Langkah Puan Sri Frida terhenti apabila terdengar suara Irham yang ketawa. Irham yang sedang ketawa itu menghentikan perbuatannya lalu dia menepuk sofa disebelahnya agar Puan Sri Frida duduk disebelahnya.

Video Inara sedang mengigau itu dimainkan semula. Puan Sri Frida mahu ketawa tapi dia kasihankan Inara.

Tidak ada akhlak punya anak.

Puan Sri Frida berdehem agar tidak ketawa.

"Suka eh kau?" Telinga Irham ditarik menyebabkan Irham mengaduh kesakitan.

"Kira dah berbaik lah kan dengan Sarra sebabtu Irham happy kan?"

Irham tersengih. Ya, dia sudah berbaik dengan Sarra sebab itulah dia rasa bahagia sangat hari ini. Tambah pula Inara mengigau memang bertambah bahagia lah harinya.

Selang beberapa minit, kelibat Inara yang sedang menuruni tangga kelihatan.

Inara melangkah ke arah Irham yang sedang bermain telefon dari tadi. Dia perlu bertanya tentang Adrian!

"Abang.."

Irham menggumam.

"Kenal tak Adrian?"

"Adrian mana? Banyak sangat kawan abang nama Adrian." Inara mengetap bibir. Mata dipejam cuba mengingati nama Adrian.

Adrian khalaf!

"Apa tu..kha kha apa tu nama dia alah lupa lah." Sengaja buat tidak kenal, takut Irham syak apa-apa.

"Oh, CEO Quoré Holdings?" Inara mengangkat bahu tanda tidak tahu. Orang tamya dia, dia tanya orang balik.

"So, he works by himself? Not under his dad?"

"Yes, ofcourse. He's the most dashing and eligible bachelor. CEO termuda setakat ni. He build his own company with Black."

Inara membulatkan mulut. Pergh! Company sendiri?

"Wait- Hitam who?" Dahi berkerut. Dia tidak kenal hitam.

Irham menggulingkan mata. Banyak tanya!

"Black Salvatore. Quoré's share holder. Adrian's bestfriend.." Kepala dianggukan bagai burung belatuk tanda dia faham.

"So abang Irham rapat lah dengan Adrian tu?"

"I guess.. As a bussiness partner."

"Bukan musuh?" Inara bertanya meminta kepastian

"Mana ada musuh. Siapa berani nak bermusuh dengan orang macam abang?"

Cis! Siapa berani konon! Padahal orang macam Irham lah yang paling banyak musuh. Apapun, Alhamdulillah! Adrian bukan musuh Irham dan tidak ada yang akan menghalang hubungan mereka.

Cis!

"Oh okay." Inara baru sahaja ingin melangkah ke arah dapur namun langkahnya terhenti apabila Irham membuka mulut.

"Kenapa Nara tanya?" Pertanyaan Irham membuatkan Inara menggaru kepala.

Banyak soal.

Inara tidak tahu mahu jawab apa. Kalau jawab 'saja' pasti abangnya akan syak sesuatu dan akan pergi bertanya kepada Adrian.

Kalau Adrian cakap Inara kacau dia macam mana? Tak ke naya?

Seketika Inara terfikir tentang Sarra. Maaflah Sarra sumpah ni last aku petik nama kau ye?

"Betul ni nak tahu?" Irham fokuskan diri terhadap Inara.

Kepala dianggukkan tanda mahu. Mulut Inara didekatkan dengan telinga Irham. Mahu berbisik. Ini hal sulit!

His Eternal Love Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang