𝟖- 𝐂𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐇𝐢𝐬 𝐀𝐭𝐭𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧

502 96 22
                                    


Adakah 'Penamat Buruk' akan datang menjemputnya terlebih dahulu berbanding timeline yang sepatutnya?

Adakah 'Penamat Buruk' akan datang menjemputnya terlebih dahulu berbanding timeline yang sepatutnya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUAT kesekian kalinya, mulut Veronica tetap degil taknak tutup. Dibiarkan terbuka luas menanti lalat datang melawat.

Dalam fikiran kecilnya tidak sudah-sudah mengulangi mantera,

'dia putera,dia putera,dia putera,dia putera'

Manalah Veronica tau budak tu putera?! Ok, sebenarnya rupa dah ada tapi mana adab nya?

Oh dia lupa, ketika dia bermain sebagai 'Heroine', memang angin satu badan. Rasa penyesalan tidak kesudahan kerana memilih Putera Freud sebagai pasangan sehidup semati. Walaupun character Putera Freud itu diklasifikasikan sebagai package lengkap namun mempunyai perangai serupa dajjal plus lanun yang takde degree, entah mengapa sering kali nama putera sadistic itu juga lah yang menjuarai carta Nombor 1 character paling popular.

Tatkala Veronica merenung lampu chandelier yang tergantung diatas siling dengan pandangan kosong,ada sepasang mata berwarna zamrud tajam memerhati.

Kelakuannya yang aneh lagi tidak sopan buat seorang cik muda daripada keluarga ternama Marquis itu dapat dikesan oleh mata helang milik sang putera.

Sesungguhnya dia,Freud Wesler III,Putera Mahkota dari kerajaan Gelrore berasa terhibur dengan perangai pelik yang ditunjukkan tanpa sedar oleh tuan empunya badan sendiri.

Bukan kah ini gadis yang lantang bersuara dihadapannya ketika mereka bertembung dikorridor sebentar tadi? Adakah ini gadis yang sama?

Kening yang terbentuk sempurna itu terjungkit sedikit. Masakan,gadis itu baru sedar yang dirinya merupakan Putera Mahkota?

Keadaan di ruangan mewah itu seakan terbahagi kepada dua sempadan. Di penjuru sebelah kanan sedang rancak membincangkan hal perniagaan manakala di penjuru sebelah kiri, diam tidak terkata.

Yang sorang sedang mengelamun, yang sorang lagi sedang galak merenung si pengelamun.

Maid yang bertugas untuk melayani Putera Mahkota dan cik muda mereka di ruangan belah kiri itu mulai dibasahi peluh dingin.

Mereka sedar bahawa cik muda mereka mulai hilang fokus dan kelihatan roh nya sudah melayang merentasi dimensi lain.

Tidakkah ini bakal mengudang kemurkaan Putera Mahkota jika mereka membiarkan sahaja keadaan itu berterusan?

Sudahnya,maid yang kalah dalam pertandingan mini 'gunting-batu-kertas' perlu mengejutkan cik muda mereka.

Maid yang malang untuk melaksanakan misi itu tak lain tak bukan si Jenny.

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now