Alya : Bila masa aku kahwin? (Angkat kening macam ziana zain...ceh...gurau je)

Asma : Hang kan dah official dengan tuan...hihihi

Alya : Haishhh...kitorang baru nak kenal-kenal je la...dia ni...ada je point nak sakat org....

Asma : Hihihi...sesi balas dendam sebab hang sakat aq...hihihi

Alya : Aq sakat sikit je...hang sakat aq dari pagi sampai la ni tau

Asma : Hihihi

Asma pernah beritahu hubungan dia dengan kekasihnya kepada Alya. Waktu itu saja borak-borak...Alya tanya berkaitan Asma..daripada situ Alya pun tahu kadang-kadang kekasih Asma jenis nakal-nakal. Itupun Asma yang mulakan..nakal na Asma...

Keesokan paginya....

Kursus berjalan seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 3 petang untuk hari kedua.

Selepas kursus...

Asma : Alya, Afiq...jom mandi kolam sambil buat game nak petang ni...

Alya cubit pinggang Asma kerana kurang setuju dengan cadangan Asma. Bukan apa, Alya malu mandi di kolam sekiranya lelaki yang dikenali bersamanya.

Afiq : Oo...boleh juga...cuma nak main game apa? Lagi satu kena minta permision Alya dulu takut dia tak selesa...kalau Alya tak selesa saya mandi dekat kawasan jauh sikit...saya tengok korang main dari jauh je la...

Alya mendengar kata-kata Afiq berasa serba salah dan terharu. Rasa terharu kerana Afiq minta izin dulu sebelum nak join aktiviti sama2, serba salah sebab kalau Alya tak izinkan, Afiq akan mandi keseorangan, hanya mampu tengok sahaja dirinya dan Asma bermain.

Asma : Jangan risau...Alya mesti setuju punya...kan Puan Alya..? Opps...

Asma sengaja menyebut Puan Alya untuk menyakat Alya.

Asma : Ok ye Fiq...saya ada beli bola semalam...pasal alatan permainan...jangan risau...saya sediakan...nanti lepas Asar saya dengan Alya tunggu dekat depan bilik. Kitorang naik bilik dulu ye...Alya jom...

Tanpa sempat Alya ingin bangkang, Asma sudah tarik Alya masuk ke dalam perut lif. Asma sengaja buat begitu supaya Alya tak dapat nak bangkang. Asma sengaja mengajak Afiq join mereka mandi kolam petang nanti supaya Asma dapat mengeratkan lagi hubungan Afiq dengan Alya. Asma sayang akan Alya. Dia juga ingin Alya rasakan kebahagiaan apabila ada pasangan sepertinya.

(Asma ni kalau dalam cerita Detective Conan macam Sonoko...dia akan buat something untuk satukan Ran dgn Shinichi...macam tu juga Asma nak satukan Alya dengan Afiq...)

Di dalam bilik....

Selepas solat Asar, Alya dan Asma menukar pakaian untuk mandi di kolam. Alya berasa malu kerana inilah kali pertama dia mandi di kolam bersama lelaki. Tambahan pula, lelaki yang akan 'join' aktiviti Alya dan Asma ialah pengurusnya yang baru sahaja meluahkan perasaan terhadap dirinya menambahkan lagi debaran di hati.

Alya telah memilih untuk memakai baju muslimah berwarna merah dan seluar trek dipadankan dengan tudung bawal hitam labuh menutupi dada. Bahagian dalam pula, Alya memakai bra dan panties berwarna hitam.

Asma : Alya...dah siap...jom

Alya : Dah...

Asma : Alya...kenapa ni? Jangan risau...tuan Afiq tu tak makan orang...jom..bola ni biar aku pegang..

Alya : Aku nervous Asma...

Asma : Aku faham perasaan kau...ni mesti kes sebab hang malu nak mandi dengan dia kan? Takut nampak bentuk badan eh? Hihihi

Alya : Erm...

Asma : dah jangan risau...aku tengok baju hang ni pun labuh longgar...jangan risau...tak nampak...ok

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now