⭕.∽tiga

271 67 34
                                    

Tak guna punya cina suntung!

Jap.berapa lama aku kena tinggal di bawah tangga ni?

Tak boleh jadi!

Aku mesti pulang!dahlah sejuk gila!kalau aku mati camne?

Setelah 10000 kali berfikir,aku tekad.

Aku mesti minta tolong chenle.aku tak sanggup hidup macam ni lagi.

Aku bangun lalu menapak menaiki tangga.

Kotak tadi aku selubungkan pada diri aku untuk mengurangkan kesejukan.

Badan aku mulai menggigil saat sudah menapak ke tangga kelima.

Langkah diberhentikan seketika dan aku menunduk di sebabkan angin kuat yang menyapa.

Tidak lama kemudian,kesejukan yang melanda diri semakin berkurang dan berganti dengan kehangatan.

Aku mendongak.

"Chen,chenle."ujarku terkejut serta terharu.

Rupanya,kehangatan yang membaluti tubuh aku datang daripada sehelai kot yang diselimuti pada badanku.

Chenle tersenyum.

"Kau ingat aku jahat sangat ke?"tanya chenle sambil tersenyum.

"Maaf.sebab aku fikir bukan-bukan pasal kau,"ucapku lalu menunduk dari melihat wajahnya.

Aku betul-betul rasa bersalah.menyesal aku maki dan ejek dia tadi.

Ya tuhan,berdosa bangetnya aku.

"Takpelah.jom aku hantar kau balik,"pelawa chenle lalu memeluk bahu dan memimpin aku berjalan sehingga mahu memasuki keretanya.

Aku duduk di sebelahnya.kiranya nak duduk belakang,tapi encik abang tak bagi.

Sepanjang perjalanan,kami hanya berdiam diri.tiada siapa mahu membuat perbualan.

"Dah sampai."

"Hah?"

Lamunanku pada jalan raya di hadapan pecah berkecai.

Aku menatap chenle dengan pandangan tidak tahu apa-apa.

"Dah sampai."

Aku menoleh melihat sekeliling.

"Oh,okey.terima kasih.aku,tak tahu macam mana nak balas jasa kau.terima kasih banyak-banyak juga,untuk bekal yang kau bagi tengahari tadi.jimat duit aku!"ujarku lalu tertawa kecil untuk menceriakan keadaan.

"Sama-sama,"balas chenle.

Aku membuka kunci pintu,dan memandang chenle.manatau chenle nak cakap apa-apa lagi?

Nampaknya dia diam.

"Oh keyh.aku pergi dulu,"ucapku lalu membuka pintu kereta.

Senyuman pahit menghiasi bibirku saat chenle hanya melihatku tanpa reaksi dan kata.

Hati aku rasa kecewa,bila dia hanya diam.bukan itu yang aku mahukan.

Aku mahukan wajah dia yang ceria.bukan muka orang tenang dan tiada perasaan.

Tangan aku di rentap lembut saat kaki aku baru mahu melangkah keluar.

Mata aku melorot pada pegangannya pada tanganku dan kot yang aku pakai.

"Oh,kot ni ke?sorry lupa."

Aku ingin membuka kot di badan ku ini tapi di halang.

"Kenapa?"tanyaku,hairan.

Kenapa mamat cina ni?minta sepak erh??

"Takpe.kau ambil je.aku tak perlukan benda tu,"ujarnya lalu aku hanya mengangguk faham.

Rezeki jatuh dari langit.takkan nak buang kan?

"Aku nak kau tahu,yang aku sayangkan kau.aku sanggup tunggu kau,"ucap chenle.

Aku senyum lagi.

"Kan aku dah pernah cakap.aku belum sedia nak bercinta buat masa sekarang.niat aku datang ke bandar ni untuk cari duit buat  sara keluarga aku.aku takut,kalau aku bercinta,aku lalai dan keluarga aku lupakan."

Aku harap sangat,dia faham.aku bukan saja-saja nak taknak terima cinta chenle.

Chenle merenung aku lama.

Aku dapat rasakan dari mata dia,yang dia faham apa aku cakap.

"Okey.tapi,kalau kau ada apa-apa masalah atau perlukan pertolongan,bagitahu aku.aku akan tolong semampu yang mungkin,"ujar chenle dan tersenyum lagi.

Aku menutup mata seketika dan senyum.

"Bye,"ucapku dan mengambil beg lalu keluar.

Pintu kereta di tutup dan aku melambai tangan kepada chenle setelah sampai di pintu rumah sewaku.

Chenle membalas lambaian ku lalu pergi.

Aku memegang dadaku.

Sedikit sebanyak kebaikan yang chenle lakukan,terusik juga hati aku.

Aku ketawa kecil lalu masuk ke dalam rumah.

Bersambung...

Syukur alhamdulillah aku dapat idea aku balik.maaflah kalau hambar😅

pinggan ↷ chenle  ✓Where stories live. Discover now