37

104 16 15
                                    

"Kau dah hantar chat dekat Xin?" Tanya Kim kepada Niel.

"Dah. Aku hack iPhone Bel, then hantar chat dekat Xin guna nombor tu." Terang Niel.

"Kau yakin ke, Kim? Aku risaulah kalau - kalau semuanya tak berjalan seperti yang kita rancang." Kata Lia.

"Lia, kau percayakan aku tak?" Tanya Kim, gadis itu mengangguk.

"Aku percaya."

"Then, let's do our best!" Ucap Kim menyalurkan semangat.

Dia tahu, mereka semua sedang berdebar - debar. First time kot buat kerja - kerja sebegini. Dia lainlah, dah biasa sangat. Macam makan kacang hijau je.

"Siapa yang akan jaga Bel kalau semua join?" Tanya Im.

"Jangan risau, aku dah upah anak buah aku untuk jagakan dia. And anak buah perempuan aku boleh tolong dia kalau dia nak apa - apa." Terang Kim.

"Kim, terima kasih banyak - banyak tau. Aku tak tahu kenapa kau baik sangat dekat kitorang. But, stay. Thanks, bro." Ucap Izz ikhlas.

"Macam yang aku cakap, aku kenal korang tapi korang tak kenal aku. It's okey, Bel pun kawan baik aku juga." Balas Kim lalu tersenyum manis.

"Ada beberapa jam je lagi. Korang get ready, okey? Percaya pada aku, yakin pada diri sendiri." Kata Kim, mereka yang lain mengangguk.

***

"Xin dah sampai." Ujar Kai melalui earbuds.

Im, Izz, Kim, Lia dan Niel ketawa saat mendengar nada tidak puas hati dalam nada suara Kai. Macam mana si Kai tu nak berpuas hati kalau position dia hanya sebagai pemerhati?

Orang lain boleh beraksi. Tapi dia hanya duduk menyepi, tolong melaporkan keadaan sahaja. Bak kata Kim, emosi Kai sedang tidak stabil. Dia risau sekiranya lelaki itu tiba - tiba buat hal semasa rancangan sedang dijalankan.

"Ambil position masing - masing." Arah Kai melalui earbuds.

"Salsabila! Where are you? Aku datang ni! Tak nak jumpa aku ke?" Ujar Xin separa menjerit.

"Perasan betullah si mamat Xin ni, macamlah si Bel tu nak sangat dekat dia." Umpat Im.

"Entahnya, dah lah hodoh. Aku berkali - kali ganda lagi handsome lah." Balas Izz.

"Aku lagi handsome." Balas Niel tak nak kalah.

"Budak comel duduk diam - diam." Niel menjuih bibir saat mendengar kata - kata Kai.

"Hoi, fokuslah! Aku tampar sorang - sorang baru tahu!" Marah Kim.

"Ehehe." Mereka semua tersengih.

"Go!" Izz, Niel dan anak - anak buah Kim yang turut membantu dalam menjalankan rancangan keluar dari tempat persembunyian.

"Mana sayang aku?" Tanya Xin dalam nada yang sengaja dibuat - buat.

"Pergi mampus dengan sayang kau tu!" Tengking Izz lalu meluru laju ke arah lelaki itu.

Namun, anak - anak buah Xin lebih pantas bertindak melindungi ketua mereka itu. Izz dan Niel saling berpandangan lalu tersenyum sinis.

"Penakut kau, kan? Musuh dah ada dekat depan mata pun stay nak harapkan anak buah." Kutuk Niel selamba.

"Serang diorang!" Arah Xin dalam nada marah.

Anak - anak buah Xin terus meluru ke arah mereka berdua bersama wajah garang. Namun, hal itu tidak cukup untuk menggentarkan Izz dan Niel. Malah, ia menaikkan lagi semangat mereka.

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now