Alya : Erk...t...tuan tinggal sini juga ke?

Afiq : Ya saya...kenapa tak percaya?

Alya : Sikitlah t..tuan...padanlah pelik tuan boleh tau jalan ke kondominium ni...bahkan saya tak sempat bgtau kat tuan pun. Lagi satu pelik sbb tuan tak berhentikan saya kat depan.

Afiq : Hahaha...kan time temuduga tu ada disertakan alamat rumah...bila saya tengok, oo...dekat dengan rumah saya je...ni lagi satu...kan saya dah kata jangan panggil tuan...

Alya : Eh, lupa...hihihi

Afiq : Disebabkan awak lupa jadi awak kena denda....awak kena denda utk panggil saya abang afiq...lagipun awak lg muda dari saya kan...hihihi

Alya : Ha?

Afiq meninggalkan Alya dengan senyuman disertakan lambaian.

Selepas 2 minggu....

Alya dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaannya kini. Alya juga menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 2 minggu ini.

Sedang Alya khusyuk membuat kerja, pintu bilik Alya diketuk oleh Afiq.

Afiq : Alya, makan jom...

Alya memandang kiri kanan memastikan tiada orang di sekeliling.

Alya : Err...tapi abang afiq, saya belum siapkan lagi kerja yang abang afiq bagu tadi...

Ya, Alya telah diminta oleh Afiq untuk memanggilnya abang sebagai denda dia kerap terlepas memanggil Afiq dengan gelaran tuan. Maka, sepanjang 2 minggu disuruh memanggil abang, Alya sudah biasa memanggil Afiq dengan gelaran abang Afiq. Alya tidak kisah kerana Afiq lebih tua 2 tahun, maka memang sesuai Afiq dipanggil abang...namun, bagi mengelakkan salah faham pekerja sekeliling, Alya akan memanggil Afiq dengan gelaran abang apabila mereka hanya berdua sahaja.

Afiq : Tak pe...tu boleh sambung lepas makan...lagipun kan esok kita nak outstation...bertolak jam 10 pagi..jadi ada banyak masa untuk siapkan...jangan risau nanti saya bantu awak....ini arahan...jom temankan saya makan...

Alya : Erk...baik...

Alya memang kalah apabila Afiq mengeluarkan arahan. Afiq pula saja menyakat Alya sebegitu kerana Afiq suka melihat muka takut campur cemberut sebab diarah benda yang remeh. Bagi Afiq, kejelitaan Alya makin terserlah...comel.

Sewaktu di tempat letak kereta hotel...

Alya sedaya upaya menyembunyikan wajahnya daripada dilihat oleh pekerja lain. Alya takut pekerja lain salah faham terhadap dirinya.

Afiq : Hahaha...Alya...Alya...tak yah la menyorok...diorang faham awak tu PA saya...mestilah awak kena selalu dengan saya...lagipun apa salahnya kan kalau diorang tiba-tiba anggap saya jadi pakwe awak ke kan...saya suka...hihihi...dah jom masuk kereta.

Alya yang mendengar kata-kata Afiq mukanya berubah jadi merah, malu barangkali. Lebih-lebih lagi gurauan Afiq yang menyatakan dirinya sebagai teman lelaki Alya. Tanpa pengetahuan Alya, Afiq memang ingin memasang niat untuk memikat hati Alya. Afiq merasakan dia telah jatuh cinta dengan keperibadian serta kecantikan Alya. Mengajak Alya makan merupakan satu strategi yang dirancang oleh Afiq untuk mendekati Alya.

Sewaktu keluar makan dengan Alya, Afiq juga dapat mengetahui makanan apa yang sering dipesan oleh Alya. Alya seorang yang berjimat-cermat. Tidak makan terlalu mewah, makan sekadar untuk mengisi kekosongan di perut sahaja. Kadang-kadang Afiq ingin membelanja Alya namun Alya menolak. Alya lebih selesa untuk bayar makanannya sendiri. Kadangkala Afiq belanja Alya senyap-senyap. Kadang-kadang Alya pula yang melakukan seperti itu.

Afiq : Alya...nak tanya awak satu perkara boleh?

Alya : Tanya apa tu tu...t..maksud saya bang Afiq?

Afiq : Em...Alya dah ada pakwe?

Alya : Erk...saya single bang Afiq..

Afiq : Oo...ok...

Alya : Bang Afiq...saya nak tnya juga boleh?

Afiq : Boleh...tanya apa tu?

Alya : Erm...abang dah ada makwe kan? Makwe abang x marah ke keluar makan dengan saya?

Afiq : Em...ada...depan saya ni la...Alya nama dia...

Afiq kenyit mata ke arah Alya.

Alya terkejut lalu mukanya jadi bertambah merah...

Alya : Ish...main2 la abang afiq ni...abang dah habis makan ke? J...jom balik pejabat...erm...nak basuh tangan kejap...

Afiq memandang Alya yang pergi membasuh tangan...Afiq perasan Alya sedikit tersipul malu apabila dia menyatakan perkara tersebut. Comel.

"Satu hari nanti saya akan luah kat awak perasaan saya, Alya" monolog Afiq.

"Haish...Alya...jangan perasan...abang Afiq bergurau je tu" monolog Alya di depan cermin.

Alya tidak faham kerana sejak kebelakangan ini, setiap kali dia berhadapan dengan pengurusnya, hatinya kadang-kadang berdegup laju...namun Alya sentiasa mengabaikan perasaan itu. Alya cuba untuk 'reset' akal fikirannya bahawa Afiq hanya bergurau dengannya.

"Aku suka pengurus aku sendiri ke? Lagi satu betul ke pengurus aq kata tadi? Atau hanya gurauan...Ya Allah...tenangkanlah jiwa ini..gurauan je tu" monolog Alya.

Bersambung....

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now