part 10

105 4 0
                                    

2 minggu kemudian...

“Farah Naziera, masuk kejap” suara Eddy mengejutkan staff yang berkerja di situ.

Setelah Farah berada di dalam bilik itu, Eddy memandang ke arah Farah Naziera sambil tersenyum.

“I think I need a favour from you” jelas Eddy untuk memberitahu tujuannya memanggil Farah.

“so what is it?” cebik Farah dengan membuat muka yang tenang.

Hubungan Farah dan Eddy semakin baik selepas kejadian Farah deman. Sejak itu juga, Eddy selalu mengajak Farah keluar makan bersamanya. Eddy memandang lama terhadap Farah membuatkan Farah tidak selesa.

“susun semua jadual saya dan pada hari Dayana berkhawin nanti, tolong bagitahu kat kawan awak Ida, Sipah and Fatin yang diorang dapat cuti bergaji” jelas Eddy sambil membelek buku notanya di atas meja.

“Done” Farah telah mencatat catatan apa yang diperkatakan oleh Eddy.

“kejap, bila kami dapat cuti ni?”tanya Farah.

“kamu dapat cuti apabila kamu dapat tahu bila Dayana balik kampungnya” penjelasan Eddy membuatkan mata Farah terus bersinar.

“nampaknya aku dapatlah jumpa dengan parents aku juga nanti” omel Farah sambil mengelamun.

Eddy hanya memerhati reaksi Farah yang tersenyum sendiri.

Ketukan di pintu bilik Eddy tersebut mengejutkan Eddy dan Farah.

“come in” Eddy mengarahkan masuk.

Seorang lelaki memakai kot kelabu mengejutkan Eddy.

“Daren, bila balik Malaysia?” Eddy terus menyambut Daren dan bersalam dengannya kerana tidak percaya kawannya itu datang melawatnya.

“amboi kau, takkan la aku ni lupa jalan nak balik Malaysia. Padahal kau tahu kan yang Thailand dengan Malaysia tak jauh”cebik Daren.

“Daren ke tu? Orang yang suka usik Dayana yang selalu Dayana cerita dekat aku, boleh tahan jugak rupa dia ni” omel Farah dalam hati kerana inilah pertama kali dia melihat Daren.

Daren mengenyit mata kepada Farah setelah perasan Farah yang melihat dengan tidak mengerdip mata ke arahnya.
Eddy memerhati tingkah laku Daren terhadap pekerjanya,Farah. Eddy memberi isyarat tangan kepada Farah untuk beredar dari bilik tersebut dan setelah Farah beredar, Daren terus menjeling terhadap Eddy.
“kau ni tak bagi aku chance la habis terlepas awek tu” rungut Daren.

“sampai bila kau nak berdiri ni?” tanya Eddy yang sengaja membiarkan Daren dalam dunia ‘playboynya’. Daren mengambil tempat untuk melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang empuk milik ofis Eddy.

“aku nak kau tolong kawan kita,Dayana” beritahu Eddy.

Daren hanya tersenyum sinis melihat Eddy.

“memang Dayana kawan kita tapi dalam hati kau Dayana lebih daripada kawan kan?” tempelak Daren dengan riak wajahnya selamba.

“kita tak ada masa nak cakap hal itu dan yang penting sekarang ni ialah kau kene tolong Dayana, kau tahu kan yang Dayana tu terpaksa berkhawin dengan Badrul  disebabkan wasiat arwah atuk Bad” jelas Eddy sambil membelakangkan Daren.

“aku akan tolong kau kalau kau cerita semuanya dari A hingga Z, dan baru aku fikir apa yang patut aku buat” Daren meminta penerangan daripada Eddy yang betul-betul mengambil berat tentang Dayana.

Eddy memandang wajah Daren yang selamba dan terus Eddy menceritakan semuanya yang berlaku ke atas Dayana.

“seperti aku cakap, aku tahu apa aku nak buat” Daren terus menuju ke arah pintu untuk keluar kerana di dalam fikirannya ada sesuatu yang dia merancang untuk Dayana.

•••

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now