"Minjung, kau nak balik tak? aku hantarkan" cepat-cepat Jungkook mengubah topik perbualan itu.


☆☆☆☆


Jeon Jungkook dan Kim Minjung berjalan bersama menuju ke arah jalan raya yang terletak di simpang sekolah kerana jalan ke rumah Minjung perlu melintasi sekolah terlebih dahulu.

"Urm, 004 macam mana?" soalan Minjung itu memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Aku suruh dia duduk dalam almari aku dulu" balas Jungkook.

"Masa kau pergi sekolah nanti, dia macam mana?" soal Minjung.

"Nantilah aku fikir, esok kan cuti, lusa pula ada karnival sekolah, aku rasa aku bawa dia, nanti aku suruh dia pakai maskot sambil edarkan risalah gerai kita" kata Jungkook.

"Kalau dia panas, nak buka maskot tu?" soal Minjung.

"Aku sediakan mask dengan cermin mata hitam, jadi janganlah risau" balas Jungkook.

Minjung hanya mengangguk kecil tanda memahami.

"Tadi kan, kenapa kau bagitahu mak kau tentang makan mi segera?" soal Minjung. Tipulah kalau dia seorang sahaja yang tertanya-tanya mengapa Jungkook berbuat begitu.

"Manusia ni, kalau kau nak suruh dia percayakan kau, kau kena berkongsi rahsia dengan dia. Macam tulah cara aku tutup rahsia aku bertinju. Aku bagitahu semua yang berlaku dalam hidup aku, baik ke buruk ke tapi aku sorok tentang bertinju daripada ibu bapa aku" kata Jungkook.

"Kau, memang suka sangat bertinju ke?" soal Minjung.

Jungkook menangguk laju. 

"Aku rasa setiap saat dia mengalir dalam darah aku" kata Jungkook dengan nada perlahan.

Minjung menepuk perlahan bahu milik jejaka itu.

"Aku faham perasaan kau, nak buat sesuatu yang kita suka tanpa pengetahuan orang lain tu, satu benda yang melelahkan" kata Minjung. Iya, dia dan Jungkook mungkin bukan dalam situasi yang benar-benar sama. 

Tetapi perit yang mereka lalui, amat serupa.

"Jadi, bila kau nak mula bertinju?" soal Minjung.

"Hahaha, kenapa? kau nak tengok aku bertinju ke?" soal Jungkook.

"Hei, kau lah peninju yang berjaya tarik perhatian aku masa kali pertama aku pergi tengok tinju underground tau" kata Minjung.

"Iya lah tu" balas Jungkook.

"Iyaa, masa tu aku kagum sangat cara kau elak tumbukan pihak lawan. Dia tumbuk bahagian badan kau, kau tak elak tapi bila dia nak sentuh je wajah kau, kau terus balas balik dengan cepat" kata Minjung.

Jungkook tergelak kecil apabila mendengar gadis itu bercerita tentang dirinya.

"Kau sebenarnya memang sengaja kan tak elak bila pihak lawan nak tumbuk kau? bila dia nak serang muka tu baru kau bertindak sebab kau tak nak dia sentuh wajah kau?" soal Minjung.

Sekali lagi Jungkook tergelak kecil lalu dia mula bertepuk tangan.

"Wah, tak sangka ada orang perasan cara aku balas serangan" kata Jungkook.

"See? aku dah kata, sejak kali pertama aku tengok kau lawan dua tahun lepas, aku memang beli tiket perlawanan seterusnya tu semata-mata nak tengok kau lawan je tau. Tiba-tiba kau hilang tak muncul-muncul" kata Minjung.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now