"And the second one is Sharifah."

"Merda! Third! Next year, I'll be the first, tesoro."

Next year? Adakah itu maksudnya persahabatan kami masih kekal walaupun dia dah balik ke Sicily? Dup-dap. Dup-dap.

"Saya pula orang yang keberapa puluh?" Aku mahu tahu. Walaupun agak kecewa juga sebab aku yakin aku bukan yang pertama. Entah-entah talian Dheo dah jammed teruk gara-gara semua bekas marka dia berlumba-lumba mahu memberi ucapan kepadanya.

Ketawa perlahan Dheo buatkan aku kembali ke alam nyata.

"Awak orang pertama, tesoro."

"Awak tipu!" cebikku. Tak percaya langsung.

"Betullah. I forbade everyone from wishing me and I asked Lucca to block all the numbers in my contacts except yours. So, awak orang pertama." Dheo berkata dengan penuh bangga.

Aku ketawa mendengarnya. Rasa lucu. Dan terharu. Kenapa aku tak pelik kalau Dheo buat kerja gila macam itu?

"Awak ni ada-ada aje la. Dah.. lepas ni unblock balik semua orang!" kataku dengan senyum masih tak lekang di bibir. Hanya Dheo yang mampu buat kerja gila seperti itu.

"Aye aye, madam!"

Geleng kepala melayan kerenah lelaki kacukan ini. Dheo.. Dheo..

"Sharifah ucapkan happy birthday untuk awak." Aku sampaikan. Sambil tangan gulung-gulung hujung rambut. Tengok.. Dheo buatkan aku ini kadang-kadang macam girly semacam. Sampai aku pun geli!

"Cakap kat dia, terima kasih." Hmm.. memanglah aku yang jadi posmen di antara mereka.

Senyap.

"Awak ada hal esok? I mean, hari ni?" Dheo bertanya.

"Tak ada. Kenapa?" Entah kenapa dada makin rancak berkompang.

"I want to ask you out, mia bella." Dheo melamarku. Suaranya sedikit bergetar. Seakan-akan dia pun tengah nervous.

"Hmm.. like a.." Tak mampu lidah sambung. Takut syok sendiri. Gigit bibir bawah.

"Date." Dheo tolong sambung. "Be my date tomorrow. Will you? Kita sambut hari jadi kita sama-sama." Suara Dheo penuh mengharap.

Kalau tadi dada berkompang, sekarang ini rasa macam letupan bunga api.

"Okey." Aku setuju.

Aku juga mahu menyerahkan hadiah tak seberapa yang sempat aku beli di intu Victoria Centre beberapa hari lepas. Aku cuma harap Dheo suka.

  --

AKU hanya mengenakan dres labuh berwarna maroon. Selendang di kepala juga setona. Perwatakanku amat anggun malam ini. Muka pun aku touch up sikit. Sekali-sekala nak melaram, apa salahnya. Hari inikan hari jadi aku.

Bukan sebab nak keluar dengan Dheo ke? Bisik suara hati tapi aku tepis dengan jari kelingking. Diamlah!

Tepat jam tujuh petang seperti yang dijanjikan, Dheo datang menjemputku. Aku sempat simpan kotak kecil hadiahnya di dalam beg tanganku sebelum turun ke bawah. Hari ini Sharifah hilang entah ke mana. Mentang-mentang aku cakap aku nak keluar dengan Dheo, dia pun ghaib sekali.

Ketika aku turun, Dheo dah berdiri di luar keretanya. Malam ini, dia sangat kacak dengan sepersalinan tuksedo hitamnya. Terpancar segala aura Alpha Malenya yang buatkan dia kelihatan lebih tua dari usianya. Lebih matang. Dia dah bersedia dengan sejambak bunga di tangannya. Dan bila dia hadiahkan senyuman seksi boyishnya, jantungku kian rancak rentaknya.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Kde žijí příběhy. Začni objevovat