Rihanna mahu sahaja menendang 'bahagian' lelaki itu tetapi dia masih baik hati untuk berfikir tentang masa hadapan anak teruna orang.

"Kau..."

BAM!

Semua tersentak mendengar pintu di sebelah kanan bilik makan, iaitu pintu yang digunakan apabila menggunakan laluan dari tempat parkir di basement.

"Leave my girl alone, jerk."

Zayden yang hanya berpakaian santai dengan beberapa orang kanan mengiringinya bersuara sebaik sahaja dia melihat tangan Adam mencengkam lengan Rihanna.

Rihanna tersenyum mengejek memandang Adam yang terkejut dengan kehadiran Zayden tidak terkecuali Tengku Sam dan keluarga Adam.

"Kau tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik ini. Sepatutnya kau tak ada hak nak masuk campur dalam hal keluarga kitaorang," bidas Adam sambil menguatkan cengkaman di lengan Rihanna apabila cengkamannya longgar akibat rontaan gadis itu.

"Keluarga my foot," omel Rihanna sambil mencuba melepaskan lengannya dari cengkaman Adam. Lengannya sudah memerah dan hampir bengak akibat cengkaman lelaki tak guna itu.

Zayden melangkah menuju ke arah Adam apabila dia sedar Rihanna sedang berkerut dahi menahan kesakitan di lengannya.

BUK!

Zayden melayangkan penumbuknya ke pipi Adam sehingga terlepas cengkaman lelaki itu di lengan Rihanna. Adam tertolak ke tepi dan hampir jatuh tetapi sempat berpaut pada tombol pintu utama.

"Kau lambat apa hal? Cari nahas betul mamat tak guna ini," rungut Rihanna sambil memandang lengannya yang sudah bengkak dan hampir betukar warna biru akibat cengkaman kuat Adam.

"Why did you hit my son?" marah Tengku Arabella sambil menuju ke arah Adam yang sedang mengelap sedikit darah di bibirnya.

Tengku Marteen berdiri tercegat melihat Zayden.

'Long time no see, Lee's.'

Adam menolak ibunya ke tepi lalu menuju ke arah Zayden untuk melangsaikan hutangnya.

Orang kanan Zayden sempat menahan Adam yang ingin menumbuk Zayden. Adam meronta dalam pegangan dua orang lelaki sasa itu.

"Bastard!" carut Zayden sebaik sahaja mencapai lengan Rihanna yang sudah membiru dan bengkak.

Tengku Marleena turut mahu melihat keadaan anak gadisnya tetapi ditegah Tengku Emuel.

"Leave me!" Adam meronta dalam pegangan dua orang lelaki saya yang sedang menahannya dari mendekati Zayden dan Rihanna.

"Lepaskan dia. Dah macam orang gila kena tahan dengan hospital sakit jiwa pulak aku tengok," arah Rihanna mengabaikan sakit di lengannya yang kian mencucuk.

Tengku Arabella mula pening dengan keadaan dalam bilik itu. Setahu dia dan suaminya, Rihanna telah menyetujui pertunangan itu. Itulah yang dikatakan oleh Tengku Sam.

"You better stay away from what is mine! Kalau dia dah kata tak nak, kau tu jadilah gentle. Dah macam desperate sangat aku tengok. Macam tak ada perempuan lain dekat dunia ni," pesan Zayden panjang lebar dengan terselitnya amaran sekali kerana dia sendiri tidak tahu apa masalah Adam walaupun Rihanna sudah menolak keputusan untuk bertunang dengannya.

Adam mengetap dirinya kerana dia rasa dirinya sudah kalah dengan lelaki di hadapannya banyak kali untuk seorang gadis.

"Aku tak..."

Rihanna tumbang dengan tangannya memegang kepalanya tetapi Zayden yang berada di sebelahnya sempat menyambut badan gadis itu daripada mencecah lantai berkarpet.

OG | Last Legacy: Princess CoronationWhere stories live. Discover now