Bab 10 🎶

349 50 0
                                    

   
      ~Be fair, don't act like a loser~

Kirito menggalas beg bajunya di belakang badan sebelum dia berjalan keluar daripada bilik untuk berkumpul di depan pagar sekolah. Bas kemungkinan akan tiba bila-bila masa sahaja. Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik, Erika yang berada di bilik sebelah turut keluar daripada biliknya. Gadis itu tersenyum manis.

Mungkin Erika tersenyum tetapi tidak bagi Kirito. Mulut lelaki itu terlopong besar apabila melihat barang yang dibawa gadis itu. Satu beg galas belakang dan satu beg roda yang sederhana besarnya.

"Kenapa awak bawa barang banyak-banyak? Kita pergi tiga hari dua malam je pun. Lagisatu... kita nak pergi kem sayang bukannya holiday," tegur Kirito berbaur sindiran.

"Aww so sweet panggil saya sayang. Saya taulah, tapi saya tak boleh kalau tak bawa semua ni. Hidup saya macam tak lengkap," balas Erika sebelum bibirnya tersengih sumbing.

Kirito memutarkan matanya. Kalau dah nama perempuan memang macam ni eh?

"Apa-apa jelah, jom kita pergi," tutur Kirito dengan nada mengalah.

Mereka berdua berjalan bersama menuruni tangga dan berjalan keluar daripada Rumah White Lily. Mereka menuju ke pintu pagar.

Selepas sampai di sana, pandangan mata mereka dipaparkan dengan sosok tubuh Seyra yang sedang menggalas satu beg baju bersama dua beg roda di tangannya. Mika pula berdiri di sisi gadis gadis itu seperti biasa.

Sekali lagi Kirito terlopong. Dahinya ditepuk. Patutlah Erika bawa barang banyak rupanya ikut perangai kakak kembar gadis itu pula.

"Wahh banyaknya kakak bawa barang," bisik Erika perlahan di tepi telinga Seyra.

Seyra tersenyum sebelum menolak rambutnya ke belakang ala-ala diva paling top di dunia.

"Mestilah. Mask muka, ubat nyamuk, sunblock, bantal, selimut, semua kakak bawa. Penting tau," kata Seyra.

Wait... kenapa author rasa macam author cerita pasal pengalaman sendiri ni? Nevermind. Abaikan saiyaa huhuhu.

Erika menutup mulutnya. Matanya membulat bersama riak wajah terkejut.

"Saya lupa nak bawa sunblock! Aaaaa Kirito macam mana ni?"

"Mintak je dekat Seyra. Dia kan bawa tiga beg takkanlah sebotol sunblock je yang dia ada. Betul tak Seyra?" soal Kirito sambil memerli.

Seyra tersenyum bersahaja.

"Jangan nak perli-perli buah hati saya!" Mika yang berdiri di sebelah Seyra sudah bercekak pinggang sambil membebel.

"Macamlah saya kisah." Kirito menjelirkan lidahnya. Tidak takut akan amarah Mika.

"Pandai awak teka. Memang pun. Saya bawa tiga botol," jawab Seyra sambil menunjukkan tiga botol sunblock.

"Dah agak dah." Kirito mengalihkan pandangan sebelum dia berkata perlahan.

"Yeah! Kakak memang penyelamat." Erika memeluk tubuh Seyra erat.

"Hai Erika! Jomlah naik bas. Bas dah sampai tu. Awak nak kena tinggal ke?" celah Rina. Gadis itu datang bersama Shiro.

"Hehehehe, tahun ni saya nak duduk dengan teman lelaki saya. Awak duduklah dengan Shiro. Bye." Erika terus menarik lengan Kirito dan berlalu pergi. Bibirnya tersengih nakal sebelum dia mengenyitkan matanya ke arah Shiro.

Shiro tersentak. Wajahnya berona merah begitu juga dengan Rina.

"Erika!" jerit Rina geram sambil menghentakkan kakinya.

5 | Elite High School ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن