Yasmeen Hannah yang mendengar itu langsung merampas cebisan kertas milik Aneeq. Dia ganti dengan cebisan kertas miliknya.

Dalam banjiran peserta yang sibuk mencari pasangannya, Yasmeen berjaya meloloskan diri dari kesesekan pelajar. serta dari Aneeq Iyman

“ Faleeq, I think I'm your partner. Saya nombor 11 jugak ” - Yasmeen Hannah

Faleeq Abbas hanga mengangguk lalu meninggalkan Yasmeen berseorangan. Yasmeen membututi pergerakan Faleeq sehingga ditegur oleh Faleeq.

“ dah kenapa asyik ikut saya ? ” - Faleeq Abbas

“ reti pun bercakap. ingatkan ada cincin tembaga 7 keturunan sampai tak nak bukak mulut ” - Yasmeen Hannah

tidam dinafikan, Yasmeen agak terguris hati dengan Faleeq kerana Faleeq langsung tidak melawat bahkan bercakap dengan dirinya setelah dia meninggalkan ruang khemah rawatan itu. Peserta yang lain juga menyedari mood Faleeq yang kurang baik semalam.

“ cakap je. tapi bukan dengan awak la. ” - Faleeq Abbas

Faleeq bergerak lagi

Di dalam keriuhan jeritan peserta mencari pasangan masing masing, terdengar suara lantang Mikayla menjerit nombor 2.

Aneeq Iyman yang mengetahui nombor Yasmeen ialah 2 cuba untuk memaklumkan Yasmeen yang Mikayla ialah pasanganya.

Namun baru dia sedari, Yasmeen sudah lama berada di sebelahnya.

“ Aik perempuan ni. Pegi mana pulak ? Erm lantak la, pandai - pandai la Si Mikayla tu cari dia ” - Aneeq Iyman

Mikayla tiba - tiba berhenti di depan Aneeq Iyman. Dia merampas cebisan kertas milik Aneeq.

“ ni ha engkau partner aku. buat penat aku terpekik terlolong jerit yang kau sikit pun takde effort nak cari partner sendiri ” - Mikayla

Aneeq pelik sendiri.

“ aik ? bukan number kau 2 ke ? asal partner aku pulak ? ” - Aneeq Iyman

Mikayla meletakkan cebisan kertas itu betul betul di depan mata Aneeq.

“ habis tu ini number apa ? bilangan bini kau ? ” - Mikayla

geram betul dengan Aneeq ni. Buat tak tahu pulak

“ HAH 2 ?! wey sumpah aku tak bohong aku number 11 tadi. Yasmeen tertukar number dengan aku la ni haih ” - Aneeq Iyman.

“ aku rasa kalau kau nak pulangkan balik number tu dekat  Yasmeen macam tak sempat je. Kau jadi partner aku je lah ” - Mikayla

Aneeq mengangguk kecil.

Yasmeen pula masih sibuk mengekori Faleeq. Dia pusing kiri, Yasmeen pusing kiri. Dia pusing kanan, Yasmeen kanan. Dia masuk gaung, Yasmeen buat majlis tahlil dekat tebing.

Eh terpesong betul.

Pertandingan telah bermula. Faleeq laju bergerak bagi mencari clue serta hidden items yang disembunyikan oleh fasilator kem ini.

Yasmeen pula masih terkial kial untuk bergerak dengan laju kerana luka kemarin baru sahaja sembuh.

Faleeq menyedari ketiadaan Yasmeen di sebelahnya. Matanya ligat mencari Yasmeen dan matanya menangkap ke arah Yasmeen yang terkial kial untuk berjalan.

Faleeq bergerak terus menuju ke Yasmeen. Lengannya dihulurkan

“ buat apa ? ” - Yasmeen Hannah

“grab it. saya nampak awak macam struggle sangat nak berjalan tu ” - Faleeq Abbas

t a k d i r  Where stories live. Discover now