part 16

74 3 0
                                    

Setibanya mereka di Pahang, Najah dan Ida terus menjeling ke arah Dayana apabila Dayana melambai ke arah Badrul yang menghantarnya ke kuarters mereka.

“kau ni dah berkhawin tetapi perangai macam budak-budak yang ambik UPSR” bebel Najah sambil mengangkat barang-barangnya.

“nama pun Dayana, macam kau kenal dia Najah oi” tambah Ida yang menjeling ke arahnya.

Dayana tersenyum seperti kerang busuk apabila melihat Najah dan Ida membebel kepadanya.

“jom Dayana” ajak Fatin sambil berjalan menuju ke arah lift.

“kau takde barang ke” tanya Sipah apabila melihat tangan Dayana kosong dan tidak membawa apa-apa.

“aku tinggal semua barang aku kat rumah Badrul tadi semasa bas sampai kat rumah dia tulah” jelas Dayana panjang lebar.

“nak aku tolong?” tanya Dayana apabila melihat Sipah mengangkat begnya yang berat.

“takpe” jelas Sipah yang tersenyum ke arahnya.

“woi cepatlah, pintu lift dah nak tutup ni” jerit Ida bersama dengan Najah dan Fatin.

“jom Sipah sebelum mak cik-mak cik tu membebel tengah malam” Dayana mengheret tangan Sipah supaya bergerak dengan laju menuju ke arah lift.

Di dalam kuarters tersebut, semua orang berkemas barang-barang mereka selepas pulang dari langkawi kecuali Dayana yang sedang menjamu popcorn ditangannya sambil menonton DVD Doraemonnya.

Telefon rumah mereka berbunyi membuatkan Dayana terus mengangkat gangang telefon tersebut apabila kawan-kawannya sibuk mengemas.

“Assalamualaikum, Ida ada?” tanya suara pemangil tersebut.

“ni siapa” tanya Dayana kepada si pemangil.

“Izz Haikal” beritahunya dengan suara yang lembut.

“dia sibuk so awak nak cakap apa dengan dia, nanti saya boleh sampaikan” beritahu Dayana dengan selamba sambil meneruskan menyuap popcorn ke mulutnya.

“I want to see her” jelas Izz dengan tergagap-gagap.

“tapi ni kan malam, esok ajelah” beritahu Dayana dengan mulutnya yang dipenuhi popcorn.

“I want give her something from Langkawi and tomorrow I got to go back Johor” jelas Izz dengan nada yang sayu.

“kesihan pulak aku dengar suara dia ni” omel Dayana dalam hati.

“nanti dia turun” beritahu Dayana dan terus meletakkan gangang telefon tersebut.

“Ida, tolong teman aku jap buang sampah ni” Dayana mencipta alasan supaya Ida turun menemui romeonya yang sudah pasti menunggunya.

“kau ni malam-malam ada je, esok ajelah” rungut Ida sambil mencapai gelas minuman.

“ala, sampah ni busuk sangatlah sebab aku masuk dapur takdi nasib baik tak termuntah popcorn aku makan tahu tak” jelas Dayana panjang lebar dengan laju sehinggakan Ida pening dengan ayat Dayana.

“macam kereta api, laju nya kau cakap” usik Ida terketawa melihat Dayana seperti merajuk dengannya.

“jom lah” ajak Ida sambil mencapai tudung untuk dipakainya.

Dayana telah membuang sampahnya ke dalam tong sampah yang disediakan di tingkat bawah,

“mana pulak Izz ni” omel Dayana sambil membuang sampah.

“kau kenapa Dayana, cari sesuatu” tanya Ida yang melihat kawannya seperti mencari sesuatu yang hilang.

“tu dia” beritahu Dayana sambil mengeluh nafasnya dengan panjang.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now