Bab 1

2.2K 81 0
                                    

JAM DI DINDING menunjukkan pukul 11.10 malam. Aisha ketika itu sedang menonton DVD. Pada masa itulah pintu apartmen itu dibuka dari luar. Aisha menoleh sekejap cuma. Selepas itu dia kembali menatap kaca TV yang memaparkan wajah kacak Aamir Khan.

Qhalid yang baru masuk ke dalam rumah perasan akan kewujudan Aisha di ruang tamu. Setelah meletakkan kasutnya di rak kasut di tepi pintu, dia terus mengunci semula pintu rumah. Selepas itu, terus dia melangkah ke arah bilik tidurnya tanpa sepatah pun menegur Aisha.

Memang itulah situasi di rumah itu. Situasi yang sangat sepi dan sunyi.

Dan juga awkward.


DAH LIMA BULAN. Ya, dah lima bulan sejak dia dan Qhalid tinggal serumah. Itu pun sebab dia dah sah menjadi isteri si Qhalid. Kalau nak diikutkan, memang dia tak pernah nak berangan yang dia akan tinggal serumah dengan Qhalid. Yang paling penting, dia tak pernah terfikir pun yang dia akan berkahwin dengan lelaki itu.

Betul!

Dia tak pernah suka pada Qhalid. Sampailah sekarang.

Tapi kenapa dan macam mana mereka boleh berkahwin, biarlah ianya menjadi rahsia. Yang pasti, ianya bukan atas nama cinta.

Dia cuma tak selesa dengan kehidupannya sekarang. Dia tak kisah pun kalau sesiapa pun menjadi suaminya. Maksudnya dia redha dengan apa yang telah ditetapkan sebagai takdir hidupnya. Tapi apa yang membuatkan dia 'rasa tak sedap hati' dengan perkahwinan ini - Qhalid.

Sebelum mereka berkahwin lagi, hubungan mereka memang tak pernah baik pun. Selepas berkahwin, lagilah hubungan mereka bertambah dingin. Jarang betul mereka bercakap dan berbual berdua. Yalah... dah masing-masing saling tak suka.

Kecuali di depan keluarga masing-masing. Itu pun hanya perbualan yang paling minima. Ibu dan abah tahu yang dia dan Qhalid memang tak sebulu. Dan ibu bapa Qhalid juga tahu yang mereka berdua memang tak seperti suami isteri yang lain.

Memang dia dan Qhalid tak pernah berbual pun. Yang ada pun cuma pergaduhan mulut atau pun pertelingkahan kecil. Itu pun masa awal-awal mereka berkahwin dulu. Sekarang ini memang agak jarang mereka bertelingkah. Tapi apa yang pasti, dia dan Qhalid masing-masing memang tak boleh nak berdepan antara satu sama lain. Sebab masing-masing tak suka sesama sendiri. Kalau dia berada di dapur, Qhalid takkan masuk ke ruang itu walaupun dia lapar ataupun dahaga. Dan kalau Qhalid berada di ruang tamu, Aisha pula akan berkurung di dalam bilik.

Hubungan mereka memang aneh.

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now