memakai tali pinggang keledar. Barang-barangnya telah disimpan di  bonet sebentar tadi. "Yalah, lama sangat Aira tak balik. Itu yang ummi tidak sabar mahu ambil Aira pulang ke rumah," balas Puan Aqeela sambil menyimpulkan senyuman.

Aira hanya tersenyum kecil. Dia membuang pandangan ke arah jalan raya. Dia hanya diam sahaja sejak tadi. "Aira okey di universiti itu?" tegur Puan Aqeela semasa keretanya diberhentikan kerana lampu isyarat bertukar warna menjadi merah. Aira menunggu seketika sebelum membalas,"Okey je, ummi. Cuma.." Aira tidak meneruskan ayatnya. Satu keluhan berat dilepaskan. "Cuma?" Puan Aqeela ingin mendengar lebih lanjut kata-kata Aira. Tiba-tiba lampu isyarat bertukar warna menjadi hijau. "Tak apalah.. balik rumah nanti Aira cerita, ya?" kata Puan Aqeela lalu pantas dia menukar gear dan memandu keretanya ke arah hadapan. Aira melepaskan keluhan berat sekali lagi. 'Perlu ke tak aku ceritakan pasal ni?' bisik hati Aira. Mahu cerita, dia ragu-ragu. Namun selagi dia tidak menyambung ceritanya, selagi itulah ibu angkatnya akan tertanya-tanya.








Setelah Aira selesai membersihkan diri, mereka makan bersama-sama hidangan yang telah disediakan oleh Puan Aqeela.

"Okey, sambunglah cerita tadi," pinta Puan Aqeela.

"Macam ni, ummi. Adalah seorang rakan sebilik Aira, nama dia Aireen. Aireen Zafirah. Ummi rasa, itu Aireen ke? Aireen, adik kembar Aira,"  Aira menundukkan wajahnya. Tidak mahu ummi melihat air matanya yang hendak mengalir dari birai mata.

Puan Aqeela hanya diam. Terasa begitu cepat kejadian ini akan berlaku, sedangkan hakikatnya sudah 12 tahun sejak Aira ditinggalkan keluarganya. "Aira rasa macam, familiar dengan dia. Macam, Aira pernah sembang dengan dia, main dengan dia," tambah Aira.

"Entah, mungkin perasaan Aira sahaja. Aira mahu naik ke bilik dahulu ya, ummi? Mahu berehat sekejap," pinta Aira lalu dia bangun dari sofa itu dan terus mendaki tangga menaiki tingkat atas. Menuju ke biliknya.

Puan Aqeela masih statik di posisinya. Dia terfikir kata-kata Aira sebentar tadi.

Sementara itu, di bilik Aira. Air mata Aira mengalir sejak dari tadi. 'Aku nak sangat jumpa keluarga aku. Tapi mereka akan terima aku ke? Aireen... Aireen Zafirah. Nama dia.. ada sesuatu tentang tu,' bisik hatinya. 'Kalau betul itu Aireen macam mana? Tapi dia sedar tak tentang perkara ni? Dia ingat tak siapa aku ni sebenarnya? Haih.. kalau betul tu dia.. rindu Aireen.. rindu ibu.. rindu ayah,' bisik hatinya.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. "Aira?" panggil Puan Aqeela dari luar. Segera Aira mengelap air matanya. "Kejap, ummi," balas Aira lalu segera dia menuju ke tandas untuk membasuh mukanya dan mengelapnya kembali dengan tuala. Pintu biliknya dibuka. Puan Aqeela memasuki bilik Aira lalu duduk di birai katil. "Sini," ajak Puan Aqeela. Aira pun duduk bersebelahan dengannya. "Aira rasa, itu memang Aireen?" tanya Puan Aqeela. "Aira tak pasti, tapi Aira dapat rasakannya," balas Aira. "Aira memang nak jumpa keluarga Aira... Tapi Aira takut mereka tak nak terima Aira.. dan Aira tak nak tinggalkan ummi seorang diri," tambah Aira. "Sebenarnya ummi pun tak sanggup nak lepaskan Aira. Tapi ummi sedar, Aira berhak. Aira berhak untuk kembali kepada keluarga Aira. Ummi mohon sangat-sangat, kalaulah keluarga Aira dapat terima Aira, Aira janji, jangan lupakan ummi, ya?" kata Puan Aqeela, sebak. Berat untuk mengungkapkan, namun itu yang perlu dibicarakan. Aira turut berasa sebak. "Insyaallah, ummi. Tapi selagi ada masa ni, Aira janji Aira akan cuba balas jasa ummi. Walaupun Aira tahu, Aira takkan dapat membalas semua jasa ummi kepada Aira," ucap Aira sambil tersenyum memandang Puan Aqeela. "Tak perlu pun. Ummi memang dah anggap Aira sebagai anak ummi. Ummi sayang Aira sangat-sangat. Ummi tak nak kehilangan Aira," kata Puan Aqeela. Aira sebak. "Ummi," panggil Aira.

Puan Aqeela mengangguk kecil sebagai tanda "Ya". "Kalau.. kalaulah Aira diterima oleh keluarga Aira, Aira bawa ummi tinggal berdekatan dengan Aira, boleh?" kata Aira perlahan-lahan, takut kata-katanya bakal mengguris hati Puan Aqeela. "Ummi pun tak tahu, Aira. Apa yang pasti, Allah merancang, kita juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang dan rancangan Dia adalah yang terbaik. Apapun yang Allah dah aturkan dalam hidup ini, semuanya terselit hikmah," nasihat Puan Aqeela. Aira diam mendengar nasihat ibu angkatnya.

"Aira, nanti ummi hendak ke kedai runcit sekejap. Aira tunggu di rumah, ya?" kata Puan Aqeela. "Eh? Ummi duduk di rumah sahajalah. Biar Aira yang pergi nanti," balas Aira. Puan Aqeela tersenyum. "Tak apa, sekejap sahaja," katanya. "Alaa.. Aira nak ikut juga," rayu Aira manja. "Heish anak dara ni. Dah besar pun masih manja," usik Puan Aqeela. Aira tersengih. "Bukan apa, ummi. Lama tak merasa keluar dengan ummi sejak Aira masuk universiti ni. Aira pergi sama-sama dengan ummi, boleh?" pinta Aira. "Hmm...okeylah kalau macam tu," balas Puan Aqeela tanda bersetuju. Aira tersengih lagi.





"Aira ada nak beli apa-apa ke?" tanya Puan Aqeela menginginkan kepastian. "Sekejap, ummi. Aira mahu ambil jus oren," balas Aira. "Okey, ummi tunggu di hadapan, ya?" kata Puan Aqeela. "Okey," balas Aira ringkas.

'Eh? Kenapa macam kenal je,' bisik hati Aira apabila dia ternampak seorang perempuan di ruangan air sejuk. 'Salah orang kot,' fikirnya apabila dia ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri di sebelah perempuan itu. "Maaf, ya. Saya mahu ambil air di sini," kata Aira kepada perempuan di hadapannya. Perempuan itu berpaling ke belakang dan melihat ke arah Aira. Riak wajah Aira jelas menunjukkan emosi terkejut. Perempuan itu juga sama. "Eh.. kau Aira, kan? Roommate aku," kata perempuan itu teruja. "Kau Aireen, kan?" kata Aira pula. "Ya. Apa kau buat di sini?" tanya Aireen. Sudah jelas lagi nyatalah Aira mahu membeli sesuatu di situ. Hmm, tiada topik untuk dimulakan kot. "Saja. Aku teman ibu angka... Aku teman ibu aku beli barang sikit di sini," Aira tersedar dia terlepas cakap. Haraplah Aireen tidak faham apa yang dimaksudkannya. "Oh," balas Aireen ringkas. "Eh, lupa pula. Ibu aku sudah tunggu lama ini. Aku pergi dulu, ya. Assalamualaikum," ujar Aira apabila dia teringatkan Puan Aqeela yang sedang menunggunya di hadapan. "Okey.. waalaikumussalam.. Maaf lambatkan kau pula," Aireen serba salah. "Tak apa. Pergi dulu. Bye," balas Aira lalu terus dia melangkah ke hadapan.

"Kenapa lambat? Buat apa tadi?" tanya Puan Aqeela. Berkerut dahinya, pelik. Aira tersengih. "Nanti Aira cerita kepada ummi," balas Aira. Takkan mahu bercerita sekarang kot? Ramai lagi orang yang sedang beratur di belakang. Nanti kena 'sound' baru tahu.


















"Cepatlah. Kata mahu cerita," kata Puan Aqeela pada malam itu. "Hmm.. tadi Aira terserempak dengan Aireen," balas Aira perlahan. 'Terserempak?' bisik hati Puan Aqeela. "Aira yakin itu Aireen?" tanya Puan Aqeela. "Ya. Dia sendiri yang tegur Aira dahulu," balas Aira. Puan Aqeela hanya mengangguk. "Ibu tak kisah Aira mahu pulang ke pangkuan keluarga Aira..." Puan Aqeela berjeda seketika. Aira terkejut mendengar kata-kata Puan Aqeela. "... Tapi, itulah. Ummi rasa sayang sangat mahu lepaskan Aira. Dari Aira kecil lagi ummi jaga Aira," Puan Aqeela berasa sebak. Aira termenung seketika. Dia memang mahu pulang ke pangkuan keluarganya. Namun dia masih sayangkan ibu angkatnya. Tetapi adakah keluarganya akan menerimanya? Jika tidak, dia akan terus tinggal bersama Puan Aqeela. Jika ya, bagaimana pula dengan Puan Aqeela?













Aira buntu.
Dilema.

PulangWhere stories live. Discover now