⭕.∽dua puluh

145 36 9
                                    

Aku menguap dan meregangkan badan sejurus sahaja bangun dari tidur.

Mataku meliar melihat sekeliling untuk mencari chenle.

"Jap.bila masa aku tertidur kat atas sofa ni?"

Aku bangun dan berjalan-jalan di sekeliling isi rumah ini.

Rumah ni macam pernah nampak.

Aku menapak keluar dan melihat rupa rumah ini.

Rumah haechan??

Macam mana aku boleh kat sini?

Dan macam mana aku boleh masuk rumah ni?

Chenle?

Aku berlari masuk sambil menjerit-jerit memanggil nama chenle.

Setiba di dapur,aku melihatnya sedang memasak.

Entah apa yang dimasaknya.macam chef profesional pun ada gayanya.

"Woi!"

Aku menepuk bahu chenle dengan kuat.

Dia ni,aku dah panggil sampai terjerit-jerit macam orang gila boleh lak dia buat tak dengar?

"Erh,kau dah bangun?"

Aku buat muka terkejut.

Apa jenis soalan dia bagi ni?!

Tapi maaf aku takkan peduli soalan tu.

"Macam mana kita boleh masuk rumah ni?kau pecah masuk erh??"

Chenle memperlahankan kekuatan api kemudian barulah dia menghadap aku.

Kedua-belah bahu aku dipegang.

"Aku cari kau tadi kat rumah tapi teda.jadi,aku tanya ayah kau.dia kata mungkin kau akan pergi sini.lepas tu,tetiba dia bagi aku kunci rumah.kunci rumah ni."

Serius lah?!

"Macam mana ayah aku boleh ada kunci rumah ni?"

"Takkan kau tak tau?ayah kaukan pembersih rumah ni."

Mataku terarah pada almari dapur dicsebelah aku.

Maafkan aku.

Almari itu aku tampar kuat berkali-kali untuk melepaskan geram serta sakit hati yang melampau terhadap ayah aku.

Aku sandarkan tanganku pada tepi almari itu.

Anak orang dia bagitahu.aku tak pula?!

Sampai hati ayah!

Aku merengus halus dan pergi meninggalkan dapur.

"ARHH WOII JANGAN KAU HANGUS!BUDUH!!"

nampaknya masakan chenle dah hangus disebabkan melayan aku tadi.

Tambahan lagi aku bodoh sebab masih tak tahu apa yang dimasak oleh chenle.

Sebab masakan dia ditutup dan aku lupa bertanya.

Aku merebahkan badan di atas sofa dan termenung seketika.

Pandai dia berlakon sampaikan aku anggap dia betul-betul haechan tadi.

Arhh!

Dah tahap kronik ka apa rindu aku ni kat haechan?

Aku takut kalau haechan balik tetiba dan nampak aku dengan lelaki asing lain.apa reaksi dia nanti?

Mesti masa tu dan di sini juga dia akan putuskan hubungan kami yang sudah terjalin hampir 10 tahun.

Tujuh tahun cuma berkawan baik dan tiga tahun lagi baru kami menukar status kawan baik ke kekasih.

Tulah.lelaki ngan perempuan tak leh berkawan baik.sebab last-last mesti bercinta juga akhirnya.

Aku bukan menyesal erh.bersyukur lagi adalah.

"Aku patut berterima kasih pada chenle."

Aku bangun lagi dan pergi ke dapur balik.

Dia ni,tak habis-habis masak.

"Kenapa?lapar dah?tunggu kat meja tu jap."ujar chenle sambil mengucau masakannya.

Aku syak masakan tu jenis yang bersup.

"Bukan aku lapar."

Chenle menoleh melihat aku.

"Kau matikan masakan tu jap."

Chenle menurut.

Aku mengajaknya duduk di meja makan bersama sambil saling menghadap antara satu sama lain.

"Apa?"

Aish,malu pulak nak cakap.

Aku kumpulkan segala kekuatan dan cuba hilangkan rasa malu.

"Terima kasih sebab,kau sanggup berkorban untuk jadi seperti haechan
walaupun taklah macam dia sangat.tapi sekurang-kurangnya kau dapat gembirakan aku dan kurangkan sedikit rasa rindu aku tu.aku--"

Mata aku mulai rasa panas.

"Arh tak guna."

Aku gosok mataku supaya tidak menangis.

Kenapa aku rasa terharu sangat ni!

Aku benci arh perasaan ni.

Chenle berdiri lalu memeluk aku.

"Nangislah kalau kau gembira.aku sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia,"ucapnya lembut sambil mengusap kepalaku.

Tidakk!!!

Akhirnya aku kalah akibat kata-kata chenle tadi.

Mataku merembes sebanyak mungkin air mata.

"Aku,gembira sangat chenle!"

Muka aku disandarkan pada dada sebelah kanannya.

Peduli lah basah.

Dia juga kata,asalkan aku gembira kan?

"Aku harap ni bukan satu fakehope."

Aku terkedu lalu memandang wajahnya.

Dia hanya tersenyum.

Bersambung...

Huarghh aku rasa nk menangis😢
Aku tau korg tak😂

Sbb masa aku taip ni,sambil dgr lagu sedih² tau.

Moving on-member super junior (aku lupa namanya)
Sorry-the rose
Your eyes tell-bts
Hit me-shinee
Fine-taeyeon
Sofa-crush

dan byk lagilah😂









pinggan ↷ chenle  ✓Where stories live. Discover now