4

52 17 1
                                    

"Jongho! " Aku menjerit ke arah lelaki yang kelihatan dari jauh tengah menyilangkan tangannya. 

Dia, Choi Jongho, salah seorang rakan aku daripada masa lalu,  walaupun kami mempunyai beza umur dua tahun, Jongho terasa seperti lebih matang dari diri aku.

Aku berlari ke arahnya ke seberang jalan.

"Hyung! " Mukanya kelihatan terkejut,  mungkin sebab aku berlari tanpa mengira lampu isyarat.

Aku tidak peduli akan perkara itu, yang penting sekarang adalah perkara yang membuatkan aku bingung.

Mimpi itu.

Kata-kata Hongjoong yang semakin samar-samar di ingatan.

Dan, wajah gadis itu.

Aku membongkok sedikit dan menyentuh lutut aku, agak penat daripada berlari tadi, aku mengambil masa untuk bernafas dengan stabil sebelum berdiri tegak.

Pening.

Jongho menyentuh bahu aku, "Hyung, kenapa cari aku tiba-tiba?"

"Ah, aku nak tanya ni, macam mana aku dapat kerja kat syarikat *****? "

Setelah aku bertanyakan perkara itu, Jongho menarik tangannya semula, wajahnya nampak agak... terkejut? 

Mengapa?

Jongho mendekatkan tapak tangannya ke mulut dan menoleh sedikit ke kiri. matanya memandang ke arah lain dan mengelak pandangan aku.


'Did Hongjoong hyung... succeed.. ? ' Jongho berbisik kepada dirinya sendiri.


Aku terdengar apa yang lelaki muda itu katakan.

Huh? Apa maksud Jongho dengan Hongjoong? Bukan Hongjoong dah lama tiada di masa depan aku?

Kejap... T-Tiada..?

Kenapa aku tak boleh ingat apa-apa? Aku tahu yang kami pernah berkawan dahulu namun di mana titik permulaan dia? 

Bila kami berpisah?

Aku menyentuh kepala dan menggenggam rambut sendiri. Kening aku berkerut, kemudian denyutan kuat terasa di kepala.

Ianya sakit.

Pandangan aku mula menjadi kabur, dan badan aku secara tak sedar rebah dengan sendirinya ke atas lantai konkrit.

"Hyung!" Suara Jongho kedengaran samar-samar.

Buat seketika keheningan suasana ini terasa lama.


".. we all.. will definitely get you out of here.. Hongjoong will not fail you or us..."



Kemudian satu suara menyapa telinga aku.

Siapa yang bercakap sambil menangis itu? Jongho..? 

Aku melelapkan mata, tewas dengan sesuatu yang tidak pasti.










[H] FEVER DREAM + Seonghwa ATEEZWhere stories live. Discover now