Bab 15

1.6K 72 0
                                    

PUKUL 6.30 PAGI.

Aisha berdiri di depan pintu bilik tidur Qhalid. Dia teragak-agak sama ada mahu mengetuk pintu itu atau pun tidak. Selalunya, waktu-waktu sebegini, lelaki itu akan ke dapur untuk membuat sarapan. Atau lebih tepat lagi – membuat secawan kopi, Nescafe, atau pun Milo panas. Qhalid tak pernah makan makanan yang berat-berat untuk sarapan.

Tapi hari ini, walaupun jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi, Qhalid masih belum keluar dari bilik tidurnya. Aisha mula berasa bimbang. Sejak kes dia 'menembak' Qhalid dengan kata-kata tajam itu, Qhalid terus berubah menjadi dingin. Dingin seperti waktu di awal perkahwinan mereka dulu.

Sungguh Aisha menyesal sebab mengeluarkan kata-kata setajam itu. Lelaki mana yang tak terasa dengan kata-kata yang sebegitu? Perkara itu seolah-olah telah merobek maruah Qhalid sebagai seorang lelaki. Dan Aisha yang bongok ini, tanpa berfikir panjang, terus mengeluarkan kata-kata yang jelas telah menjatuhkan maruah lelaki itu.

Aku mintak maaf banyak-banyak, Qhalid. Aku mintak maaf sangat-sangat.

Dengan lafaz bismillah, dia memberanikan diri mengetuk pintu bilik tidur Qhalid. Niatnya ada dua – untuk meminta maaf dan untuk mengejutkan lelaki itu daripada tidur (kalau Qhalid masih belum terjaga). Kalau Qhalid belum bangun dari tidur lagi, kemungkinan untuk Qhalid terbabas waktu solat Subuh sangat tinggi. Itu belum masuk kes terlambat pergi kerja. Macam mana kalau...

Krekk.

Pintu bilik Qhalid dibuka dari dalam.

Serta merta Aisha rasa berdebar.

Qhalid berdiri di depan pintu yang dibuka separuh, hanya cukup-cukup untuk Qhalid menampakkan dirinya. Riak muka Qhalid ketika itu agak serius. Lelaki itu memberi isyarat kepada Aisha, tanda bertanyakan kenapa Aisha mengetuk pintu biliknya. Setiap perlakuan Qhalid ketika itu sangat dingin! Nampak sangat Qhalid betul-betul marah terhadap Aisha.

"Err... dah Subuh?" Perlahan Aisha bertanya. Takut pula dia dengan mood dingin Qhalid.

Qhalid hanya mengangguk. Ketika itu barulah Aisha perasan yang lelaki itu sedang melipat sejadah di tangannya.

"Aku nak mintak maaf, Qhalid. Pasal hari tu." Terus Aisha meminta maaf. Apabila melihatkan reaksi Qhalid yang dingin itu, dia menjadi semakin takut. Agak-agak Qhalid akan mencengkam bahunya sepertimana semasa dia bergaduh dengan Qhalid dulu tak?

Tanpa memandang Aisha, Qhalid terus menutup pintu bilik tidurnya.

"Qhalid, aku mintak maaf. Aku..."

Pintu bilik tidur Qhalid tertutup rapat.

AISHA MENAHAN AIR MUKANYA DARI BERUBAH. Dari tadi dia hanya memasang telinga mendengar mama 'memberi nasihat'.

Tadi selepas balik dari kerja, dia singgah sekejap di rumah mama. Sebab kalau dia balik rumah Qhalid pun, dia akan menjadi semakin stres sebab Qhalid masih lagi dalam mood dingin. Tapi, semasa dia sampai tadi, dia ternampak Nissan X-Trail kelabu milik Qhalid terparkir di depan rumah.

Itu satu hal.

Satu hal lagi, apabila dia sampai di dapur, mama dah mula membebel kepada Aisha. Pada mulanya Aisha tak berapa faham sangat intipati bebelan mama itu. Selepas dia menadah telinga selama beberapa minit, barulah dia faham. Rupa-rupanya mama memarahi Aisha sebab Aisha jarang memasak di rumah Qhalid, dan membuatkan lelaki itu sentiasa makan di luar, dan menyebabkan Qhalid mengalami keracunan makanan.

Eh, sekejap.

Keracunan makanan? Qhalid mengalami keracunan makanan?

"Kalau ya pun sibuk sangat, jangan sampai tinggal dapur tu. Apa gunanya dia kahwin kalau isteri tak masak kat rumah?" Mama membebel lagi.

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now