Rabu ,2PM ;CALIRFONIA
Rose yang baru sahaja pulang dari kampusnya, UNIVERSITI SOUTHERN CALIRFONIA terus memarkir kereta Audi miliknya di hadapan garaj rumah Inggeris nya itu. Dia mengeluarkan beg laptopnya dan beberapa buah buku serta sebungkus epal hijau yang dibelinya tadi.
Rumahnya kelihatan sunyi walaupun jarum jam masih menunjukkan pukul 2 petang. Mungkin kerana rumahnya itu jauh dari jiran-jiranya yang lain. Sekali dia pandang sebelah parkir keretanya,kosong. Mungkin Daddy belum pulang bekerja. Dia mengeluh kecil.
Keseorangan lagi... bisiknya
Dia terus berjalan dan mengeluarkan segugus kunci dari beg nya lantas membuka kunci pintu hadapan rumahnya. Sedang dia berjalan menuju ke sofa yang mahu dia duduki dia seakan terdengar bunyi sesuatu seperti kaca yang jatuh menimpa lantai. Rose terperanjat dek kerana bunyi itu. Segala persoalan muncul di dalam benak akalnya. Setahunya hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah ini.
"Hello.. Anyone here??" Rose bersuara. Kakinya perlahan berjalan menuju ke arah dapur. Ketika itu segala ketakutan menghantui dirinya yang serba lemah itu. Bibirnya mula bergetar. Takut dia diapa-apakan.Dia terus berjalan lagi kehadapan. Dia mengendap kawasan dapur dengan menjenguk kepalanya. Tiada apa-apa yang berlaku. Tapi....
Ada sesuatu yang tidak kena di bahagian kaunter dapur. Pisau pemotong berselerak seakan ada seseorang yang mengusiknya. Rose mengatur langkah dengan laju kerana dia mahu mengambil tahu apa yang terjadi di situ.
"What?!" Dia tambah terperanjat. Bukan pisau sahaja yang berselerak malah sos juga tumpah. Dilihatnya botol kaca yang diisi sos itu juga pecah. Mungkin inilah yang didengari nya tadi. Rose bertambah tidak sedap hati.
Masakan kucing yang lakukan itu semua? Rumahnya itu langsung tiada haiwan peliharaan. Rose masih berfikiran positif. Mungkin kucing jiranya? Tapi tidak logik. Jikalau semua kejadian ini disebabkan kucing,mengapa botol sos yang sepatutnya berada di dalam peti sejuk itu boleh dibawanya keluar? Rose menggetap bibir. Segera dia berlari menuju ke bilikya. Nombor Daddy segera didailnya
"Daddy! Please back home. Something happen!! Huryy up" Talian dimatikan. Dia mengunci pintu biliknya. Dadanya berdegup kencang.
"What?!! Bella wait.. I...." tut tut bunyi talian dimatikan.
Daddy mula tidak sedap hati. Dia bingkas bangun lalu mengemas barangnya siap sedia mahu pulang
Rose merasa aneh,mengapa perkara ini berlaku. Jika ada pencuri atau penjahat mahu memecah masuk rumahnya,mengapa dia tidak mencuri barangan lain,mengapa harus berbuat onar didapur? Rose mengerut kening. Adakah selama ini dirinya diancam kerana Daddy berkerja sebagai polis? Mungkin juga ada penjahat yang mahu membalas dendam terhadap Daddy. Segera Rose mengusir jauh-jauh tanggapan buruk itu dari kepala otaknya. Dia menggeleng laju
"Chill... Nobody hates you because you never have any friends. So stop! Thinking all this shit" Rose menyenangkan dirinya. Dia pandang wajahnya melalui cermin meja soleknya. Hembusan keluhan dilepas.
Carlos Justin membetulkan tie yang dipakainya. Lalu dia membelek-belek sepucuk pistol hitamnya yang berkilat itu. Dia mencium pistol itu. Siapa agaknya yang akan menjadi korban pertama pistol itu? Dia tersenyum sinis.
Of course that man! Luahnya
Lelaki itu. Lelaki tua itu akan jadi korbanya nanti.
Tiba-tiba deringan handphone miliknya berdering lalu di angkat olehnya
"Sir CARL.. Terminado (Tuan.. selesai)"
"sino que... solo su hija en esa casa ( Tapi... hanya anak perempuanya sahaja di dalam rumah)"
CARL atau CARLOS JUSTIN sudah mahu tersenyum lebar melihat perkabaran dari anak buahnya itu. Tapi dia kembali masam mencuka apabila mereka memberitahu bahawa musuh nya tiada di rumah
"bien nos molestamos al día siguiente (Tak apa,kita usik lagi esoknya)"
Lalu dia meletakkan terus ganggam talian. Dia bersandar di kerusi kulit empuk miliknya itu sambil meletupkan jari jemarinya
"We see" bisiknya lalu senyuman sinis diukir
Tanpa dia sedari,ada susuk tubuh seorang perempuan yang seksi dengan menampilkan pakaian yang ketat di bahagian dada itu yang mampu utuk menawan hati para jejaka. Dia berjalan menuju ke meja kerja CARLOS JUSTIN. Dia mengetuk meja kaca itu beberapa kali dengan jari runcingnya
"Carl...Termenung apa?" Tegurnya
Alisa atau lebih tepat dipanggil El. Seorang gadis berdarah seratus peratus berdarah melayu. Mempunyai tinggi yang lampai,berkulit putih dan berambut panjang. Bibirnya yang seksi,matanya yang bundar itu mampu membuatkan dirinya lebih menyerlah dan seksi.
Alisa atau El merupakan wanita simpanan milik CARLOS JUSTIN. Mereka mempunyai hubungan lebih kurang 5tahun lebih. Pertemuan mereka bermula apabila El mengambil alih dalam tugasan menyiasat kes kematian bapa Justin,namun kebenaran tidak amat memuaskan hati Justin sehinggakan perempuan itu diugut supaya menjadi perempuan simpananya. Tipu sahaja jika El tidak mempunyai perasaan terhadap Justin. Siapa yang tak akan jatuh hati pada jejaka itu?
Mukanya yang bersih,mempunyai rahang,bulu mata yang lentik,berbadan tegap walaupun bermuka bengis. CARL merupakan lelaki idaman El dan kerana itulah dia menerima ugutan supaya menjadi Perempuan simpananya. Tapi hubungan mereka tergantung, El seperti singgahan buat Justin. Mereka tidak pernah tidur sekali atau keluar berdua duan kerana hidup Justin bukanlah seperti orang lain.
Sudah banyak kali El mengajak lelaki itu untuk berganjak ke hubungan yang lebih sirius tetapi Justin hanya mampu berkata cinta itu tidak membahagiakan dan bukan segala segalanya . Setiap hari El menggodanya tetapi Justin bukan seperti lelaki lain yang mudah tumpas dengan wanita. El hormat juga keputusan Justin. Sehinggalah sekarang, hubungan mereka hanya sekadar berkawan dan tiada istilah perempuan simpanan lagi.
"Nothing." CARL terus memperbetul duduknya,dia pura-pura mengambil fail di sebelahnya dan membelek-belek isi fail itu.
Alisa mengangakat pinggulnya dan duduk di atas tepi meja. Posisinya begitu menggoda. CARL hanya berbuat bodoh sahaja sehingga Alisa memegang lembut bahunya.
"I tahu you penat sampai tak ada masa untuk enjoy. Right?"
"Before this Aku tak pernah merasakan Enjoy. Money is everthing.. and my works is very important" Jelasnya dengan bengis
CARL akan berbahasa melayu apabila dia berinteraksi dengan Alisa kerana perempuan itu berdarah Melayu
Alisa meng-oh- kan sahaja pernyataan Justin. Tanganya masih bermain di dada Justin. Namun sikit pun Justin tidak tergoda
"Shal we...." suara Alisa disekat lalu CARL bersuara
"What do you want El? Just get out from my office" tegasnya
"Kalau I taknak?" lawan Alisa
"Sure? Aku yang akan keluar" lalu Justin bangun. Dia sempat membetulkan kotnya
Lalu dia berjalan keluar meninggalkan Alisa dengan basrat terkutuknya itu dengan bersahaja.
Alisa menggetap bibir.
Kenapa susah sangat nakkan kau ni!" Keluhnya. Dia sempat menjeling kelibat CARL yang baru sahaja keluar dari pejabatnya itu
Lelaki itu sungguh dingin banginya
YOU ARE READING
YOUR RED ROSE
Romance"Kill me as you want!" - ISABELLA ROSE Dia mengacukan pistol hitam itu di tepi kepalanya "I cant! Because I Love You!" - CARLOS JUSTIN "I sepatutnya tak setuju dengan perjanjian tu" - ISABELLA ROSE "sebab I dah cintakan You. I ikhlas mengandungkan...
