BAB 47

183 11 0
                                    

"Is,malam ni tolong jaga Ros boleh?" Aku terpaksa meminta pertolongan Iskandar.

"Awak nak pergi mana?" Iskandar memandang aku pelik.

"Aku ada hal sikit nak uruskan."

"Aii awak bukan dah berhenti kerja ke siang tadi? Kerja apa pula?"

"Ni berkaitan orang yang sakiti aku. Boleh eh Is?" Apahal aku kena merayu pula dekat dia ni. Ah nak minta tolong orang kena ah ada adab.

"Bahaya tak kali ni? Nak saya ikut?"

"Ehh tak payah. Kali ni aku berkerjasama dengan CIk Amee."

"Ohh, Kalau dengan Amee tak perlulah saya nak risau sangat. Tapi bawa budak kita sekali. Awak jangan drive malam-malam, suruh je Darwish pandu kereta. Faham."

"Okayy thank you Is. Nanti aku bawa Kamilia, Akmal dengan Syiha." 

"Adam tak bawa sekali ke?" Iskandar memandang aku.

"Ehh buat apa nak bawa dia? Tak payah, bawa Syiha dah cukup." Pelik kenapa ISkandar suruh bawa Adam?.

"Yela Syiha dengan Adam tu dah macambelangkas mana boleh pisah."

"Aii kes cemburu ke ni? Nanti aku bagitau Syiha yang kau cemburu eh? Haha" Adoi Iskandar ni kalau cemburu tak boleh nak sorok sikit. Macam perempuan. 

"Ee tak kuasa saya nak cemburu. Dah lah mana baju-baju Ros? Saya bawa dia balik rumah saya je. Esok kita jumpa di teratak." Iskandar menghulurkan tangannya meminta pakaian Ros.

"Jap saya pergi ambil. Ni awak dukung dia, letak dalam kereta." Aku menghulurkan Ros yang sedang lena dalam dukungan aku kepada Iskandar. Aku berlari ke dalam rumah dan mengemas sedikit pakaian Ros, Susu dan juga botol susunya.

Malam...

"Dah ready?" Aku bertanya kepada Kamilia, Akmal, Syiha dan juga Darwish.

"Dah Queen." Mereka menjawab serentak.

"Darwish kau bawa Vellfire pergi Hotel D'MEriz ambil Cik Amee dengan budak-budak dia. Kamilia follow Darwish. Kau berdua ikut aku naik Range Rover." Aku memberi arahan kepada Darwish kemudian Kamilia dan seterusnya beralih kepada Akmal dan Syiha.

"Okay. Jom gerak."

"Wait Queen. Cik Amee dengan yang lain tu nak bawa pergi mana?" Darwish menahan aku.

"Bawa pergi hotel kita."Darwish mengangguk faham. Kami semua berpecah mengikut arahan aku tadi.

"Mal aku nak kau hack kereta minah depan tu  bagi kereta dia hilang kawalan." Aku menunjukkan ke arah sebuah kereta myvi hitam dihadapan kereta yang aku sedang pandu. Kebetulan sedang lampu isyarat merah, mudah untuk aku menyasarkan mangsa.

"Okay Queen." Akmal mengeluarkan hackernya. 

Lampu isyarat merah bertukar menjadi hijau. Kebetulan jalan yang kami lalu itu tidak banyak kereta. Tak sampai 5 minit kereta Myvi hitam tadi tu hilang kawasan dan melanggar bahu jalan. Aku terus mengambil kesempatan memblock kereta itu supaya tidak ada kereta lain yang datang dan langgar kereta itu. Aku turun dari kereta dan terus buka pintu sebelah pemandu kereta Myvi itu

"Syiha, Check nadi dia sekarang." Aku mengarahkan Syiha periksa sama ada perempuan dalam kereta itu masih hidup atau tidak.

"Budak ni hidup lagi. Kita nak buat apa dengan dia?" Syiha memandang aku.

"Akmal angkat dia bawa masuk kereta kita." Aku memanggil Akmal yang sedang mengawasi jalan. Akmal datang dan terus angkat budak perempuan tadi masuk ke dalam kereta. Aku dan Syiha turut masuk ke dalam kereta.

*Kau dan sampai mana?* Aku menelefon Amee.

*Kita orang dah sampai hotel kau. Kau lambat lagi ke?*

*Ohh. Aku baru masuk pintu gerbang hotel ni. Suruh budak-budak lain stanby. Kita lalu jalan belakang.*

*Okay* Talian dimatikan.

Aku parking sahaja kereta, Jad dan Had terus sambut budak perempuan itu dan bawa ke bilik hotel yang Darwish dan lain-lain sedang menunggu. Aku sampai sahaja dibilik itu, aku menyuruh semua budak-budak aku tunggu diluar bilik. Hanya aku, Amee dan juga budak-budak Amee sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.

"Kejut dia." Cik Amee mengarahkan Had mengejut budak perempuan yang sudah diikat kaki serta tangannya itu.

"Woi bangun." Had menampar pipi perempuan itu perlahan. Nampaknya ada gerak balas dari perempuan itu. 

"Kau...siapa?" Perempuan itu sedaya upaya untuk membuka matanya.

"Haih kau ni kejut awek macam nak gaduh. Meh sini abang Jad yang kejut. Kau tepi." Jad naik atas katil dan menolak Had turun dari katil.

"Hai sayang, bangun kita dah sampai." Kepala perempuan itu Jad usap lembut.

"Aku tak kenal kau siapa. Lepaskan aku!" Budak perempuan itu meronta untuk dilepaskan.

"Dah celik betul ke mamai lagi kau ni?" Kini giliran Cik Amee pula bertanya.

"Aku dah sedarlah. Lepaskan aku sekarang!" 

"Baguslah kau dah sedar. Sekejap eh aku panggil seseorang yang istimewa untuk kau. Queen dia dah sedarrr!" Part nama aku diseru bukan main lembut lagi dia lenggokkan.

"Hai Afikah Inara Binti Jefri. Kenal tak aku siapa?" Aku keluar dari balik langsir dan terus berdiri disebelah Afikah.

"Tak. Dan aku tak nak kenal pun kau siapa dengan bertopengnya so tolong lepaskan aku." Riak wajah sombong dipamerkan oleh gadis itu.

"Memang aku tak nak kau kenal aku pun. Tapi cukup kau tau dan ingat nama aku QUEEN. Ingat sampai kau mati!" Aku menengkam pipi Afikah dan menolak kepalanya sehingga terhantuk dikepala katil. 

"Arghhh sakitlah bodohh! Kau ingat kau siapa haa? Aku dapat lepas kau siap ah. Aku bagitau abang aku apa yang kau buat dekat aku." Bergema bilik itu dengan jeritannya.

"Abang kau? Ahmad Irjad Bin Jefri yang dalam penjara tu? Macam mana dia nak selamatkan kau kalau driri dia pun belum tentu selamat. Hahaha." Aku ketawa mengejek.

"You know what Afikah. I kan sebenarnya suka sangat dengan orang yang sombong macam you ni." Cik Amee mendekatkan mukanya ke telinga Afikah dan berbisik seperti menggoda. Afikah mengeliat kegelian.

"Tepilah!" Afikah menolak Amee dengan bahunya sehingga Amee terjatuh ke tepi.

"Aku baik-baik dengan kau tapi kau main ganas ye perempuan." Cik Amee terus memanjat keatas badan Afikah dan duduk diatasnya. 

"Tutup mulut dia." Had mengambil soletip dan menyeletip mulut Afikah.

"Haih kau ni nak kata lawa tidak, buruk pun tidak. Tapi sikap angkuh kau ni buat aku geram." Cik Amee membelai muka Afikah.  

"Kau settlekanlah dia, aku nak keluar sekejap." Aku meninggalkan Amee dengan anak buahnya di dalam bilik itu bersama Afikah.

"Syiha, ubat yang aku minta dekat kau tu ada bawa tak?" Aku mendekati Syiha yang sedang berdiri bersandar pada dinding bersama Akmal dan Kamilia.

"Ada ni." Syiha mengeluarkan sampul jernih yang terdapar sejenis ubat seperti serbuk dari poket jaket bajunya.

"Mal, Air?" Aku meminta Akmal air botol yang aku suruh dia sediakan sementara aku didalam bilik itu tadi.

"Nah." Akmal mengambil sebotol air minereal dari tangan Kamilia. Jap kenapa Kamilia yang pegang botol tu? Dia orang pergi cari air mineral ni sama-sama ke? Gasak kau lah hek.

"Cun. Kau tu mal jangan tenung sangat anak dara orang. Kalau dah berkenan masuk minang sebelum disambar orang lain." Aku mencampurkan ubat tadi dengan air sambil membebel pada Akmal yang dari awal tadi matanya tidak beralih daripada memandang Kamilia. 



D'ROSE (COMPLETED)Where stories live. Discover now