🎒🎒🎒

Kirito memandang ke arah Erika yang sedang memerhatikan permandangan di luar tingkap bas tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan.

"Boleh saya tanya satu soalan? Actually bukan satu tapi banyak. Boleh ke," tanya Kirito sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala. Matanya pula sengaja dikatup.

Erika tersentak. Lamunannya terhenti. Dia berpaling menghadap Kirito sebelum dia tertawa kecil.

"Hahaha... awak ni lawaklah. Mestilah boleh, tanyalah."

"Kenapa kena bermusuh dengan kembar sendiri? Kenapa awak rahsiakan yang awak dengan Seyra sebenarnya kembar? Dan yang paling penting siapa awak sebenarnya?" tanya Kirito.

Erika tersenyum kelat. Dia mencantumkan kedua-dua belah tangannya. Jarinya bertaut erat. Soalan itulah yang paling dia takut untuk jawab jika seseorang sudah mengetahui kebenaran yang disorok selama ini. Bibirnya dikemam perlahan. Cuba mencari kekuatan untuk menjawab soalan yang diberikan oleh teman lelakinya.

"Sokay, awak boleh jawab bila awak dah bersedia nanti."

Kirito masih lagi menutup matanya bersama kedua-dua belah tangan di belakang kepala. Reaksi wajahnya tenang sahaja.

Erika menggeleng perlahan. Dia menarik nafas sebelum bibirnya mula bergerak menuturkan perkataan.

"Tak ada sebab yang penting pun sebenarnya. Kami tak bermusuh cuma... keadaan yang memaksa kami merahsiakan semua benda ni. Awak tau... saya ni lemah tapi Seyra tu boleh buat segalanya. Dia ada segala-galanya. Saya selalu bergantung pada Seyra. Papa saya cakap dia tak nak ada anak yang lemah macam saya. Jadi... sebab tu papa kami berdua membuat sekolah yang mempunyai dua kumpulan dan melantik kami sebagai ketua setiap kumpulan. Kalau kami bagitau yang kami ni kembar mesti pemberontakan besar akan berlaku. Sebab tu kami rahsiakan semua ni."

Erika berhenti daripada bercerita. Air matanya bergenang. Tiba-tiba Erika dapat rasakan sesuatu yang hangat bertaut dengan tangannya.

Erika tersenyum. Lelaki itu memang pandai menenangkan dirinya.

"Papa kami larang kakak daripada tolong saya dan suruh kami bersaing. Saya cuba dan cuba tapi saya tetap berada di belakang. Ahli kumpulan  mula tak percayakan saya. Saya rasa cemburu dan tersisih. Jadi, sejak tu saya berusaha untuk bangkit dan sampailah hari di mana awak langgar saya dekat koridor. Dari situ saya mula jatuh hati dekat awak. Memang saya ramai pengikut tapi tak ramai yang sudi berkawan dengan saya. Ouh, kesimpulannya, saya dan Seyra anak kepada pemilik sekolah kita sekaligus anak kepada guru besar Elite High School."

Kirito membuka matanya. Air mata Erika yang ingin menitis dikesat lembut sebelum bibir gadis itu dikucup sekilas. Wajahnya memerah.

Erika terkesima.

"Hadiah sebab berani cerita dekat saya. Bye. Saya nak tidur," tutur Kirito sebelum menutup matanya kembali.

Erika menggelengkan kepalanya. Dia memeluk lengan lelaki itu sebelum dia merehatkan kepalanya di situ. Matanya perlahan-lahan tertutup lalu mengikuti Kirito ke alam mimpi.

                           🎒🎒🎒

Erika menutup pintu bilik dorm sebelum dia memakai kasut sukannya. Rakan-rakan sebiliknya sudah ke tapak perhimpunan termasuk Rina memandangkan malam itu mereka akan melakukan aktiviti night walk. Tetapi Rina tidak berada di dalam kumpulannya, cumanya mereka diberi peluang untuk memilih rakan sebilik.

Sambil berjalan, Erika menengadah melihat langit yang gelap dan dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

5 | Elite High School ✔️Where stories live. Discover now