part 17

71 3 0
                                    

Di rumah banglo milik Badrul, Dayana terpaksa berada di banglo tersebut kerana pada siang itu keluarga Badrul akan mengunjungi rumah mereka.

“bila mama nak sampai” tanya Dayana sambil menjenguk pandangannya ke luar rumah.

“kenapa kau tanya?” tanya Badrul sambil menyuap ais-krim oreo ke dalam mulutnya dan berada di belakang Dayana secara mengejut.

“eh kau ni pun, at lease dapatlah aku belikan makanan untuk family kau” jelas Dayana dengan tangannya menepuk bahu Badrul yang sengaja ingin mengejutnya dari belakang dan bernasib baik tidak melatah.

“darawa(ikut saya)” Badrul terus menarik tangan Dayana dan menuju ke arah dapur.

“jamkkan(sekejap)” beritahu Badrul sambil membuka peti sejuk untuk meletakkan bekas ais-krim oreonya ke dalam dan mengeluarkan beberapa bahan untuk dimasak.

Badrul terus mengheret Dayana,

“potong bawang ni dan selamat datang ke kelas masakan Chef Badrul” ajuk Badrul membuat suaranya seperti Chef Wan dan terus membuatkan Dayana tergelak.

“okeylah Chef, jom masak” usik Dayana sambil tangannya mencapai pisau untuk memotong bawang.

Mereka terus ketawa dan Badrul terus memulakan operasi masakannya dengan ditemani oleh pembantu masakan, Dayana.

Pada malam tersebut, terdapat sebuah kereta Alpha memasuki ruang rumah mereka,

“uri kajok(keluarga saya)” jerit Badrul apabila mendapati kereta tersebut milik keluarganya.

Dayana turut menyengah keluar rumahnya selepas teriakan dari Badrul menandakan keluarganya sudah sampai.

Seorang lelaki berumur 19 keluar dari perut kerata tersebut dan terus mendapatkan Badrul.

“Hyung(abang)” sapa lelaki tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam yang dikenali sebagai JJ dan merupakan adik bongsu keluarga Badrul.

Badrul menyambut salam daripada JJ dan terus mendapatkan ibunya yang keluar dari perut kereta tersebut.

“masuklah” pelawa Dayana kepada JJ selepas JJ turut bersalam dengannya.
Mereka semua berada di meja makan yang dihidangkan dengan lauk yang dimasak oleh Badrul.

“sedapnya, siapa masak ni?” pertanyaan mama Badrul membuatkan Dayana menjadi tidak berkeruan.

“Bad yang...” baru sahaja Dayana ingin memberitahu hal sebenar kepada mereka, Badrul terus memotongnya.

“Bad yang tolong dia ni nak sangat masak untuk kita semua” beritahu Badrul membuatkan semua yang berada disitu tersenyum melihat dia dan Dayana.

“betul ke Dayana masak semua ni” pertanyaan daripada papa Badrul iaitu Datuk Raizil pula menambahkan kerunsingan Dayana.

“matilah aku nak jawab apa ni sebab manalah aku pandai masak semua ni and then of course la mereka semua ni labelkan aku sebagai hantu bukannya menantu” ngomel Dayana dalam hati.

“papa ni tanya macam tak percaya je menantu kita masak” usik Datin Hasnah sambil tersenyum. 

“naneun baegopeuda(saya lapar)”suara JJ seperti meminta sedekah makanan mengejutkan mereka yang seronok berbual dan saling usik-mengusik.

“mana?” JJ seperti mencari sesuatu di atas meja.

“apa?” tanya Badrul setelah melihat JJ yang mencari sesuatu.

“chokkarak(kayu penyepit)” beritahu JJ.

“tengkorak” Dayana dalam keadaan terkejut apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut JJ.

“bukan tengkorak la, chokkarak tu kayu penyepit” jelas Badrul dengan suaranya agak meninggi untuk memastikan Dayana mendengarnya.

“Bad, tak baiklah tinggikan suara dengan isteri lagipun Dayana manalah tahu bahasa hangeul, kan sayang” Datin Hasnah memberi nasihat kepada Badrul dan seperti memujuk Dayana selepas dimarahi oleh Badrul.

Dayana terus mengangguk dan tersenyum apabila Datin Hasnah  memandangnya.

“chansori(membebel)” omel Badrul mencebikkan mukanya sambil ingin mencapai seketul ayam yang tinggal di atas pinggan.

Ayam tersebut juga disentuh oleh JJ dan berlakunya perebutan ayam diantara abang dan adik.

“naekkeoya(saya punya)” teriak JJ dengan memegang ayam tersebut tetapi tidak dikalahkan oleh Badrul yang turut memengang erat ayam tersebut.

Badrul menarik dengan kuat menyebabkan ayam tersebut terpelanting jatuh di atas lantai berhampiran dengan kucing milik Dayana yang berada disitu.

“koyangi(kucing)” Badrul terkejut apabila kucing tersebut terus menekam ayam itu.

“its your fault” marah Badrul kepada JJ.

Perbalahan antara abang dan adik diteruskan,

“Shikkeureo(diam!!!)” jerit Datin Hasnah yang mula mengeluarkan suara garangnya membuatkan semua orang terdiam.

“jeongmal mianhae(maafkan saya)” Badrul dan JJ bercakap dengan serentak.

“haja meokgo(jom makan)” suara Datuk Raizil cuba mendapatkan kemeriahan kembali.

Dayana dari takdi menahan ketawanya apabila melihat Badrul dimarahi kini tersembur ketawanya dengan kuat membuatkan semua orang terkejut dan turut ketawa.

“malam ni tidur la kat sini, please” ajakan Badrul membuatkan Dayana terhenti ketawanya sambil memandang wajah Badrul yang berselamba.

“baiklah” Datuk Raizil bersetuju untuk bermalam di rumah mereka membuatkan Dayana menjadi terkaku.

“matilah kau malam ni” bisik Badrul dengan nada suara seperti ahli sihir ke arah Dayana.

Pada malam itu juga, Dayana terpaksa berkongsi bilik dengan Badrul kerana tidak mahu keluarga itu mengetahui perkara yang sebenarnya tentang berasingan tempat tidur oleh mereka.

“Bad, aku sebenarnya..” Dayana memberitahu dengan suara yang tergagap-gagap yang berada di birai katil.

“kau takut ke?” tanya Badrul dengan nada mengusik sambil menompat ke atas katil tambah lagi menyapu ruang bersebelahannya di katil untuk memberikan Dayana untuk tidur di sebelahnya.

“kau ni kan” marah Dayana dengan mencapai bantal lalu memukul Badrul dengan bantal tersebut. Badrul meraung kesakitan sambil terketawa.

“sakitlah, okeylah cakap sebenarnya apa” beritahu Badrul apabila mendapati Dayana menarik muncungnya seperti mulut itik.

“sebenarnya aku nak bagitahu kau yang esok aku pergi dengan Farah ke sabah” jelas Dayana.

“what?!” Badrul bagaikan tidak percaya setelah mendengar penjelasan dari isterinya.

“esok kau nak pergi sabah and baru harini kau nak beritahu aku” Badrul terus memarahi Dayana.

“bagilah aku bercuti dengan Farah lagipun haritu masa kat langkawi Farah tak ikut bercuti dengan kita” jelas Dayana dengan suara yang menggoda.

“yelah aku bagi kau bercuti tapi ada dua syarat” Badrul menunjukkan dua jarinya ke arah wajah Dayana.

“apa?” Dayana terus tersenyum apabila Badrul memberi green light kepadanya akan tetapi bersyarat.

“pertama, aku mesti ikut” jelas Badrul membuatkan dia mendapat jelingan maut daripada Dayana.

“aku dah agak, yang kedua pulak” tanya Dayana sambil memcebikkan mukanya.

“kedua, kau mesti tidur di sebelah aku tapi aku janji aku tak sentuh kau even baju kau sekalipun sebab aku tak nak lah jadi suami yang dayus membiarkan isteri tidur kat lantai”jelas Badrul panjang lebar membuatkan Dayana tak berkeruan.

“janji kau tak sentuh aku” pertanyaan Dayana membuatkan Badrul mengangguk.

"Habis mama dengan papa macam mana?" tanyaku

"Takpe aku uruskan nanti" balas Badrul sambil menarik selimut menyelimuti tubuhnya

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now