⭕.+28

150 36 13
                                    

Aku dan suamiku meletakkan sejambak bunga di depan pusara.

Semakin lama aku menatap pusara itu,mata aku makin berair.

Disebabkan tidak dapat menahan sebak,aku menangis jua.

"Chagi,menangislah kalau itu saja cara yang dapat melepaskan segala isi hati chagi.here,"ucapnya lalu menarik aku ke dalam dakapannya.


~Flashback~


Selesai sahaja aku dan haechan melafazkan janji serta merasmikan pernikahan kami,tiba-tiba keadaan di dalam dewan bertukar heboh.

Chenle yang sedang berdiri untuk bertepuk tangan bagi meraikan perkahwinan kami tiba-tiba sahaja jatuh pengsan.

Dia segera dibawa ke hospital oleh ahli keluarga dan rakannya.

Manakala kami pula terpaksa tinggal untuk meneruskan baki acara yang penting.

Selepas itu,habis sahaja majlis kami terus bergegas ke hospital untuk melihat chenle.Dia terpaksa ditahan di hospital untuk rawatan tertentu.

Aku tak tahu apa yang jadi,chenle sakit apa sehinggalah keesokan harinya,kami semua menerima berita duka.sangatlah duka sekaligus hampir membuatkan aku menyesal seumur hidup.

Zhong chenle telah meninggal dunia pada awal pagi kelmarin semasa jururawat datang untuk melawat keadaannya.

Punca kematian ialah mati mengejut.Rupa-rupanya chenle adalah penghidap kanser otak tahap empat tapi bukan itu penyebab kematiannya.

Ajal.tak kira umur,keadaan dan masa.kan?

~end flashback~


Aku tak sangka.Rupanya tujuan chenle rapat dengan aku,along yang tetiba datang mengugut keluarga kami padahal setiap bulan ayah aku bayar,adalah sebab supaya aku dapat berkahwin dengan haechan.

Diorang tahu kalau haechan balik,mesti aku akan marah dan bencikan haechan sebab tinggalkan aku terlalu lama.

Tapi bukan sebab itu sahaja sebenarnya.Haechan takut aku tak boleh terima sebab sebenar dia tinggalkan aku.Sebenarnya haechan pergi ke Amerika untuk berkahwin dengan sepupunya bagi menjaga nama baik keluarga.sepupunya telah mengandungkan anak luar nikah dengan lelaki lain tapi laki jahanam tu tinggalkan dia.

Disebabkan haechan sayang kepada sepupunya itu,demi mahu menjaga nama baik keluarga,dia sanggup berkorban.Tinggalkan aku sementara dan kahwin dengan sepupunya supaya anak yang tidak bersalah itu tidak dicemuh,dipandang hina masyarakat.

Tapi syukur,selepas bayi itu dilahirkan,lelaki jahanam tu datang datang balik untuk bertanggungjawab.

Kau bayangkan,betapa baiknya haechan?

Aku bersyukur dan rasa bertuah sangat sebab haechan diwujudkan ke dunia ni dan ditakdirkan jodoh aku.

Tapi,yang buat aku terkilan,kenapa chenle tak buat rawatan kemoterapi kalau dia dah tahu dia sakit?

Yang paling menyakitkan,dia sanggup tolong haechan dan hadap perangai aku yang jahat sangat cam setan betina.

"Dahlah,jom balik.Nampaknya langit dan awan pun sedih.Dia pun nak nangis.takkanlah chagi nak, banjirkan juga pusara chenle ni dengan tangisan air hujan?"ucap haechan lembut sambil menyapu air mata yang bersisa di pipiku.

Mata haechan juga berair tapi tidak sampai menangis seperti aku.

Aku cemburu dengan kekuatan mental lelaki.

"Selamat tinggal Zhong Chenle.Terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak tolong aku,keluarga aku,haechan dan juga sebab pernah buatkan aku gembira di saat haechan tiada.Aku takkan lupakan pengorbanan kau chenle.Semoga kau tenang di sana."

Aku cuba untuk berhenti menangis dan mengikuti langkah haechan untuk balik ke kereta.

Hati aku masih berat untuk meninggalkan tempat ni.tapi kita se bagai manusia yang masih hidup,mesti teruskan hidup juga.Tiada gunanya juga aku terus meratap pemergiannya.

Namun,belum sempat kami mahu masuk ke dalam kereta,xiaojun bekas bodyguard aku datang menghampiri ku.

"Kenapa?"soalku sambil segera menggosok mataku supaya tidaklah kelihatan seperti orang baru lepas menangis.

"Sebenarnya,tuan muda ada amanahkan saya untuk berikan surat ni kepada puan jika dia sudah meninggal dunia.Tak kiralah apa penyebab kematiannya,tak kira sama ada puan sudah atau belum berkahwin dengan tuan haechan,"terangnya lalu aku mengangguk faham.

Surat yang dihulurnya aku sambut.

"Tuan haechan,saya nak ucapkan takziah atas kematian tuan muda chenle."

Haechan hanya membalas dengan senyuman nipis.

pinggan ↷ chenle  ✓Where stories live. Discover now