Bab 14

1.6K 72 0
                                    

QHALID MEMBELEK ALBUM MAJLIS PERTUNANGAN NURA di ruang tamu rumah ayah. Sengaja dia singgah sekejap di rumah ayah ini selepas balik kerja tadi. Aisha pun ada di sini juga. Rasanya Aisha singgah sini pun sebab Nura yang beria-ia nak tunjuk album gambar majlis pertunangan dia ini. Nura memang macam itu – seboleh-bolehnya nak berkongsi semuanya dengan Aisha. Aisha pula memang pandai melayan Nura.

Sebab itu Qhalid semakin sayang pada Aisha.

Sayang?

Ya, sayang. Dia memang dah mula sayang pada Aisha.

"Nak air tak?" Satu suara tiba-tiba menegur Qhalid yang sedang khusyuk membelek album gambar. Dia sebenarnya bukannya tengok semua gambar pun. Dia cuma membelek-belek, kemudian berhenti apabila ternampak gambar Aisha. Walaupun Aisha selalu saja mengelak semasa sesi bergambar hari itu, banyak juga gambar Aisha yang Pyan ambil. Itu pun Qhalid sendiri yang suruh sebenarnya.

Itulah gunanya kalau menggunakan khidmat kawan sendiri sebagai photographer.

"Ambik gambar Aisha? Tapi ni bukan majlis adik kau ke?"

"Memang la. Tapi kau ambik la jugak gambar Aisha banyak-banyak. Buat satu album lain. Boleh?"

"Kau ni..."

"Boleh la, Pyan. Aku bayar lebih la."

"Qhalid, nak air tak?"

Qhalid mendongak. Dia khusyuk sangat membelek album gambar itu sampaikan dia lupa untuk membalas pertanyaan Aisha. Aisha yang masih berbaju kurung sebab baru balik dari kerja, berdiri di depannya. Tengok muka Aisha yang tenang itu pun dah cukup membuatkan dia rasa semakin sayang pada gadis itu.

Ceh, Qhalid.

"Tak apa la. Aku nak makan kejap lagi." Qhalid menjawab. Sempat dia melihat jam di dinding – hampir pukul 6.30 petang. Selepas Maghrib nanti, dia mahu makan sekejap sebelum balik ke rumahnya semula. Sekali dengan Aisha. Sebab itu dia singgah di rumah ayah ini, sebab dia mahu menjemput Aisha balik sekali.

Padahal Aisha tak tahu pun niatnya itu.

"Kau dah makan belum?" Qhalid bertanya pada Aisha. Gadis itu duduk di sofa sebelah Qhalid sambil mencapai suratkhabar.

"Belum."

"Sebelum balik nanti, kita makan kat sini dulu la."

"Okey." Aisha mengangguk sambil membaca suratkhabar. Dia sibuk sangat hari ini sampaikan tak sempat untuk membaca suratkhabar.

Qhalid pandang lama pada Aisha. Entah kenapa dia terpesona dengan respons yang diberikan oleh gadis itu. Aisha sangat bersahaja dan sempoi. Itulah agaknya yang membuatkan Qhalid jatuh sayang pada gadis itu. Agak-agak kalau Aisha tahu yang Qhalid dah mula sayangkannya, apa reaksi Aisha?

"Aisha." Qhalid memanggil Aisha.

"Hmm." Aisha masih lagi membaca suratkhabar.

"Jangan la jawab macam tu."

"Hah?" Spontan Aisha menoleh ke arah Qhalid.

"Aku tanya, dia ni siapa?" Selamba Qhalid bertanya sambil menunjukkan sekeping gambar. Gambar di mana Aisha dan Nazirul sedang berborak dengan seorang lelaki. Fuh... harap-harap Aisha tak dengar apa yang dia cakapkan tadi. Entah kenapa laju saja mulutnya bercakap yang bukan-bukan. Padahal dia memang nak bertanya pada Aisha siapa lelaki di dalam gambar itu.

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now