"Elly!"

"Kak!"

Raiden dan Rufawi bergegas ke arah Rihanna kerana gadis itu sudah tidak sedarkan diri dalam dakapan Zayden.

"I swear I'll kill you if anything happen to Rihanna!" tempik Raiden dengan muka bengisnya sambil memegang kolar baju Adam.

Zayden mendukung Rihanna dengan menuju ke luar hotel itu untuk pergi ke hospital kerana dia khuatir apa-apa akan terjadi pada gadisnya itu.

'Stay with me, sunshine.'

***

Gleneagles Kuala Lumpur.

Zayden mundar-mandir di bahagian luar bangunan Accident & Emergency sementara doktor masih merawat Rihanna di dalam. Dia sangat risau kerana ini kali kedua gadis itu dimasukkan ke hospital selepas 2 tahun lepas dimasukkan untuk demam panas yang melarut.

"MasyaAllah, Zay! Cuba duduk sekejap. Mom pula yang risau tengok Zay," tegur Tengku Marleena kerana kerisauan hatinya semakin banyak apabila melihat Zayden yang sedang mundar-mandir di hadapannya.

Zayden hanya mengangguk ringkas lalu duduk bersebelahan Rufawi. Keluarga Adam turut berada di sana. Adam hanya berdiri tertunduk di sebelah Tengku Marteen.

"Who is Miss Henderson's family?"

Seorang doktor perempuan bertanya sebaik sahaja selesai memeriksa Rihanna.

"Me,"

"Yes, doc."

Zayden dan Tengku Emuel  menjawab serentak lalu berpandangan.

"You may tell us doc. All of us here are her family,"  kata Tengku Marleena mewakili semua.

"Miss Henderson fainted from high blood pressure and dehydration. If she was brought to the hospital a bit later, chances are high for her to have a stroke due to her high blood pressure. Alhamdulillah, sekarang Tengku dah kembali ke keadaan normal. Saya sudah rawat lengannya yang lebam. I hope y'all will be more concerned about her health after this. Semua boleh lawat dia selepas saya dia ditempatkan di wad. Tengku akan sedar selepas beberapa jam. She needs to be admitted until all her results are back to normal." terang Doktor Sharifah Kayla yang bertugas merawat Rihanna sebentar tadi.

Zayden melepaskan nafas kelegaan selepas sahaja mengetahui Rihanna tidak ada apa-apa yang membahayakan.

"Thank you so much, doc." ucap Tengku Marleena dengan pandangan redup kerana dia sangat khuatir akan kesihatan anak gadisnya itu.

Doktor Sharifah Kayla mengangguk dengan senyuman manisnya sebagai balasan sebelum berlalu pergi.

"Dad, why? Why you're making things hard? Dad tahukan Leena tak sanggup untuk hilang satu-satu puteri yang kami ada. Macam mana kalau Rihanna kritikal sekarang? Nasib baik Zay tak lenggangkan masa tadi, kalau tak Rihanna dah kena strok. Dad tak kisah ke? " soal Tengku Marleena bertalu-talu kepada Tengku Sam kerana dia cuba untuk menahan dirinya tetapi sekarang ia sudah melibatkan soal kait kesihatan puterinya.

Tengku Sam tidak mampu menjawab soalan Tengku Marleena.

"Mom, come. Ayd bawa balik rumah dulu. Dah pukul 1 pagi ni. Esok pagi kita datang balik," ajak Raiden supaya tiada masalah yang tercetus di hospital itu. Banyak mata yang memandang, terutamanya wartawan.

"Biar Zay jaga Elly, mom. Mom pergi rehat dulu dekat rumah. Risau pulak yang dekat rumah sebab kita tak balik-balik," pujuk Zayden dengan lembut kerana dia tahu keluarga Dilarier sedang menunggu kepulangan mereka. Kejadian di mana Rihanna pengsan tidak diberitahu kepada mereka kecuali Arzyn.

Tengku Marleena menghela nafas berat. Dia mengangguk dan berjalan keluar dari bangunan Accident & Emergency bersama Tengku Emuel.

"Just ring me if got anything," pesan Raiden sambil menyokong badan Rufawi yang sudah tersengguk mengantuk.

Zayden hanya memberikan senyuman tipis sebelum Raiden dan Rufawi mengikuti langkah ibu bapa mereka.

Tengku Marteen dan Tengku Arabella sudah lama beredar mengikuti langkah Tengku Emuel dengan Tengku Marleena.

"Take care of my gem," pesan Tengku Sam tanpa memandang muka Zayden turut beredar walaupun hatinya masih berbelah bahagi.

Adam merenung tajam Zayden yang sedang melihat iPhone miliknya tanpa mempedulikannya.

"Aku tak akan lepaskan Rihanna begitu sahaja. I will make her mine by all means," Adam memberikan amaran kepada Zayden yang sudah memandangnya dengan senyuman sinis.

"Over my dead body," balas Zayden dengan senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya dan melangkah menuju ke wad yang menempatkan Rihanna. 

Beberapa orang bodyguards mengikuti langkah Zayden menuju ke wad Rihanna.

"Argh!" jerit Adam lalu menumbuk dinding di hadapannya dengan kemarahan dan kebencian yang mula membara dalam dirinya.

'Kau akan jadi milk aku, Tengku Rihanna Elaine Henderson.'

'You're mine forever, the queen of my heart.'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now