part 12

77 2 0
                                    

Di Majlis Resepsi Perkhawinan Di Hotel Seri Malaysia...

“taniah” hanya itu sering didengar oleh Dayana dan Badrul semasa bersalaman dengan tetamu.

Badrul memegang tangan Dayana semasa menyambut tetamu. “kau tak nampak cantik langsung” bisik Badrul membuatkan Dayana mengetap giginya.

“kau tahu aku tak cantik, kenapa kau nak juga khawin dengan aku” sinis Dayana sambil menjeling tajam kepada Badrul.

“sebab kau tak cantik itulah orang tak dapat rebut kau dari aku so aku tak perlu rasa yang kau curang dengan aku one day nanti tapi jangan risau sebab kau comel bila dengan aku” usik Badrul membuatkan wajah Dayana merah pendam menahan malu dan itulah pertama kali dia menerima pujian yang tidak ikhlas daripada Badrul selama 23tahun dia hidup dengan Badrul.

“just wait and see bila aku cari boyfriend nanti” bisik Dayana yang sengaja mencabar ego Badrul.
Eddy dan Daren menghampiri Dayana dan Badrul.

“macam mana malam pertama” usik Daren sambil menepuk bahu dan menjeling ke arah Dayana.

“malam yang tak dapat aku lupakan” sinis Dayana yang menahan geram sambil mencubit perut Badrul.

“aduh sakitlah monyet” rungut Badrul semasa mendapat cubitan berbisa oleh Dayana.

Eddy dan Daren bagaikan tak percaya apa yang diperkatakan oleh Dayana.

Eddy merasakan sesuatu yang tidak kena dihatinya seperti merasakan sesuatu menikam hatinya secara bertubi-tubi.

Dayana dan Badrul melihat reaksi Daren yang teruja dan Eddy sekadar mendiamkan dirinya.

“kau tak nak cerita ke apa yang berlaku semalam” tanya Daren secara teruja kepada Badrul dan Badrul hanya mengerutkan dahinya dengan sikap kawannya.

“biar aku cerita, patut ke dia merebut katil aku and last-last terpaksalah aku tolak dia untuk jatuh atas lantai” beritahu Dayana sambil menjeling ke arah Badrul.

Badrul hanya mengarukan kepalanya yang tidak gatal dan mengerutkan dahinya setelah merasakan malu dek akibat perbuatan Dayana menceritakan segalanya kepada Daren dan Eddy.

Daren juga mengerutkan dahinya setelah mendengar penjelasan oleh Dayana.

“maknanya korang em em la” tanya Daren untuk kepastian.

“memang tak lah weh”jelas Dayana menggunakan nada separuh teriak.

Riak muka Eddy terus berubah dan memberikan senyuman kepada Dayana.

Reaksi muka Eddy telah diperhatikan oleh Badrul,  “aku takkan lepaskan Dayana, sesekali takkan pernah berlaku” omel Badrul dalam hati.

Farah dan yang lain menghampiri mereka yang seronok bercerita.

“amboi Dayana, bergelak sakan nampak” usik Farah semasa melihat Dayana bergelak ketawa bagaikan tak ingat dunia.

“jom la bergambar” ajak Fatin untuk menyimpan memori semasa perkhawinan Dayana sambil memegang kamera Canonnya.

“okey” jawab Dayana kerana sudah lama tidak bergambar dengan kawan-kawannya.

“tak nak ajak encik suami ke” usik Najah sambil mencuit bahu Dayana.

Setelah mendengar ajakan oleh Najah, Badrul terus memegang tangan Dayana dengan kemas.

“jom, Daren dan Eddy jom lah sekali bergambar” beritahu Badrul yang juga menarik tangan kawannya.

Dayana mengerutkan dahi apabila ditarik dan dipegang tangannya oleh Badrul.

“jom lah mr chil, Farah ada juga bergambar dengan kita” sinis Dayana yang sengaja melanggar bahu Farah dengan manja.

“kau ni kan” marah Farah sambil mencubit bahu Dayana.

Semua yang berada di situ bergelak ketawa dengan aksi Dayana dan Farah. Eddy turut mengikut karenah Dayana dan Farah.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now