Bab 7

1.3K 73 0
                                    

QHALID DUDUK DI RUANG TAMU seorang diri. Dari petang tadi sampailah jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam sekarang ini, bayang Aisha langsung tak kelihatan. Dia sebenarnya tak tahu pun pukul berapa selalunya Aisha habis kerja dan sampai rumah. Yang dia tahu, setiap kali dia balik dari pejabat, Aisha sudah pun berada di rumah. Maksudnya gadis itu pulang lebih awal daripada dia.

Tapi sekarang ini, dah nak masuk ke tengah malam, gadis itu masih belum pulang. Naik risau juga Qhalid. Yalah, sebelum ini dia outstation tanpa beritahu Aisha. Manalah tahu ada apa-apa yang terjadi pada gadis itu sepanjang ketiadaannya. Lagipun sampai sekarang – dah nak masuk enam bulan usia perkahwinan mereka – dia masih tak mempunyai nombor telefon gadis itu.

Tengok. Betapa dinginnya hubungan mereka berdua?

Dan sekarang dia tak tahu bagaimana caranya untuk menghubungi Aisha. Kalau nak minta nombor gadis itu daripada sesiapa, agak pelik rasanya. Nanti 'sesiapa' itu mesti bertanya - takkan nombor telefon isteri sendiri tak ingat?

Mati dia kalau terkantoi!

Qhalid membaringkan tubuhnya di sofa. Kepenatan memandu sejauh lebih 200 kilometer dari tengah hari tadi masih belum hilang sepenuhnya. Tapi dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berada lama di Kuantan. Memang kalau mengikut jadual kerjanya, dia perlu berada di sana sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu. Tapi, Alhamdulillah jadual itu dapat dipendekkan ke satu minggu saja. Itu yang dia terus balik ke Kuala Lumpur. Untuk seminggu yang akan datang ini, dia hanya akan berehat saja di rumah.

Bahagia sungguh!

NAFAS DITARIK DALAM-DALAM. Berhati-hati anak kunci itu dimasukkan ke dalam tombol pintu. Dia sangat berharap yang Qhalid tiada di ruang tamu ketika ini. Tadi dia sempat menjenguk sekejap ke tempat parking di mana Qhalid selalu memparkir keretanya di situ. Dan dia nampak Nissan X-Trail kelabu milik lelaki itu terparkir elok di kawasan parkir. Habislah dia! Pasti Qhalid akan menyoalnya ke mana dia pergi sepanjang lelaki itu tiada di rumah.

Eh, sekejap. Kan dia dengan Qhalid tengah bergaduh? Tak mungkin Qhalid akan bercakap dengannya. Fuh... selamat!

Pintu yang tak lagi terkunci itu dibuka. Dan dia menolak daun pintu itu separuh luas.

Sebaik matanya menyapa ruang tamu itu, dia terkesima sekejap. Memanglah Qhalid tak ada di ruang tamu. Tapi lelaki itu sedang duduk di ruang makan, betul-betul di kerusi yang menghadap pintu utama rumah ini. Dan betul-betul menghadap Aisha yang sedang berdiri tegak di depan pintu.

Qhalid yang menyedari pintu terbuka, terus angkat kepala dari menghadap laptop yang diletakkan di depannya di atas meja makan. Wajah Aisha di muka pintu menyapa pandangan matanya.

Aisha terus melarikan pandangan matanya dan tunduk mengangkat beg bajunya yang diletakkan di tepi pintu tadi. Terus dia menutup semula pintu itu dan mula melangkah ke biliknya. Dia buat-buat tak nampak Qhalid yang jelas sedang memandang ke arahnya.

"Dari mana?" Tanpa diduga, Qhalid tiba-tiba bertanya. Nada suaranya amat dingin.

Langsung terhenti langkah Aisha. "Baru balik kerja."

Qhalid memandangnya tajam – menghantar maksud yang bukan itu sebenarnya jawapan yang dia mahukan dari Aisha. Pandangan mata Qhalid itu membuatkan Aisha laju saja membetulkan jawapannya. "Dari rumah ibu."

Entah. Hari itu dia dah berjanji pada dirinya sendiri yang dia takkan sesekali melawan Qhalid lagi. Tapi entah kenapa hari ini, pendiriannya mula goyah. Dia tak boleh kalau Qhalid sengaja mahu mencari gaduh dengannya. Dia cepat betul rasa tercabar! Padahal itu bukan sikapnya yang sebenar. Cuma dengan Qhalid yang panas baran ini, kesabarannya mudah saja terjejas.

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now